22/11/2025
Tarikh : 22 November 2025
Hari : Sabtu
MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PROGRAM PENDIDIKAN KELESTARIAN LA21 BAGI TAHUN 2025
Pencapaian :
1. Johan Kelestarian Pendidikan LA21 (RM22,000.00)
2. Ketiga Premis Makanan Terbersih Kategori Sekolah (RM1,000)
Tahniah Sparkling... Semoga terus bersemangat dan cemerlang di masa hadapan...
29/10/2025
RCE Iskandar Puteri Low Carbon School Exhibition 2025.
Tarikh : 24 Oktober 2025
Sesi penjurian.
Biarlah gambar bercerita.
27/10/2025
Hasil tanaman taman herba kompos pra hari ini siap untuk dijual kepada pengusaha kantin....
,JB
27/10/2025
Tahniah atas pencapaian SPARKLING. Kali pertama masuk final IMELC.
Tempat ke 12 Kategori Sekolah Terbaik IMELC.
Tahniah buat Cikgu Lokman, berusaha sekian lama, akhirnya tahun ini terpilih sebagai finalist. Tahniah buat semua guru dan semua murid tahun 6 yang berjaya menyiapkan tugasan. Terima kasih Cikgu Rosli selaku Guru Besar yang terus memberikan kata-kata semangat walaupun beliau dalam kesibukan.... Semua ini untuk SK Taman Perling tercinta.
23/08/2025
Program Pengumpulan botol PET kerjasama Unit Beruniform Puteri Islam.
Tarikh kutipan : 22/8/25
22/08/2025
22/8/25 kemenjadian hidroponik terkini
01/08/2025
Tarikh : 1 Ogos 25
Anak pokok mula dipindahkan ke set hidroponik.
29/07/2025
24/7/25 pemasangan set hidroponik oleh Cikgu Rosilawati bersama Puan Hatijah. Percubaan awal projek hidroponik Pra 2025.
Tarikh semai 25/7/25.
Percambahan hari ke 4 29/7/25.
26/03/2025
Kutipan pertama sesi 2025
28/02/2025
Ramai yang tidak menyedari bahawa tidak semua kotak boleh dikitar semula. Kotak makanan yang tercemar dengan sisa makanan atau berminyak tidak sesuai untuk dikitar semula kerana boleh menjejaskan keseluruhan proses kitar semula. Oleh itu, langkah yang perlu diambil adalah:
✅Pastikan kotak dalam keadaan bersih dengan membilasnya jika perlu.
✅Pastikan tiada sisa makanan atau kesan minyak.
Daftar sekarang sebagai ahli KITARecycle di https://portal.kitarecycle.com/login.
Setiap barangan yang terkumpul membolehkan anda menebus mata ganjaran yang boleh ditukar dengan wang tunai.