07/02/2025
Rumah Api Tanjung Tuan bertentangan Rumah Api Tanjung Medang ๐ฒ๐พ๐ฒ๐จ
Rumah Api merupakan merupakan sebuah menara atau struktur bangunan tinggi dengan fungsi yang sangat penting.
Dari zaman dahulu hingga kini, rumah api berperanan membantu melancarkan pelayaran kapal di laut untuk belayar dan berlabuh dengan selamat.
Rumah api ini biasanya dilengkapi dengan sistem lampu atau cahaya api yang boleh dilihat jauh dari tengah laut untuk panduan kapal belayar.
Uniknya, di suatu kawasan sempit bahagian Selat Melaka, terdapat dua rumah api yang bertentangan di antara Malaysia dan Indonesia iaitu Rumah Api Tanjung Tuan di bahagian Malaysia dan Rumah Api Tanjung Medang di bahagian Indonesia.
Rumah Api Tanjung Tuan, Malaysia ๐ฒ๐พ
Lokasi : Tanjung Tuan, Alor Gajah, Melaka
Ketinggian : 24 meter [79 kaki]
Struktur menara : Menara bulat
Sistem lampu : Tiga kilat putih setiap 15 saat
Rumah Api Tanjung Medang, Indonesia ๐ฒ๐จ
Lokasi : Tanjung Medang, Pulau Rupat, Kabupaten Bengkalis, Riau
Ketinggian : 52 meter [171 kaki]
Struktur menara : Kerangka tirus bersegi
Sistem lampu : Satu kilat putih setiap 10 saat
: : Dunia Geografi : :