24/03/2026
๐โจ SALAM AIDILFITRI โจ๐
Persatuan Alumni Maahad Negeri Johor mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin
kepada seluruh alumni, guru-guru serta warga Maahad yang dikasihi.
Semoga Syawal yang mulia ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan mengeratkan kembali ukhuwah yang telah lama terjalin.
Dalam kegembiraan menyambut kemenangan, marilah kita terus mengekalkan nilai kebersamaan, keikhlasan dan semangat saling menyokong antara kita.
Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada semua pihak yang sentiasa menyumbang dan menyokong usaha persatuanโsemoga setiap kebaikan dibalas dengan ganjaran berlipat ganda.
Semoga kita dipertemukan lagi dalam program-program akan datang.
Salam Aidilfitri, ikhlas daripada
Persatuan Alumni Maahad Negeri Johor ๐ค
19/02/2026
๐ SALAM RAMADAN AL-MUBARAK 1447H/2026M๐
Alhamdulillah, Allah SWT masih memberi kita peluang untuk bertemu bulan yang penuh keberkatan, bulan keampunan dan rahmat yang tidak ternilai.
Semoga Ramadan kali ini menjadi ruang untuk kita memperbaiki diri, melipatgandakan amal, memperbanyakkan doa serta menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
๐คฒ๐ป Ya Allah, kurniakan kami hati yang tenang, iman yang kuat, dan amalan yang diterima di bulan yang mulia ini. Semoga Ramadan ini mendekatkan kami kepada-Mu.
Selamat menunaikan ibadah puasa.
Semoga setiap kebaikan yang kita lakukan menjadi asbab rahmat dan reda Allah SWT.
Ikhlas daripada,
๐๐ก๐ฅ๐ข ๐๐๐ฐ๐๐ญ๐๐ง๐ค๐ฎ๐๐ฌ๐ ๐๐๐ซ๐ฌ๐๐ญ๐ฎ๐๐ง ๐๐ฅ๐ฎ๐ฆ๐ง๐ข ๐๐๐๐ก๐๐ ๐๐๐ ๐๐ซ๐ข ๐๐จ๐ก๐จ๐ซ (๐๐๐ฌ๐ข ๐๐๐๐/๐๐๐๐)
31/01/2026
Jom semua alumni hadir. Masih sempat lagi.
29/01/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
Barisan Guru-Guru Maahad Johor, Tahun 2000
Inilah wajah-wajah yang pernah berdiri di hadapan kelas,
mendidik dengan sabar,
menegur dengan hikmah,
dan mendoakan kita tanpa pernah jemu.
Dua puluh lima tahun berlalu,
namun jasa mereka tidak pernah pudar.
Daripada merekalah lahirnya ribuan insan berilmu, berakhlak dan berbakti kepada agama serta masyarakat.
๐คฒ Kami doakan
Semoga semua guru-guru Maahad Johor yang masih ada
dikurniakan kesihatan, ketenangan dan keberkatan usia.
๐ค Dan buat guru-guru yang telah pergi mendahului kami
kami titipkan doa:
semoga Allah mengampuni dosa-dosa mereka, menerangi kubur mereka, dan menempatkan mereka di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
๐ Ilmu yang diajarkan tidak pernah mati.
Selagi ia diamalkan,
selagi itulah pahala terus mengalir buat para guru.
Al-Fatihah.
๐น
๐Jom hadir "๐ฏ๐ฐ๐ด๐ท๐ผ๐ต๐จ๐ต ๐จ๐ณ๐ผ๐ด๐ต๐ฐ ๐ด๐จ๐จ๐ฏ๐จ๐ซ ๐ฑ๐ถ๐ฏ๐ถ๐น"
31 Januari 2026 | 10pagi - 1ptg (Dewan Maahad Johor)
11/01/2026
โฐ ๐๐๐ก๐๐๐ก ๐ง๐จ๐ก๐๐๐จ ๐ฆ๐๐๐ง ๐๐๐๐๐ฅ!โฐ
Pendaftaran Himpunan Alumni Maahad Johor ๐ ๐๐ฆ๐๐ ๐๐๐๐จ๐๐.
