Sriti Tahfiz Al-Irfan Tebrau

Sriti Tahfiz Al-Irfan Tebrau

Share

Sekolah Rendah Islam (SRITI) Al-Irfan atau nama penuhnya Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam Al-Irfan adalah sekolah yg berkesinambungan dari PASTI.

08/05/2026

🌬️ JOM BERINFAQ UNTUK KESELESAAN PEMBELAJARAN ANAK-ANAK SRITI 🌬️

Pihak sekolah sedang mengadakan Tabung Sumbangan Pembelian 3 Unit Aircond dengan sasaran kutipan sebanyak RM6,500.

πŸ“Œ Dana ini akan digunakan untuk:
βœ… Menggantikan aircond rosak di 2 buah kelas murid
βœ… Penambatan aircond di ruang dewan sekolah
βœ… Kos penyelenggaraan aircond sedia ada

Aircond yang digunakan ketika ini merupakan unit lama daripada bangunan SRITI sebelum ini dan telah rosak serta tidak lagi berfungsi dengan baik.

Selain itu, ruang dewan yang menempatkan hampir 200 orang murid dan guru pada satu-satu masa juga memerlukan penambahan aircond bagi memastikan suasana yang lebih selesa untuk pembelajaran dan program sekolah.

Allah SWT juga berfirman:

"Perumpamaan orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah adalah seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai; pada tiap-tiap tangkai itu p**a terdapat seratus biji."

(Surah Al-Baqarah: 261)

✨ Mudah-mudahan setiap sumbangan yang diberikan menjadi saham akhirat dan asbab keselesaan anak-anak menuntut ilmu.

πŸ’³ Salurkan sumbangan anda melalui QR Code pada poster atau terus ke akaun berikut:

AL-IRFAN TEBRAU MANAGEMENT
Bank: Bank Islam
No. Akaun: 0108 7010 069519
πŸ“Ž Reference: sumbanganaircond

Bukti sumbangan boleh di serah ke WhatsApp di bawah:

www.wasap.my/60132921425/infaqaircond

Sebarang jumlah amat dihargai. Mohon jasa baik semua untuk turut berkongsi hebahan ini.

🀲 Semoga Allah membalas setiap sumbangan dengan ganjaran yang berlipat kali ganda.

P/s: jangan lupa LIKE & SHARE ke wall peribadi anda supaya lebih ramai turut sama dapat membantu dalam sumbangan ini.

25/04/2026

JUARA KESELURUHAN MAIS PERINGKAT NEGERI JOHOR 2026

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas limpah kurnia dan izin-Nya, kontinjen SRITI Kawasan Tebrau telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Mahrajan Amal Islami SRITI (MAIS) Peringkat Negeri Johor 2026.

Kejayaan ini adalah hasil usaha gigih, doa yang tidak putus, serta pengorbanan semua pihak yang terlibat. Berikut merupakan pencapaian membanggakan yang telah diraih:

Nasyid πŸ₯‡
Kalam Jamaei πŸ₯‡
Pidato BM perempuan πŸ₯‡
Hafazan T1 lelaki πŸ₯‡
Hafazan T1 perempuan πŸ₯ˆ
Hafazan T2 lelaki πŸ₯ˆ
Hafazan T2 perempuan πŸ₯ˆ
Tilawah L πŸ₯ˆ
Tilawah P πŸ₯ˆ
Syarahan BA lelaki πŸ₯ˆ
Syarahan BA perempuan πŸ₯ˆ
Pidato BI perempuan πŸ₯ˆ

Lebih manis, kejayaan ini tercipta apabila buat julung kalinya SRITI Kawasan Tebrau menggabungkan kekuatan daripada dua sekolah iaitu Sriti Tahfiz Al-Irfan Tebrau , Bandar Dato’ Onn dan Sriti Tahfiz Al-Irfan Tebrau II , Taman Kota Masai menjadi satu kontinjen yang utuh.

Gabungan ini membuktikan bahawa apabila dua kekuatan disatukan, dua kelebihan digembleng, dan dua pasukan dipadukan, lahirlah satu pasukan yang luar biasa.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada para ibu bapa atas sokongan dan kepercayaan yang tidak berbelah bahagi kepada para guru dalam membimbing serta menggilap potensi anak-anak sebagai mutiara ummah.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk kita terus melangkah lebih jauh. Dengan baki masa yang ada, marilah kita terus berusaha, berlatih dengan penuh istiqamah dan kesungguhan, tanpa leka dan tanpa jemu, demi menggapai kejayaan yang lebih gemilang di peringkat SRITI Malaysia

"Together Tebrau is better"

P/s: jangan lupa LIKE & SHARE ke wall peribadi anda supaya orang lain juga turut sama mendoakan kejayaan kontinjen SRITI Kawasan Tebrau.


