24/02/2024
Perbanyak Istighfar..
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Jihad Qolbu, Education, Johor Bahru.
24/02/2024
Perbanyak Istighfar..
13/01/2024
Assalamualaikum,
Selamat pagi semua. Jom sama-sama kita muhasabah diri kita semula. Harini dah masuk bulan Rejab.
Marilah kita bermuhasabah. Baiki diri kita untuk lebih dekat dengan Allah❤️
23/11/2023
Terkadang sesetengah orang tak perasan yang mereka sedang mengusung kesilapan yang dah lepas, tak sedar yang mereka dan bawa beban kemana-mana sehingga benda tu makan diri anda sendiri.
Semua orang buat kesilapan, semua orang ada kisah lama, tapi macam mana kita menguruskan dan memperbetulkan kesilapan itu yang membezakan segalanya.
Ingat kesilapan bukan untuk diusung tetapi jadikan ia sebagai booster untuk melangkah lebih jauh dan lebih ke hadapan.
❤️
19/11/2023
‘TRUST’🎯
Trust ni ramai orang tahu benda yang sangat penting. Yang mula-mulanya orang dapat. Dan kebanyakkannya hilang selepas itu.
Trust juga boleh di katogorikan sebagai aset yang kita kena jaga betul-betul. Sebab bila kita hilang and walaupun kita dapat balik sekali pun, ia takkan sama macam mula-mula kita dapat🙂
So yang mana masih ada aset ni, jagalah sebaiknya. Jangan sampai hilang.
26/08/2023
*Di posisi angka berapa umur kita saat ini ?*
Sungguh begitu cepat dan singkatnya kita hidup di dunia.
Baru saja awal bulan, sekarang akhir bulan sudah menjelang.
Seolah baru saja kelmarin pergantian tahun, kini tahun baru sudah hampir di penghujung pergantian.
Seolah baru saja pagi, namun tiba² siang menjelang.
Anak² kita yang kelmarin terlihat masih anak², kini tiba² telah remaja.
Usia kita yang kelmarin terlihat muda, kini tiba² sudah menua.
Bahkan sebahagian dari orang² yang kita kenal kelmarin kini mereka telah tiada.
Sungguh begitu cepatnya waktu berlalu dan berganti, tanpa terasa tiba² kita telah menua.
Begitulah dunia, sejatinya kita di dunia tak ubahnya hanya bagaikan seorang musafir yg berteduh di bawah pohon, kemudian pergi melanjutkan perjalanan yg panjang.
Kerana itu wahai diri, jangan lalai dan sia² kan kesempatan ini untuk meraih bekal amal.
Dan jangan pernah terlena dengan badan sihat dan usia muda, kerana syarat untuk mati tak harus sakit dan tak harus tua.
Semoga Allah memberi kita taufiq dan keistiqamahan di atas ketaqwaan.
Dan semoga Allah menutup usia kita dengan Husnul Khatimah.
Aamiin Yaa Rabbal Aalamiin 🤲
Utk peringatan diri sendiri
Sedikit demi sedikit Allah tarik nikmat dunia.
Dah cukupkah bekalan kita?😭