18/03/2025
Salam Nuzul Quran
"Dan Kami turunkan Al-Quran sebagai penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.."
(Surah Al-Isra 17:82)
Ingatan tulus ikhlas daripada
PASTI Al - Irsyad Pulai
28/02/2025
𝐍𝐎𝐓𝐈𝐒 𝐌𝐀𝐊𝐋𝐔𝐌𝐀𝐍
𝐂𝐔𝐓𝐈 𝐀𝐖𝐀𝐋 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍 𝟏𝟒𝟒𝟔𝐇/𝟐𝟎𝟐𝟓𝐌
Adalah dimaklumkan, PASTI seluruh Negeri Johor akan bercuti pada:
𝟑 𝐌𝐀𝐂 𝟐𝟎𝟐𝟓 (𝐈𝐒𝐍𝐈𝐍)
Selamat menyambut bulan Ramadan al-Mubarak kepada seluruh warga PASTI Johor.
Pejabat Pentadbiran,
Jabatan PASTI Negeri Johor
15/02/2024
Masih ada kekosongan di PASTI Al-Irsyad 7,Taman Sri Bahagia ini bagi anak-anak lahir pada tahun 2020-4 thn,2019-5 thn & 2018-6 thn..
*PENDAFTARAN PASTI AL-IRSYAD Kawasan PULAI 2024* 👦🏻👧🏻
(Kini dibuka sehingga 30 November 2023)
Assalamualaikum wbt. 😀
Inginkan anak pandai membaca sebelum Tahun 1?📖
Nak ajar anak solat sebelum capai umur 7 tahun? 👳♀️
Kami membuka pendaftaran bagi kemasukan tahun 2024 untuk anak-anak berumur :
✅4 tahun (lahir tahun 2020)
✅5 tahun (lahir tahun 2019)
✅6 tahun (lahir tahun 2018)
❗️Antara kelebihan menghantar anak-anak PASTI :
📗Yuran yang berpatutan
📗Pembelajaran Pra-Tahfiz & Nurul Quran
📗 Pembentukan nilai Tarbiyah Islam (Aqidah, Ibadah & Akhlak)
📗Mata pelajaran akademik
📗Kelas Kreatif
📗Guru berpengalaman & terlatih
📗Asas Fardhu Ain & hafalan doa-doa amalan harian
📗Program asah bakat anak-anak
Sebarang pertanyaan lanjut boleh klik di link Whatsapp 👇🏻:
🏫PASTI Al Irsyad 1, Taman Dahlia :
http://www.wasap.my/60197453273/DaftarPASTI (Cikgu Salina)
🏫PASTI Al Irsyad 2, Taman Perling :
http://www.wasap.my/60197692847/DaftarPASTI (Cikgu Asnawati)
🏫PASTI Al Irsyad 3, Taman Kemas :
http://www.wasap.my/60197425150/DaftarPASTI (Cikgu Maryati)
🏫PASTI Al Irsyad 4, Bandar Uda Utama :
http://www.wasap.my/60127993744/DaftarPASTI (Cikgu Fatin)
🏫PASTI Al Irsyad 5, Taman Bukit Kempas :
http://www.wasap.my/60145037574/DaftarPASTI (Cikgu Aisyah)
🏫PASTI Al Irsyad 6, Taman Tampoi Utama :
http://www.wasap.my/60177212436/DaftarPASTI (Cikgu Shikin)
🏫PASTI Al Irsyad 7, Taman Sri Bahagia:
http://www.wasap.my/60177270420/DaftarPASTI (Cikgu Zafirah)
Atau pertanyaan lanjut ke pihak pengurusan di :
www.wasap.my/60107743575
www.wasap.my/60107135452
jom share ramai2 semoga ramai yang mendapat manfaat,
terima kasih 💚💛
01/11/2023
*PENDAFTARAN PASTI AL-IRSYAD Kawasan PULAI 2024* 👦🏻👧🏻
(Kini dibuka sehingga 30 November 2023)
Assalamualaikum wbt. 😀
Inginkan anak pandai membaca sebelum Tahun 1?📖
Nak ajar anak solat sebelum capai umur 7 tahun? 👳♀️
Kami membuka pendaftaran bagi kemasukan tahun 2024 untuk anak-anak berumur :
✅4 tahun (lahir tahun 2020)
✅5 tahun (lahir tahun 2019)
✅6 tahun (lahir tahun 2018)
❗️Antara kelebihan menghantar anak-anak PASTI :
📗Yuran yang berpatutan
📗Pembelajaran Pra-Tahfiz & Nurul Quran
📗 Pembentukan nilai Tarbiyah Islam (Aqidah, Ibadah & Akhlak)
📗Mata pelajaran akademik
📗Kelas Kreatif
📗Guru berpengalaman & terlatih
