10/05/2026
TAHNIAH SKUAD BOLA JARING PASTI AL-IRSYAD PULAI!
Tahniah kepada skuad Bola Jaring PASTI Al-Irsyad Pulai atas kejayaan mendapat tempat ke-4 keseluruhan dalam Kejohanan Bola Sepak Bola Jaring PASTI Negeri Johor 2026 yang berlangsung di Pagoh semalam.
Kejayaan ini jauh lebih baik berbanding tahun lalu, di mana kita terkandas di peringkat kumpulan.
Sekalung tahniah kepada para pemain, jurulatih, guru dan ketua kontinjen atas kejayaan ini.
Keputusan Perlawanan:
*Peringkat Kumpulan*
Ledang 0-0 Pulai
Muar 3-1 Pulai
Ayer Hitam 0-4 Pulai
Pulai 4-1 Pontian
Pulai 1-0 Bakri
*Suku Akhir*
Pulai 5-0 Labis
*Separuh Akhir*
Kulai 6-2 Pulai
*Penentuan ke-3*
Pasir Gudang 2-0 Pulai
20/04/2026
Sekalung tahniah kepada guru-guru PASTI Kawasan Pulai yang telah menerima beberapa anugerah sempena Majlis Sambutan Hari Raya dan Hari Guru anjuran Sektor Pendidikan, Dewan Pemuda PAS Negeri Johor.
Cikgu Nurul Fatin binti Abd Majid dari PASTI Al-Irsyad 4, Uda Utama - Anugerah Tokoh Guru PASTI Kawasan
Cikgu Siti Nurzafirah binti Masrom dari PASTI Al-Irsyad 7,Taman Sri Bahagia - Anugerah Guru Lama Berkhidmat.
Ucapan tahniah turut kami ucapkan kepada Ustaz Ahmad Helmi bin Subahan (Guru Besar SRITI Al Irsyad Pulai, juga bapa kepada murid PASTI Al-Irsyad 4, Uda Utama) atas penerimaan Anugerah Tokoh Guru SRITI Negeri Johor 2026.
Moga anugerah ini akan memberikan lebih motivasi kepada guru-guru lain untuk mencapai kejayaan di masa hadapan.
07/04/2026
KEJOHANAN BOLA SEPAK BOLA JARING PASTI AL-IRSYAD KAWASAN PULAI 2026
Alhamdulillah pada Ahad lepas (5 April) telah berlangsung Kejohanan Bola Sepak Bola Jaring PASTI Al-Irsyad 2026 di SMK Bandar Uda Utama. Kejohanan tahunan ini telah diadakan untuk mencungkil bakat murid serta menjadi platform pemilihan bagi mewakili PASTI Pulai ke peringkat negeri.
Ratusan ibu bapa dan murid telah hadir memeriahkan kejohanan sebagai penonton dan peserta bagi dua acara ini. Tahniah kepada pasukan yang telah berjaya merangkul kejuaraan. Cabutan bertuah turut diadakan pada penghujung majlis.
Sekalung terima kasih diucapkan kepada ibu bapa yang telah hadir menyokong anak-anak mereka, pihak sekolah yang telah menyediakan padang dan pengadil kepada kami, para penjual dan guru-guru serta pihak pengurusan yang telah bertungkus lumus dalam memastikan program berjalan dengan lancar.
Kami mohon maaf andai ada kekurangan sepanjang kejohanan berlangsung. Doakan kejayaan kontinjen PASTI Pulai untuk Kejohanan Bola Sepak Bola Jaring PASTI Negeri Johor yang akan berlangsung di Pagoh.
