20/08/2026
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐
๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ 2
12 โ 13 ๐๐ ๐จ๐ฌ 2026 | ๐๐๐ฐ๐๐ง ๐๐ฌ๐ญ๐๐ง๐, ๐๐จ๐ฅ๐๐ฃ ๐๐ฎ๐๐ง๐ค๐ฎ ๐๐๐ง๐ฌ๐๐ฅ๐จ๐ซ
Beberapa orang staf Unit Residen, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah dipilih untuk menyertai Kursus Mental Health First Aid (MHFA) Siri 2 anjuran Pusat Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling, Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni).
Kursus ini bertujuan memberikan pendedahan awal serta kemahiran bantuan kecemasan kesihatan mental kepada barisan hadapan universiti, khususnya dalam mengenal pasti, memahami dan bertindak balas terhadap tanda-tanda masalah atau krisis kesihatan mental dalam kalangan pelajar.
Penyertaan staf Unit Residen dalam kursus ini merupakan satu langkah positif dalam memperkukuh kompetensi warga kerja, khususnya dalam aspek kesejahteraan, kebajikan dan sokongan kepada pelajar.
Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan sebaiknya dalam melaksanakan tanggungjawab serta memberikan perkhidmatan yang lebih berkesan dan prihatin kepada warga UTM.
12/08/2026
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
12 Ogos 2026 I Dewan Sri Resak - Unit Residen telah mengadakan Majlis Lambaian Kasih, Kasih Titian Mesra sebagai tanda penghargaan dan kenang-kenangan buat Tuan Haji Taha bin Othman, Pengarah Seksyen Perkhidmatan, yang telah berpindah ke Fakulti Kejuruteraan Elektrik berkuat kuasa pada 1 Ogos 2026.
Majlis ini menjadi wadah untuk warga Unit Residen menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas segala jasa, khidmat bakti, bimbingan, sokongan, bantuan serta dorongan yang telah diberikan sepanjang Tuan Haji menerajui Seksyen Perkhidmatan.
Kepimpinan dan komitmen Tuan Haji sepanjang tempoh bersama Unit Residen amat dihargai dan akan sentiasa dikenang oleh seluruh warga. Segala pengalaman, tunjuk ajar dan kerjasama yang telah dicurahkan menjadi satu kenangan yang amat bermakna buat kami.
Seluruh warga Unit Residen turut mendoakan agar Tuan Haji terus dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan serta mencapai kejayaan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab di tempat baharu.
Dalam kesempatan ini, seluruh warga Unit Residen ingin memohon maaf atas segala kekhilafan, kesilapan dan kekurangan sepanjang tempoh bersama.
Terima kasih atas segala jasa dan sumbangan Tuan Haji. Semoga hubungan silaturahim yang terjalin akan terus berkekalan dan semoga kita berpeluang untuk bertemu lagi pada masa akan datang.
Selamat maju jaya diucapkan kepada Tuan Haji Taha bin Othman dalam meneruskan khidmat bakti di Fakulti Kejuruteraan Elektrik.
07/08/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐!
Warga Unit Residen mengucapkan Selamat Berjuang kepada staf Unit Residen yang mewakili Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ke Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia Ke-46 (SUKUM 2026) yang berlangsung di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu pada 5 hingga 15 Ogos 2026.
Seluruh warga Unit Residen mendoakan agar anda semua diberikan kesihatan, kekuatan dan semangat juang yang tinggi sepanjang kejohanan berlangsung. Semoga segala usaha membuahkan kejayaan, seterusnya meraih kemenangan serta mengharumkan nama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di pentas SUKUM 2026.
Teruskan berjuang dengan penuh semangat, beraksi dengan penuh keyakinan dan pulang membawa kejayaan!
06/08/2026
6 Ogos 2026 - Hari yang dinantikan telah tiba, seluruh warga Unit Residen, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mendoakan agar urusan pembentangan Kumpulan KIK UTM 10 PRO EXPERT di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dipermudahkan serta diberikan ketenangan, keyakinan dan kelancaran sepanjang sesi pembentangan.
Semoga segala usaha, komitmen dan dedikasi yang telah dicurahkan membuahkan hasil yang membanggakan serta dikurniakan kejayaan yang cemerlang.
Selamat Membentang, KIK UTM 10 PRO EXPERT! ๐
Semoga pulang membawa kejayaan dan terus mengharumkan nama Universiti Teknologi Malaysia.