📗Asas Fardhu Ain & hafalan doa-doa amalan harian
📗Program asah bakat anak-anak
Sebarang pertanyaan lanjut boleh klik di link Whatsapp 👇🏻:
🏫PASTI Al Irsyad 1, Taman Dahlia :
http://www.wasap.my/60197453273/DaftarPASTI (Cikgu Salina)
🏫PASTI Al Irsyad 2, Taman Perling :
http://www.wasap.my/60197692847/DaftarPASTI (Cikgu Asnawati)
🏫PASTI Al Irsyad 3, Taman Kemas :
http://www.wasap.my/60197425150/DaftarPASTI (Cikgu Maryati)
🏫PASTI Al Irsyad 4, Bandar Uda Utama :
http://www.wasap.my/60127993744/DaftarPASTI (Cikgu Fatin)
🏫PASTI Al Irsyad 5, Taman Bukit Kempas :
http://www.wasap.my/60145037574/DaftarPASTI (Cikgu Aisyah)
🏫PASTI Al Irsyad 6, Taman Tampoi Utama :
http://www.wasap.my/60177212436/DaftarPASTI (Cikgu Shikin)
🏫PASTI Al Irsyad 7, Taman Sri Bahagia:
http://www.wasap.my/60177270420/DaftarPASTI (Cikgu Zafirah)
Atau pertanyaan lanjut ke pihak pengurusan di :
www.wasap.my/60107743575
www.wasap.my/60107135452
jom share ramai2 semoga ramai yang mendapat manfaat,
terima kasih 💚💛
15/05/2023
PERUTUSAN PENGARAH PASTI NEGERI JOHOR SEMPENA HARI GURU 2023
Diriwayatkan oleh Muaz Bin Anas RA, bahawa Rasulullah SAW :
مَنْ عَلَّمَ عِلْمًا فَلَهُ أَجْرُ مَنْ عَمِلَ بِهِ لَا يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ العَامِلِ
Maksudnya: “Barangsiapa yang mengajarkan sesuatu ilmu maka dia akan mendapat pahala orang yang mengamalkannya tanpa mengurangi pahala orang yang mengamalkannya sedikitpun”.
[Riwayat Ibn Majah, No. Hadis 236]
Hari ini, 16 Mei merupakan sambutan memperingat jasa-jasa warga pendidikan seluruh Malaysia.
Tugas guru atau mendidik adalah satu tugas yang mulia kerana ia juga adalah tugas para Nabi dan Rasul. Kesemua makhluk Allah SWT sama ada di langit atau di bumi sentiasa mendoakan kebaikan kepada para guru dan pendidik. Setiap yang diajar itu akan mendapatkan pahala sama seperti pahala orang yang beramal dengan apa yang telah diajarkannya itu.
Mengambil peluang ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru buat seluruh warga pendidik di Malaysia dan khususnya kepada para guru PASTI Negeri Johor.
Tema yang digagaskan oleh, Sektor Pendidikan Pemuda PAS Malaysia bagi sambutan Hari Guru 2023, iaitu "Guru Mithali Pemangkin Generasi Rabbani".
Saya yakin dan percaya bahawa para guru kita tidak pernah jemu dalam memberi ilmu serta mendidik anak-anak PASTI. Mudah-mudahan pengorbanan para guru akan menjadikan mereka insan soleh yang akan melahirkan generasi bertaqwa, rabbani dan murabbi. Semoga para guru PASTI dikurniakan kebaikkan yang berpanjangan dan sentiasa dilimpahi rahmat serta kasih sayang Allah SWT.
Ikhlas Daripada,
MOHD FAIRUZ BIN ALIAS
Pengarah,
Jabatan PASTI Negeri Johor
16 Mei 2023 | 25 Syawal 1444H
01/05/2023
Assalamualaikum.
Apa khabar semua anak-anak PASTI?
Semoga semua sihat dan baik-baik sahaja.
Insya-Allah, esok (2 Mei 2023) kita akan naik semula persekolahan selepas cuti perayaan dan cuti pertengahan penggal 1.
