23/08/2026
Malaysia Youth League (MYL) 2026 (Season B)
π Ahad, 23 Ogos 2026
β° 1200pm
π Arena Mutiara Johor Land
π½ Jersey sponsored by Tok Imam Printing Wawawax
π£οΈ Pengarah MSC Tn Abdul Aziz, Timb. Pengarah 1 Tn Dhuhal Islam, Timb. Pengarah 2 Tn Azwyck, Coach Helmee, Coach Paeβi & Coach Arief Danial
π₯ MSC U8
KEPUTUSAN :
MSC [5] vs [0] SJFC
βββ π΅
Penjaring Gol:
* Adam Zhafreel Bin Azreen (4 gol)
* Zuleyka Shaima Binti Ahmad Rifaβie (1 gol)
βββ π΄
Untuk game akan datang, U8 kena lebih fokus dan lebih sabar. Jangan terlalu ghairah nak score sampai menyebabkan peluang yang ada tersasar. Yang penting, belajar daripada setiap perlawanan dan terus perbaiki diri.
Apa-apa pun, tahniah anak-anak U8! Game masih banyak lagi dan U8 memang ada potensi. Teruskan usaha, jangan mudah putus asa dan percaya pada proses. Good job H/C & Assistant Coach!
Tn Abd Aziz Bin Yaacob
PENGARAH MSC
βββ π΅
Untuk makluman semua parents, barisan jurulatih U8 kini sedang memberi fokus kepada teknik 1v1, salah satu daripada 4 asas FAM yang perlu dikuasai oleh pemain akar umbi. Teknik ini perlu dikuasai oleh semua pelatih U8 yang terlibat dalam MYL dan Program Pembangunan MSC.
Dalam masa yang sama, saya berharap ibu bapa dapat memberikan ruang kepada anak-anak untuk membuat keputusan sendiri di dalam padang tanpa campur tangan atau arahan semasa latihan dan perlawanan berlangsung. Ini merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran dan perkembangan mereka sebagai pemain bola sepak.
Terima kasih atas sokongan, kepercayaan dan kerjasama semua ibu bapa.
COACH PAIβE
Headcoach MSC U8
βββ π΄
Assalamualaikum dan selamat tengah hari kepada semua parents dan pemain. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada parents yang telah menyumbangkan air dan ais, serta kepada semua pemain yang telah menunjukkan semangat juang yang tinggi dalam perlawanan hari ini.
Alhamdulillah, semua pemain telah mengikut arahan yang diberikan dan menunjukkan kesungguhan sehingga berjaya mencatat kemenangan 5-0. Teruskan usaha, disiplin dan semangat berpasukan. Tahniah semua dan terima kasih atas sokongan parents!
COACH ARIEF DANIAL
Assistant Headcoach MSC U8
βββ π΅
β½οΈ KEEP THE DREAM ALIVE β½οΈ