25/04/2026

MAIS 2026
BERCERITA BAHASA MELAYU SESI PAGI [LELAKI]

20/03/2026

π’π€π‹π€πŒ π€πˆπƒπˆπ‹π…πˆπ“π‘πˆ πŸπŸ’πŸ’7𝐇

Ramadan pergi Syawal berganti,
Cukup sebulan ibadah puasa,
Takbir dilafaz sepenuh hati,
Syukur nikmat Yang Maha Esa.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Minal Aidil Wal FaizinπŸ’

Maaf zahir batin

Ikhlas daripada,
π’π‘πˆπ“πˆ 𝐀𝐋 πˆπ‘π…π€π 𝐓𝐄𝐁𝐑𝐀𝐔 1

13/03/2026

بِسۑـــــــــمِ ٱللهِ Ω±Ω„Ψ±ΩŽΩ‘Ψ­Ϋ‘Ω€Ω…ΩŽΩ€Ω°Ω†Ω Ω±Ω„Ψ±ΩŽΩ‘Ψ­ΩΩ€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€ΩŠΩ…
Ψ§Ω„Ψ³Ω„Ψ§Ω… ΨΉΩ„ΩŠΩƒΩ… ΩˆΨ±Ψ­Ω…Ψ© Ψ§Ω„Ω„Ω‡ ΩˆΨ¨Ψ±ΩƒΨ§ΨͺΩ‡

Ψ₯ΩΩ†ΩŽΩ‘Ψ§ Ω„ΩΩ„Ω‘ΩŽΩ‡Ω وَΨ₯ΩΩ†ΩŽΩ‘Ψ§ Ψ₯ΩΩ„ΩŽΩŠΩ’Ω‡Ω Ψ±ΩŽΨ§Ψ¬ΩΨΉΩΩˆΩ†ΩŽ

Dukacita dimaklumkan bahawa murid SRITI Al Irfan 1, Ahmad Ammar Yaser bin Ahmad Zulfahmi (2 Firdaus), telah kembali ke rahmatullah semalam 12 Mac 2026 (jam 2.49 ptg)

Jenazah akan dikebumikan di Taman Kota Jaya, Kota Tinggi di pada jam 8 pagi ini. (Jumaat).

Semoga Allah SWT merahmati rohnya dan menempatkannya dalam kalangan para solihin.

Al-Fatihah.

Photos from Sriti Tahfiz Al-Irfan Tebrau's post 11/03/2026

⚜️ MAHRAJAN AMAL ISLAMI (MAIS) PERINGKAT SEKOLAH⚜️

Alhamdulillah kami panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT. Selawat dan salam kepada junjungan Nabi SAW, para isteri dan keluarga baginda SAW, seterusnya golongan yang mengikut jejak langkah baginda SAW hingga ke hari akhirat.

MAIS SRITI Al-Irfan telah berjaya dilaksanakan bagi tahun 2026 ini. Sebanyak 9 acara telah membuat persembahan pada hari ini.

Tahniah kepada semua murid yang menyertai pada hari ini. Bagi murid yang berjaya pada hari ini, berlatih lebih lagi kerana anda semua akan ke peringkat MAIS kawasan Tebrau yang akan dijalankan pada bulan April nanti.



Photos from Sriti Tahfiz Al-Irfan Tebrau's post 11/03/2026

πŸ“Έ L𝐄N𝐒A M𝐀I𝐒 𝐒R𝐈T𝐈 𝐀L I𝐑F𝐀N 1 2𝟎2πŸ”

Suasana program Mahrajan Amal Islami peringkat sekolah di SRITI Al Irfan 1, Bandar Dato Onn. Tema MAIS pada tahun ini ialah Terus Memimpin : Memupuk Adab Membugar Akhlak.

7 acara dipertandingkan pada hari ini. Manakala 2 persembahan ditampilkan bagi acara berkump**an. Keyakinan ini yang kita mahukan untuk memimpin generasi akan datang. Insha Allah.

06/12/2025

Esok majlis berlangsung. Jangan lupa hari ini pengambilan jubah dan ada rehearsal.

Want your school to be the top-listed School/college in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


No. 30, Jalan Perjiranan 4/5, Bandar Dato’ Onn
Johor Bahru
81100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00