Kami ingin mengucapkan "Selamat Kembali Ke Sekolah" kepada semua anak-anak, guru-guru dan kakitangan PASTI Negeri Johor.
Pesan untuk anak-anak dan semua warga PASTI, perbanyakkan minum air putih dan elakkan/kurangkan aktiviti di luar seperti riadah/sukan.
Ikhlas daripada,
Pengarah & Ahli Lembaga Pengarah
Jabatan PASTI Negeri Johor
31/03/2023
Alhamdulillah syukur pagi ini dapat buat taklimat sekolah sesi tahun 2023..
Cikgu juga mengucapkan tahniah kepada ibubapa yang hadir hari ni dan cikgu juga minta maaf kalau ada terkasar bahasa tersilap bicara mohon dimaafkan 😊
Cikgu turut mengucapkan tahniah kepada ibubapa yang terpilih melantik JIBG buat kali pertama di PAI7 😊
23/03/2023
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN 1444H
أَعُوْذُ بِاللّٰهِ مِنَ الشَّيْطٰانِ الرَّجِيْمِ
يٰۤـاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا كُتِبَ عَلَيْکُمُ الصِّيَا مُ کَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِکُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُوْنَ ۙ
"Wahai orang-orang yang beriman. Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa."
(Surah Al-Baqarah : Ayat 183)
1. Hari ini merupakan hari terakhir dalam bulan Sya'ban. Insya-Allah, esok kita akan menyambut ketibaan Ramadan al-Mubarak iaitu bulan mulia yang penuh barakah.
2. Selain ayat al-Quran di atas, Rasulullah SAW bersabda :
"Telah datang kepadamu Ramadan, bulan berkah, Allah mewajibkan kamu berpuasa, pada bulan ini pintu-pintu Syurga dibuka dan pintu-pintu Neraka ditutup, syaitan diikat, dan di dalamnya terdapat malam yang lebih baik dari seribu bulan. (Hadis Riwayat : Imam Ahmad dan Imam Nasa’i)
3. PASTI mengajak semua warganya dan masyarakat Islam untuk sama-sama muhasabah dan menjadikan bulan Ramadan ini lebih baik dan sempurna dari sebelumnya.
4. Sesungguhnya, bulan Ramadan mendidik rasa sabar. Ianya bukan menahan diri dari lapar dan dahaga sahaja. Tetapi yang lebih besar adalah menahan diri dari hawa nafsu serta perbuatan yang sia-sia. Mudah-mudahan, kita dapat meningkatkan lagi ketaqwaan dan kecintaan kepada Allah SWT.
5. Semoga kita diberi kesihatan dan kekuatan untuk melaksanakan ibadah dan segala usaha ini diberkati Allah SWT serta memperoleh rahmat dan maghfirah.
Ikhlas Daripada,
Pengarah & Ahli Lembaga Pengarah
21/03/2023
Alhamdulillah untuk hari ke 3✅
Aktiviti hari ni :
- mengajar anak2 asas ambil air wuduk (tiada gambar), selepas tu mengajar lagi baca surah al fatihah di dalam perhimpunan (tiada gambar).
Hari ni baru masuk ke dalam kelas selepas 2 hari sesi pengenalan diri😁
Aktiviti di dalam kelas :
4 tahun (2 orang) & 5 tahun - melakukan psikomotor halus mengoyakkan kertas dan renyuk menjadi bentuk sebiji bola menggunakan suratkhabar lama. ⚽🗞
4 tahun (2 orang) & 6 tahun - psikomotor halus daripada buku transisi 6 tahun bagi membuatkan bentuk bulat daripada tanah liat.
20/03/2023
Alhamdulillah untuk hari ke 2 hari ni✅
Aktiviti hari ni :
- mengajar anak2 berhimpun dan berbaris dalam perhimpunan, mengajar baca surah al fatihah dan erti surah al fatihah dalam nasyid serta baca syahadah.
- berbahagi dalam 2 kumpulan :
- 6 tahun : mewarnakan gambar
- 4&5 tahun : psikomotor halus mengenggam doh dan menjadi bentuk bulat.
19/03/2023
Alhamdulillah done untuk hari pertama sesi persekolahan✅
Syukur hari ni anak-anak kurang ragam menangis walaupun menangis sekejap2 je😊
Doakan semoga anak-anak ni terang hati, mendengar arahan dan nasihat cikgu serta dipermudahkan segala urusan untuk mengajar dan mendidik anak-anak Pasti😊