Darul Ulum Wa Dakwah Centre

Darul Ulum Wa Dakwah Centre

Share

Ditubuhkan bagi Kelas-kelas Pengajian dan bimbingan Agama Serta aktiviti-aktiviti dalam memberikan pendedahan berkaitan dengan agama.

23/02/2022

SUJUD SAHWI

Dari segi bahasa sahwi bermaksud lupa atau lalai akan sesuatu, manakala dari segi syarak ialah kecacatan solat yang dilakukan seseorang ketika bersolat sama ada disengajakan atau terlupa.

Sujud sahwi dilakukan pada akhir solat sebelum salam dan dilakukan dengan cara sujud sebanyak dua kali sepertimana sujud-sujud di dalam solat.

Hukum sujud sahwi adalah sunat apabila terjadi salah satu daripada sebab-sebabnya. (Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 1/443)

Bacaan Sujud Sahwi ialah:

سبحان من لا ينام ولا يسهو

21/02/2022

Tiga Amalan Yang Dicintai Allah SWT

1. Solat pada awal waktu
2. Berbuat baik kepada kedua ibu-bapa
3. Jihad pada jalan Allah SWT

Allah SWT sangat mencintai hamba-hambaNya yang melakukan dan mengamalkan ibadah secara istiqamah.

20/02/2022

Rukun wuduk mempunyai enam perkara :

1. Niat (Niat di dalam hati ketika mula membasuh muka)

2. Membasuh muka (Basuh seluruh muka dari tempat tumbuh rambut sehingga bawah dagu dan dari anak telinga kanan ke kiri)

3. Membasuh kedua belah tangan hingga ke siku

4. Menyapu sebahagian kepala

5. Membasuh kedua belah kaki hingga buku lali

6. Tertib (Membasuh anggota-anggota tadi mengikut urutan rukun yang dinyatakan)

Tidak SAH wuduk jika sekiranya tertinggal salah satu rukun atau anggota wajib wuduk.

18/02/2022

Bimbang, risau, dan penat perasaan? Baca doa ini setiap pagi dan petang. Mudah-mudahan semua kesusahan itu diangkat daripada hati kita.
Dari Abu Darda: "Siapa yang mengucapkan setiap pagi dan petang:
حَسْبِيَ اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ ، عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ .
Cukuplah Allah bagiku, tiada tuhan selain Dia, aku berserah kepadanya, Dialah tuhan 'Arasy yang agung" sebanyak 7 kali, maka Allah akan menghilangkan kerisauannya, sama ada dia mengucapkan kalimat-kalimat itu dengan yakin ataupun tidak." (Riwayat Abu Dawud)
Dalam Aun al-Ma'bud Syarah Sunan Abi Dawud: "Siapa yang membacanya, Allah akan menyelamatkan dirinya daripada kepenatan hati, kesusahan, dan kerisauan dengan sebab keberkatan kalimat-kalimat ini."

17/02/2022

KELEBIHAN SOLAT SUNAT RAWATIB

Diriwayatkan oleh Ummu Habibah R.’Anha yang menjelaskan terdapat dua belas rakaat solat Rawatib sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW yang bermaksud :

"Tidaklah seorang hamba Muslim mengerjakan solat kerana Allah SWT dalam satu hari dua belas rakaat sebagai tathawwu’ dan bukan fardu, melainkan Allah SWT akan membangunkan untuknya sebuah rumah di syurga."

Marilah kita perbanyakkan solat sunat semampu mungkin tanpa mengira samada ia mu’akkad ataupun tidak.

16/02/2022

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Sedekat-dekat hamba kepada Tuhannya, ialah di kala hamba itu sedang sujud (di hadapan Allah), oleh itu perbanyakkanlah doa dalam sujud".
(Hadith Riwayat Muslim 1/350)

Manfaatkanlah sujud dalam setiap solat kita sebaik mungkin dengan merintih dan memohon ampun kepada Allah SWT. Sesungguhnya Allah SWT Maha Mendengar permintaan serta keluhan hambaNya.

Semoga dengan memperbanyakkan berdoa dalam sujud menjadikan diri kita lebih dekat dengan Allah SWT.

15/02/2022

𝗔𝗻𝗴𝗮𝗻-𝗔𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗞𝗼𝘀𝗼𝗻𝗴

“Sebahagian orang cinta kebaikan dan istiqamah, akan tetapi ia hanya tinggal di lautan angan-angan… Ia berharap istiqamah tanpa beramal…

𝘼𝙣𝙜𝙖𝙣-𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙨𝙚𝙢𝙖𝙩𝙖 𝙩𝙖𝙣𝙥𝙖 𝙙𝙞𝙨𝙚𝙧𝙩𝙖𝙞 𝙖𝙢𝙖𝙡𝙖𝙣 𝙩𝙞𝙙𝙖𝙠 𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙗𝙚𝙧𝙢𝙖𝙣𝙛𝙖𝙖𝙩 𝙗𝙖𝙜𝙞 𝙨𝙚𝙨𝙚𝙤𝙧𝙖𝙣𝙜.

Ibnul Qayyim berkata,

المتمنى من أعجز الناس وأفلسهم، فإن التمنى رأس أموال المفاليس

“Seorang yang s**a berangan-angan adalah manusia yang paling tidak mampu dan paling merugi, kerana angan-angan adalah modalnya orang-orang yang muflis (bankrap)”

13/02/2022

Berguguran Dosa Saat Sujud Dan Rukuk

Janganlah tergesa-gesa ketika rukuk dan sujud, kerana pada ketika itulah Allah SWT menggugurkan dosa-dosa kita dan memberi keampunan.

Alangkah ruginya bagi mereka yang tidak pernah sujud kepada Allah SWT.

12/02/2022

KATA-KATA HIKMAH.

Orang yg berakal apabila tersilap dia akan merasa kesal. Org yg bodoh p**a apabila tersilap, dia akan berfalsafah (berbelit2 utk membenarkan kesilapannya).

11/02/2022

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

10/02/2022

DOA MEMOHON SYAFAAT NABI SAW DI AKHIRAT NANTI.

Hadith Nabi SAW, dimana Jabir bin ‘Abdillah r.a telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:

مَنْ قَالَ حِينَ يَسْمَعُ النِّدَاءَ اللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ وَالصَّلاَةِ الْقَائِمَةِ آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيلَةَ وَالْفَضِيلَةَ وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُودًا الَّذِي وَعَدْتَهُ، حَلَّتْ لَهُ شَفَاعَتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Maksudnya: Barang siapa yang mendengar azan dan berdoa "Ya Allah, Wahai Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan. Kurniakanlah kedudukan yang tinggi dan terpuji yang engkau telah janjikan kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kehormatan," luluslah baginya syafaatku baginya pada hari kiamat.

(Sahih Bukhari: 614)

09/02/2022

DOA BULAN REJAB

اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّّغْنَا رَمَضَانَ
“Ya Allah, Ya Tuhanku, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya'aban dan sampaikanlah (hidupkan) kami ke bulan (sehingga) Ramadan.”
[Hadith Riwayat Baihaqi]

Want your school to be the top-listed School/college in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


32-01 Jalan Kempas Lama 2/1 Kempas Lama Skudai
Johor Bahru
81300