04/08/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ 10 ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
Warga Unit Residen, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) merakamkan setinggi-tinggi ucapan selamat maju jaya kepada Kumpulan 10 Pro Expert yang akan menyertai Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif Universiti Awam (KIK UA) Ke-18 pada 6 Ogos 2026.
Semoga segala persiapan, usaha dan komitmen yang telah dicurahkan oleh seluruh ahli kumpulan dipermudahkan serta membuahkan hasil yang membanggakan. Diharapkan Kumpulan 10 Pro Expert dapat menampilkan persembahan yang terbaik dengan penuh keyakinan, kreativiti dan semangat inovasi.
Seluruh warga Unit Residen mendoakan agar pasukan ini terus cemerlang dan berjaya mencapai keputusan yang terbaik, seterusnya mengharumkan nama Universiti Teknologi Malaysia di persada inovasi.
Semoga beroleh kejayaan dan kemenangan!
03/08/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐-๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
Warga Unit Residen, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Haji Taha bin Othman atas segala sumbangan, komitmen dan khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan).
Segala jasa, dedikasi dan kerjasama yang diberikan amat dihargai serta menjadi sebahagian daripada kenangan bermakna buat seluruh warga jabatan.
Selamat maju jaya di tempat baharu, Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE) berkuat kuasa mulai 3 Ogos 2026. Semoga terus cemerlang, dipermudahkan segala urusan dan sentiasa sukses dalam amanah serta tanggungjawab yang baharu.
Terima kasih atas segala jasa dan bakti. Semoga ukhuwah yang terjalin terus berkekalan.
18/07/2026
"Jom bersama-sama menyokong usaha pencegahan demam denggi di kampus. Kebersihan persekitaran adalah tanggungjawab bersama demi kesejahteraan seluruh warga UTM."
Unit Residen UTM merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua warga UTM yang telah bersama-sama menjayakan Program Gotong-Royong Khas bagi membanteras penularan wabak demam denggi.
Program yang dilaksanakan mulai 17 hingga 19 Julai 2026 ini membuktikan komitmen berterusan warga kampus dalam memastikan persekitaran kolej kediaman sentiasa bersih, selamat dan bebas daripada tempat pembiakan nyamuk Aedes. Semangat kerjasama dan keprihatinan yang ditunjukkan oleh para pelajar, staf serta petugas amatlah dihargai dalam usaha mewujudkan kampus yang lebih sihat dan kondusif untuk semua.
15/07/2026
๐ข Cuti Semester 2, Sesi 2025/2026 akan bermula pada 20 Julai 2026.
๐ Tarikh akhir pemulangan kunci kolej kediaman ialah pada 19 Julai 2026 (Ahad).
Kaunter pejabat kolej kediaman akan dibuka bagi urusan pemulangan kunci mengikut jadual yang ditetapkan di bawah.
๐ Sila layari pautan berikut untuk maklumat lanjut: https://tinyurl.com/NotisBil82026
08/07/2026
Warga Unit Residen, Universiti Teknologi Malaysia mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan kepada seluruh mahasiswa dan mahasiswi UTM.
Semoga segala usaha, pengorbanan dan persediaan yang telah dilakukan sepanjang semester ini membuahkan hasil yang cemerlang
08/07/2026
8 ๐๐๐๐๐ 2026 | ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ 2/2026
Warga Unit Residen telah menghadiri Sesi Engagement Seksyen Perkhidmatan Siri 2/2026 yang berlangsung di Auditorium Stadium Azman Hashim, UTM Johor Bahru.
Sesi ini menghimpunkan semua warga di bawah Seksyen Perkhidmatan sebagai platform perkongsian maklumat, penghargaan serta pengukuhan semangat kerja berpasukan.
Antara pengisian menarik yang telah berlangsung ialah:
Pelancaran MyNews Seksyen Perkhidmatan, iaitu penerbitan buletin berkala sebagai medium perkongsian informasi dan pencapaian warga Seksyen Perkhidmatan.
Penyampaian Sijil Pekerja Cemerlang Bulanan sebagai penghargaan kepada staf yang menunjukkan prestasi cemerlang.
Taklimat ringkas oleh Pengarah Seksyen Perkhidmatan yang menekankan kepentingan work-life balance, di samping menyeru semua warga agar terus komited, fokus dan berintegriti dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab harian.
Semoga sesi ini terus menjadi pemangkin kepada budaya kerja yang positif, semangat kebersamaan dan kecemerlangan perkhidmatan demi menyokong aspirasi UTM.