Ayuh daftar awal bagi membantu pihak urusetia membuat persediaan terbaik.
โจ ๐๐ถ๐บ๐ฝ๐๐ป๐ฎ๐ป ๐๐น๐๐บ๐ป๐ถ ๐ ๐ฎ๐ฎ๐ต๐ฎ๐ฑ ๐๐ผ๐ต๐ผ๐ฟ ๐ญ๐ต๐ฒ๐ฌโ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
๐ฏ โ๐๐ฆ๐ฏ๐บ๐ถ๐ด๐ถ๐ฏ ๐๐ฆ๐ฎ๐ฐ๐ณ๐ช, ๐๐ฆ๐ฏ๐จ๐ถ๐ฌ๐ถ๐ฉ ๐๐ฌ๐ฉ๐ถ๐ธ๐ธ๐ข๐ฉโ
๐
๐ฏ๐ญ ๐๐ฎ๐ป๐๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ (๐ฆ๐ฎ๐ฏ๐๐)
โฐ ๐ญ๐ฌ.๐ฌ๐ฌ ๐ฝ๐ฎ๐ด๐ถ โ ๐ญ.๐ฌ๐ฌ ๐ฝ๐ฒ๐๐ฎ๐ป๐ด
๐ ๐ ๐ฎ๐ฎ๐ต๐ฎ๐ฑ ๐๐ผ๐ต๐ผ๐ฟ
๐ Dirasmikan oleh:
๐๐ฎ๐๐ผโ ๐๐ฟ. ๐๐ฎ๐ท๐ถ ๐ก๐ผ๐ผ๐ต ๐ฏ๐ถ๐ป ๐๐ฎ๐ฑ๐๐
Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor
๐ซ Pelbagai aktiviti menarik menanti anda:
โช๏ธ Penampilan istimewa mantan Mudir Maahad Johor
โช๏ธ Persembahan alumni & pelajar
โช๏ธ Kenduri alumni dan pelbagai pengisian lain
๐ ๐๐๐๐๐๐๐ฅ๐๐ก ๐๐๐๐๐๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐จ๐ ๐
๐คฒ Sebarang sumbangan adalah dialu-alukan
๐ฑ Alumni juga dialu-alukan untuk menyertai potluck
๐ฒ DAFTAR SEKARANG:
๐ https://linktr.ee/AlumniMJ
Jom kita hidupkan semula kenangan dan mengeratkan ukhuwwah sesama alumni ๐ค
07/01/2026
Assalamualaikum
ุฅูุงููู ูุฅูุงุฅููู ุฑุงุฌุนูู
Dukacita dimaklumkan bahawa Ustaz Aliff Ma'arof Sanan (Alumni Maahad Johor tahun 2022) telah kembali ke rahmatullah pada 8 Januari 2026.
Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah dan berdoa semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman dan beramal soleh.
29/12/2025
Tahniah Alumni Maahad Johor
Ybrs. DR. MD ZURAINI BIN MASHROM
Atas pelantikan sebagai
TIMBALAN PENGARAH,
SEKTOR PEMBANGUNAN PROGRAM ADAB & NILAI,
BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM KPM
KEMENTERIAN PENDIDIDIKAN MALAYSIA
Berkuat kuasa pada 29 Disember 2025
Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan mengucapkan tahniah dan syabas kepada Dr. Md Zuraini bin Mashrom atas pelantikan beliau sebagai Timbalan Pengarah, Sektor Pembangunan Program Adab dan Nilai, BPI KPM berkuat kuasa pada 29 Disember 2025.
Selamat menjalankan tugas.
