02/01/2026
2025 jadi ilmu, pengalaman dan sebahagian kecil dalam sistem kepercayaan kami. Dan yes! 2026 kita perlu fastabiqul khoirat lagi dan on track untuk ahsanu amala.
Hidup untuk usaha hanya ada sekali je journeynya dan ia adalah di dunia ini. Entah bila kita akan dipindahkan ke alam seterusnya. So, no time untuk tunggulah besar, tunggulah tua, tunggulah bila nanti. Sebab di sana, kita cuma tunggu result sahaja.
Mempelajari apa yang Allah dan NabiNya mahu kita tahu, faham dan apply dalam hidup ini adalah agenda besar yang sepatutnya buat kita terus semangat selagi hayat di kandung badan.
Ahlan tahun baru!
Dan ahlan Ya Ramadhan...