31/05/2026
“Daulat Tuanku”
Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 1 Jun 2026.
Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat, kesejahteraan dan keafiatan berpanjangan kepada Tuanku serta terus memayungi rakyat dan negara dengan penuh kebijaksanaan dan keadilan.
Daulat Tuanku daripada seluruh warga Mindcare Therapy Centre. ✨
“Semoga Allah Lanjutkan Usia Tuanku”
30/05/2026
🌸 Selamat Hari Wesak 🌸
Semoga Hari Wesak ini membawa kedamaian, kasih sayang dan ketenangan jiwa kepada semua yang meraikannya. ✨
Di Mindcare Therapy Centre, kami percaya bahawa kesejahteraan mental bermula dengan hati yang tenang dan penuh belas ihsan. Semoga sinar kebijaksanaan dan kebaikan sentiasa menerangi kehidupan kita bersama.
Selamat menyambut Hari Wesak daripada seluruh warga Mindcare Therapy Centre. 🙏
26/05/2026
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
Kami semua warga MindCare Therapy Centre ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh muslimin dan muslimat.
Aidiladha bukan sekadar tentang pengorbanan haiwan, tetapi pengorbanan hati, masa dan keikhlasan kepada Ilahi.
Semoga kita semua terus diberi kekuatan untuk berkorban demi kebaikan dan ketaatan.
Salam Aidiladha yang penuh erti.
17/05/2026
🌸 Selamat Hari Guru 🌸
“Guru bukan sekadar mengajar, tetapi membentuk jiwa, memberi harapan dan mencorakkan masa depan.”
Kami di MindCare Therapy Centre, ingin mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang tidak pernah jemu mendidik, membimbing dan memahami setiap anak dengan penuh kasih sayang dan kesabaran. 💙
Teruslah menjadi inspirasi dan cahaya buat generasi akan datang. Semoga segala jasa dan pengorbanan anda dibalas dengan kebahagiaan serta keberkatan yang berpanjangan.
Tidak lupa juga buat semua teacher di MindCare Therapy Centre, terima kasih kerana sabar dalam mendidik semua para pelajar berkeperluan khas selama ini.
Selamat Hari Guru 2026! 🍎✨
17/05/2026
PROGRAM SAMBUTAN HARI AUTISME DAN BULAN PEMAKANAN PERINGKAT PEJABAT KESIHATAN DAERAH KULAI 2026
Tarikh : 16 Mei 2026
Alhamdulillah, selesai sudah tugas kami semalam sebagai salah sebuah organisasi yang dijemput bagi memenuhi slot aktiviti/game untuk semua peserta program.Para peserta dan ibu bapa sangat seronok melakukan pelbagai aktiviti yang disediakan.
Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada semua team Pejabat Kesihatan Daerah Kulai atas jemputan dari pihak anda.Program ini juga telah mendapat sambutan yang amat memberangsangkan oleh penduduk yang berada di sekitarnya.
Harapan kami semoga program seperti ini dapat memberi manfaat buat anda semua yang hadir.Terima kasih kami ucapkan kepada semua!
Semoga berjumpa lagi di program lain yang akan datang.Jika ada pihak di luar sana yang ingin menganjurkan program seperti ini, kami amat mengalu-alukan kerjasama dari pihak anda juga. 😊
www.wasap.my/60143197150
15/05/2026
Anda semua dijemput untuk menyertai Program Jelajah ANMS Sambutan Hari Autisme & Bulan Pemakanan 2026 yang akan berlangsung esok!
Team kami semua pun ada kat sini tau esok! kalau nak jumpa,jom datang beramai-ramai dan sertai kami!
Pelbagai aktiviti menarik seperti stimulasi sensori, konsultasi pakar kanak-kanak dan demonstrasi memasak akan diadakan.
📅 16 Mei 2026 (Sabtu)
⏰ 8.00 pagi – 1.00 petang
📍 Dewan Serbaguna Taman Putri
Scan kod QR pada poster untuk pendaftaran.
Jumpa anda di sana! 🤗
12/05/2026
HAPPY NATIONAL NURSES DAY/SELAMAT HARI JURURAWAT ANTARABANGSA
Kami warga MindCare Therapy Centre ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Jururawat Antarabangsa kepada semua jururawat yang ada.
Sesungguhnya, tugas dan tanggungjawab seseorang jururawat sangat besar dalam menyediakan khidmat untuk merawat pesakit di premis kesihatan.
Jom sertai channel Telegram MindCare Centre di link berikut:
https://t.me/+P7NjwK41xW81N2Y9
30/04/2026
HAPPY LABOUR DAY/SELAMAT HARI PEKERJA
Kami seluruh warga MindCare Therapy Centre mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada anda semua.Tenaga kerja yang berdedikasi adalah inspirasi yang tidak ternilai harganya.
Semoga setiap usaha dan penat lelah kita mencari rezeki selama ini menjadi ibadah yang berkah buat kita semua.
Jom sertai channel Telegram MindCare Therapy Centre di link berikut untuk mendapatkan tips tentang :
https://t.me/+P7NjwK41xW81N2Y9