JUARA BOLA SEPAK:
🥇PASTI Al-Irsyad 1, Taman Dahlia
🥈PASTI Al-Irsyad 4, Bandar Uda Utama
🥉PASTI Al-Irsyad 8, Bukit Indah
JUARA BOLA JARING:
🥇PASTI Al-Irsyad 4, Bandar Uda Utama
🥈PASTI Al-Irsyad 6, Taman Tampoi Utama
🥉PASTI Al-Irsyad 5, Taman Bukit Kempas
JUARA KESELURUHAN:
🥇PASTI Al-Irsyad 4, Bandar Uda Utama
🥈PASTI Al-Irsyad 1, Taman Dahlia
🥉PASTI Al-Irsyad 6, Taman Tampoi Utama
04/04/2026
‼️ 1 HARI LAGI ‼️
Kejohanan Bola Sepak Bola Jaring PASTI Al-Irsyad Pulai 2026 akan berlangsung pada hari esok.
Ratusan murid dari 8 buah PASTI seluruh kawasan Pulai akan mencatatkan sejarah tersendiri, bagi merebut kejuaraan.
PASTI manakah yang akan menjuarai keseluruhan kejohanan? Mari kita nantikan esok.
Jangan lupa temujanji kita hari Ahad ini.
SMK Bandar Uda Utama, bermula 8.00 pagi.
Ada cabutan bertuah juga! Jumpa anda di sana!
03/04/2026
‼️2 HARI LAGI‼️
Kejohanan Bola Sepak Bola Jaring PASTI Al-Irsyad Pulai 2026 semakin hampir.
Persiapan terus dilakukan bagi merebut kejuaraan. Semangat semakin membara, intensiti latihan ditingkatkan menjelang hari terakhir sesi latihan.
Jangan lupa temujanju kita hari Ahad ini.
SMK Bandar Uda Utama, bermula 8.00 pagi.
Jumpa anda di sana!
02/04/2026
MESYUARAT KOORDINASI DAN MAJLIS UNDIAN PERINGKAT KUMPULAN KEJOHANAN BOLA SEPAK BOLA JARING PASTI AL-IRSYAD PULAI
Semalam telah berlangsung mesyuarat koordinasi dan majlis undian peringkat kumpulan sebelum Kejohanan Bola Sepak Bola Jaring PASTI Al-Irsyad Pulai, bertempat di Pejabat PASTI Kawasan Pulai.
Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Guru Kanan dan pihak penganjur kejohanan bagi membentangkan format dan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi sepanjang kejohanan.
Sesi undian juga telah dilaksanakan oleh En. Taufiq selaku Ketua Unit Pengadil Kejohanan.
Kejohanan tahun ini akan menggunakan aplikasi Winner untuk memudahkan pengisian rekod kejohanan. Ibu bapa diminta untuk memuat turun (download) aplikasi Winner sebagaimana yang telah diarahkan guru-guru di group WhatsApp masing-masing.
Semoga kejohanan diadakan dengan baik dan lancar. Insya Allah.
02/04/2026
Kelaziman setiap tahun, PASTI Kawasan Pulai akan mengadakan Kejohanan Bola Sepak dan Bola Jaring PASTI Al-Irsyad Pulai.
Semalam, ada beberapa pasukan telah melakukan persediaan rapi dengan melakukan perlawanan persahabatan dengan PASTI lain.
Semoga beroleh kejayaan pada hari kejohanan Ahad ini!
21/03/2026
Selamat Hari Raya Aidilfitri
1447H l 2026M
Ikhlas dari
Majlis Guru PASTI Kawasan Pulai
19/03/2026
Selasa lepas, PASTI Al-Irsyad 4, Uda Utama jadi meriah sangat sebab cikgu ajar buat kuih raya.
Cikgu ajar buat 2 jenis kuih raya. Punya hebat adik-adik PASTI kita, buat kuih raya pun jadi. Boleh tengok hasil air tangan adik-adik kita dekat gambar last tu.
Katanya cikgu pun bagi duit raya. Haa duit raya tu jangan lupa simpan dalam tabung. Kalau taknak simpan dalam tabung, jangan beli benda bukan-bukan ye.
Yang nak balik kampung tu, jangan lupa baca doa. Moga selamat sampai ke destinasi.
Selamat Hari Raya Aidilfitri semua.