SA Tasek Utara Johor Bahru

SA Tasek Utara Johor Bahru

Share

Sekolah Agama Tasek Utara ini telah ditubuhkan pada tahun 2006 dan juga merupakan sekolah menumpang d

05/12/2025

Assalamualaikum.

Ucapan Terima Kasih & Penghargaan

Kepada

YAB DATOโ€™ ONN HAFIZ BIN GHAZI SELAKU
MENTERI BESAR JOHOR dan YB TUAN HAJI MOHD FARED BIN HAJI MOHD KHALID serta KERAJAAN NEGERI JOHOR

Atas inisiatif-inisiatif dalam Belanjawan Johor 2026 khususnya kepada Sekolah-sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor yang telah dibentangkan bagi pelaksanaan pada tahun 2026

Ikhlas daripada:
Guru-guru Sekolah Agama Tasek Utara


22/08/2025

Buli bukan budaya kita. Katakan TIDAK kepada buli demi generasi Johor yang lebih selamat dan sejahtera. Full-screenBuli memberi kesan buruk terhadap emosi, pelajaran dan masa depan anak-anak.Sebagai tanda sokongan, pihak sekolah berinisiatif untuk mendidik, membimbing dan membina warga murid yang berakhlak mulia serta bebas daripada budaya buli.
Pejabat Pendidikan Islam Daerah Johor Bahru

08/08/2025

Warga Sekolah Agama Tasek Utara merakamkan jutaan terima kasih kepada YAB Dato' Onn Hafiz Ghazi , Menteri Besar Johor dan YB Tuan Haji Mohd Fared Mohd Khalid atas peruntukan khas RM5000 bagi menaik taraf bilik guru. Pejabat Pendidikan Islam Daerah Johor Bahru Hafiz โค๏ธ๐Ÿ’™

16/02/2025

UCAPAN PENGHARGAAN KEPADA YB PENGERUSI JAWATANKUASA HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR

Seluruh warga Sekolah Agama Tasek Utara ingin mengucapkan Terima Kasih kepada YB Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor atas kecaknaan dan bertindak segera mengatasi isu-isu Sekolah Agama Negeri Johor.

Guru-guru Sekolah Agama Tasek Utara juga menzahirkanrasa syukur dan terima kasih di atas pemberian bonus serta bantuan kewangan kepada semua Guru-guru Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor.

MAJU JOHOR! Pejabat Pendidikan Islam Daerah Johor Bahru

Photos from SA Tasek Utara Johor Bahru's post 15/02/2025

JAMUAN AKHIR TAHUN GURU SA TASEK UTARA

Terima kasih kepada semua guru atas dedikasi sepanjang tahun 2024/2025. Semoga ukhuwah terus erat, dan kita melangkah ke sesi baru persekolahan dengan lebih cemerlang.

ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุจูŽุงุฑููƒู’ ู„ูŽู†ูŽุง ูููŠู‡ู ูˆูŽุฃูŽุทู’ุนูู…ู’ู†ูŽุง ุฎูŽูŠู’ุฑู‹ุง ู…ูู†ู’ู‡ู

Photos from SA Tasek Utara Johor Bahru's post 15/02/2025

โœจ

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB UPKK

Bengkel ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada murid tentang teknik-teknik menjawab soalan dengan menjemput penceramah Ustaz Nazirul Mubin bin Karim, Penyelia Kafa JB, Pejabat Pendidikan Islam Daerah Johor Bahru.

Terima kasih diucapkan buat kegigihan guru-guru yang terlibat melaksanakan bengkel ini serta pihak sekolah yang sama-sama menjayakan bengkel kali ini. Diharapkan semua murid-murid Tahun 5 mendapat ilmu yang bermanfaat dan sangat baik.

Seluruh warga SA Tasek Utara mendoakan semua murid-murid Tahun 5 mendapat kejayaan yang cemerlang di dalam peperiksaan UPKK yang akan menjelang tiba tidak lama lagi in shaa Allah.

ุจุงู„ุชูˆููŠู‚ ูˆุงู„ู†ุฌุงุญ ู„ูƒู… ุฌู…ูŠุนู‹ุง

Photos from SA Tasek Utara Johor Bahru's post 15/02/2025

โœจ

MAJLIS SAMBUTAN HARI KELAHIRAN GURU-GURU DISEMBER 2024

Selamat hari lahir buat semua Ustaz da Ustazah๐ŸŽ‚๐ŸŽ‰
Semoga panjang umur, diberi kesihatan dan dalam rahmat Allah selalu.

Photos from SA Tasek Utara Johor Bahru's post 15/02/2025

โœจ

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1446H 2024M

Semoga sambutan ini dapat menyemarakkan lagi semangat anak-anak dalam mengingati keperibadian dan akhlak terpuji Rasulullah yang menjadi contoh kepada sekalian umat Islam.

ุงู„ู„ู‡ู…ูŽู‘ ุตู„ูู‘ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ู ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ

Photos from SA Tasek Utara Johor Bahru's post 15/02/2025

โœจ

PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN MEWARNA & MEREKA CIPTA POSTER SEMPENA HARI KEMERDEKAAN KE-67 TAHUN 2024

SA Tasek Utara telah menganjurkan Pertandingan Mewarna (Tahap 1) dan Mereka Cipta Poster (Tahap 2) bersempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-67.

Syabas dan Tahniah kepada para pemenang!
Setinggi penghargaan kepada semua murid-murid yang bertungkus lumus memberikan yang terbaik sepanjang pertandingan.
ุงู„ู„ู‡ ูŠุจุงุฑูƒ ููŠูƒู…๐Ÿคฒ๐Ÿป

Photos from SA Tasek Utara Johor Bahru's post 15/02/2025

โœจ

MAJLIS PERPISAHAN USTAZ HARITH

Sekalung penghargaan terima kasih buat Ustaz Mohamad Harith bin Mohamad Saharudin yang selama berada di sini, telah banyak menyumbang bakti untuk SA Tasek Utara. Terima kasih Ustazah atas dedikasi dan kasih sayang yang telah diberikan selama ini.

Photos from SA Tasek Utara Johor Bahru's post 15/02/2025

โœจ

MESYUARAT AGUNG BADAN KEBAJIKAN SEKOLAH kali ke-15 & MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN TAHUN 2023

6 JULAI 2024

Setinggi penghargaan kepada ibu bapa penjaga yang telah hadir dan bekerjasama berkongsi idea dan pandangan demi kecemerlangan anak-anak.

Ucapan Tahniah dan doa semoga terus cemerlang dunia akhirat juga buat semua murid-murid yang telah menerima Anugerah Kecemerlangan Tahun 2023.
ุงู„ู„ู‡ู… ูู‚ู‡ูƒู… ููŠ ุงู„ุฏูŠู† ูˆุนู„ู…ูƒู… ุงู„ุชุฃูˆูŠู„๐Ÿคฒ๐Ÿป

Tidak lupa juga Terima Kasih buat seluruh guru-guru, Pengerusi dan AJK BKS dan semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.

Photos from SA Tasek Utara Johor Bahru's post 15/02/2025

โœจ

SAMBUTAN HARI GURU SA TASEK UTARA &
PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN MEWARNA DAN MEREKA CIPTA POSTER SEMPENA HARI GURU

23 Mei 2024

Semoga SA Tasek Utara dapat terus melahirkan anak-anak cemerlang dunia akhirat serta guru yang berdedikasi in shaa Allah. Amin๐Ÿคฒ๐Ÿป

Want your school to be the top-listed School/college in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Jalan Taruka Off Jalan Datin Halimah, Larkin
Johor Bahru
80350