09/12/2025
๐ฃ ๐๐ข๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐ฆ๐๐ง๐จ๐๐ก ๐๐๐จ๐ ๐ก๐ ๐ ๐๐๐๐๐ ๐ก๐๐๐๐ฅ๐ ๐๐ข๐๐ข๐ฅ
๐๐๐๐ถ๐๐ถ๐๐๐ถ๐๐ถ๐พ๐๐๐ ๐๐ถ๐๐ถ๐ฝ๐๐ถ๐๐๐๐๐ถ๐ฝ๐พ ๐๐ถ๐ท๐ถ๐๐ถ๐๐ถ๐๐๐ฝ
Kepada semua followers FB Persatuan Alumni Maahad Negeri Johor (PAMNJ), khususnya yang pernah menuntut di ๐ ๐ฎ๐ฎ๐ต๐ฎ๐ฑ ๐๐ผ๐ต๐ผ๐ฟ, kami menjemput anda untuk ๐บ๐ฒ๐ป๐ฑ๐ฎ๐ณ๐๐ฎ๐ฟ ๐๐ฒ๐ฏ๐ฎ๐ด๐ฎ๐ถ ๐ฎ๐ต๐น๐ถ ๐ฟ๐ฎ๐๐บ๐ถ ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐๐ฎ๐๐๐ฎ๐ป.
Ramai dalam kalangan anda telah lama mengikuti perkembangan di halaman ini, namun masih belum berdaftar sebagai ahli. Penyertaan anda sangat penting bagi mengukuhkan komuniti alumni serta memudahkan pihak persatuan menyampaikan maklumat dan menggerakkan program dengan lebih tersusun.
Melalui pendaftaran ahli, persatuan dapat:
โ
Mengemaskini rekod rasmi alumni
โ
Menyalurkan makluman aktiviti & program dengan lebih teratur
โ
Menggerakkan projek kebajikan, jaringan dan aktiviti alumni
โ
Menghubungkan alumni dari pelbagai batch di seluruh negara
๐ ๐๐ฎ๐บ๐ถ ๐๐ฎ๐ป๐ด๐ฎ๐ ๐บ๐ฒ๐ป๐ด๐ด๐ฎ๐น๐ฎ๐ธ๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐บ๐๐ฎ ๐ฎ๐น๐๐บ๐ป๐ถ ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐ฏ๐ฒ๐น๐๐บ ๐ฏ๐ฒ๐ฟ๐ฑ๐ฎ๐ณ๐๐ฎ๐ฟ ๐๐ป๐๐๐ธ ๐บ๐ฒ๐ป๐ฑ๐ฎ๐ณ๐๐ฎ๐ฟ ๐๐ฒ๐ธ๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ป๐ด.
๐ https://linktr.ee/AlumniMJ
Marilah kita bersama-sama menguatkan jaringan alumni Maahad Johor demi kesinambungan ukhuwwah dan pembangunan komuniti kita.
05/12/2025
๐๐๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฆ๐๐ง ๐๐๐ฅ๐๐ง๐ญ๐ข๐ค๐๐ง ๐๐๐ฐ๐๐ญ๐๐ง๐ค๐ฎ๐๐ฌ๐ ๐๐๐ก๐๐ซ๐ฎ
๐๐๐ซ๐ฌ๐๐ญ๐ฎ๐๐ง ๐๐ฅ๐ฎ๐ฆ๐ง๐ข ๐๐๐๐ก๐๐ ๐๐๐ ๐๐ซ๐ข ๐๐จ๐ก๐จ๐ซ (๐๐๐ฌ๐ข ๐๐๐๐/๐๐๐๐)
Alhamdulillah, dimaklumkan bahawa pelantikan rasmi Jawatankuasa Persatuan Alumni Maahad Negeri Johor bagi sesi 2025/2027 telah berlangsung pada 8 November 2025.
Tahniah diucapkan kepada semua AJK yang dilantik. Semoga amanah yang diberikan ini dapat dipikul dengan penuh dedikasi, komitmen dan semangat untuk terus mengukuhkan jaringan alumni serta memartabatkan Maahad Johor tercinta.
Pada masa yang sama, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada barisan AJK sesi 2023/2025 atas segala jasa, masa dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan. Semoga segala usaha dan bakti menjadi asbab kebaikan berpanjangan.