PUSAT TUISYEN SKOR BESTARI

PUSAT TUISYEN SKOR BESTARI

Share

Tuition for UPSR, PT3, SPM
(Age 6, Standard 1-Form 5)

HQ & Mutiara Rini 07-554 9871 / 012-784 7242

HQ:
17 Jalan Bakti 1, Tmn Mutiara Rini, 81300 Skudai 012-7847242 / 07-5549871

Photos from PUSAT TUISYEN SKOR BESTARI's post 08/12/2025

Mesyuarat & Makan Tengah Hari Skor Bestari 2025

Bukan sekadar merancang, tapi menyemai semangat baharu. Terima kasih kepada seluruh team atas usaha, dedikasi dan semangat yang hebat sepanjang tahun ini. Ayuh kita cipta lebih banyak kejayaan bersama!

7-12-2025

Photos from PUSAT TUISYEN SKOR BESTARI's post 26/10/2025

Terima kasih kepada semua yang hadir ke Majlis Solat Hajat dan Doa Selamat.
Moga segala usaha dan doa diberkati, dan semoga para pelajar SPM dikurniakan ketenangan serta kejayaan yang cemerlang! 🎓✨

26-10-2025

Photos from PUSAT TUISYEN SKOR BESTARI's post 06/07/2025

Syukur, program perjumpaan ibu bapa bersama tutor hari ini telah berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini. Semoga anak-anak lebih bersemangat dan terus cemerlang dalam pelajaran 🤲


25/04/2025

Tahniah kepada semua calon SPM 2024!

Pihak Pusat Tuisyen Skor Bestari ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pelajar yang telah menerima keputusan SPM minggu ini. Kami amat berbangga dengan pencapaian anda, tidak kira apa jua keputusan yang diperoleh.

Kejayaan ini adalah hasil usaha gigih, doa ibu bapa, dan semangat juang yang tinggi. Bagi yang mencapai keputusan cemerlang, teruskan kecemerlangan anda. Bagi yang belum mencapai sasaran, ingatlah bahawa ini bukan pengakhiran—masih banyak peluang terbuka luas untuk masa depan yang gemilang.

Kami mendoakan kejayaan anda semua dalam langkah seterusnya, sama ada ke matrikulasi, STPM, diploma, politeknik atau dunia pekerjaan. Teruskan berusaha, jangan pernah berputus asa.

Terima kasih kerana mempercayai kami sebagai sebahagian daripada perjalanan pendidikan anda.

Photos from PUSAT TUISYEN SKOR BESTARI's post 22/03/2025

Bengkel Pemantapan PBD
Ilmu itu tiada penghujungnya. Semoga pengetahuan hari ini dapat kita manfaatkan bersama 🤗🤓
Terima kasih pihak PPD Johor Bahru

17/03/2025

Iftar Skor Bestari 2025.
Semoga bulan Ramadan ini sentiasa membawa keberkatan dan kebahagiaan untuk kita semua. Selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh kesyukuran dan keimanan.

Photos from PUSAT TUISYEN SKOR BESTARI's post 17/01/2025

Mesyuarat & Annual Dinner Skor Bestari 2024/2025

Tahniah kepada Cikgu Hanisah menerima anugerah cikgu cemerlang 2024 dan Teacher N dengan rekod kehadiran dan ketepatan masa yang bagus.

Untuk 2025, kita mencari juga pelajar cemerlang Skor Bestari. Harap lebih ramai yang akan mendapat anugerah ✨🫶🏻

Skor Bestari ~ Pemacu kecemerlangan akademik

09/12/2024

⭐ Pendaftaran kelas tuisyen 2025 kini dibuka ⭐

☎️ Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut
012-784 7242

📝 Pendaftaran boleh dibuat secara online melalui link berikut : https://app.smap.my/reg/add/pusattuisyenskorbest

✅ Kelas bermula 17 Februari 2025
👉 Tempat adalah terhad

Photos from PUSAT TUISYEN SKOR BESTARI's post 30/11/2024

Majlis Solat Hajat dan Doa Selamat pelajar SPM
29 November 2024

Selamat menduduki peperiksaan SPM. Lakukan yang terbaik dan semoga berjaya!


15/11/2024

Jawatan kosong untuk tutor bagi subjek berikut :

Bahasa Inggeris
Matematik
Matematik Tambahan
Sains
3M - Membaca, Menulis & Mengira

Sila hubungi : 012-784 7242

07/10/2024

Cuti hujung minggu kembali ke Sabtu dan Ahad.
Perubahan jadual kelas tuisyen tahun 2025 akan dimaklumkan dalam masa terdekat. Terima kasih.

Selepas mendapat perkenan dan restu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim serta mendapat pandangan daripada Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), saya ingin mengumumkan bahawa mulai 1 Januari 2025, cuti hujung minggu di negeri Johor akan ditukar kepada hari Sabtu dan Ahad.

Saya juga menitahkan agar YAB Dato' Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor dan M***i Negeri Johor mengadakan perbincangan dan meneliti perkara ini dari setiap sudut dan aspek. Saya berharap agar semua syarikat-syarikat swasta, pihak kerajaan serta pihak yang berkaitan akan memberi ruang dan masa yang mencukupi untuk para pekerja Muslim menunaikan Solat Jumaat pada waktunya.

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor

———

Following consent and blessing from His Majesty Sultan Ibrahim, King of Malaysia, and after considering the views of the Johor Islamic Religious Council (JAINJ), I would like to announce that starting 1 January 2025, Johor's weekend off days will be changed to Saturday and Sunday.

I have decreed for the Johor Chief Minister YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi and Johor M***i to discuss and study every angle and aspect regarding this matter. I hope that the private sector, the government and related parties allow sufficient time and space for Muslim workers to perform Friday prayers accordingly.

His Royal Highness Tunku Ismail, The Regent of Johor

Want your school to be the top-listed School/college in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


17 Jalan Bakti 1, Taman Mutiara Rini
Johor Bahru
81300

Opening Hours

Monday 14:00 - 21:30
Tuesday 14:00 - 21:30
Wednesday 14:00 - 21:30
Thursday 14:00 - 21:30
Friday 14:00 - 21:30
Saturday 10:30 - 18:00