Biasiswa Maritim Anak Borneo

Biasiswa Maritim Anak Borneo

Share

Provides info about maritime and scholarship for student education

28/03/2022

😁Oil Resak Platform😁

Platform Resak adalah platform yang beroperasi dibawah Petronas Cari Gali Sdn. Bhd yang terletak di kawasan Timur Laut Kerteh dengan berjarak 135km (pipeline) untuk sampai di kawasan operasi.
Ia merupakan platform terawal yang dibina dan menggunakan sistem PSC iaitu Production Sharing Contract dengan kerajaan Malaysia.

Projek platform Resak ini adalah usaha kerajaan Malaysia dalam menyelaraskan pembangunan dengan kepentingan Malaysia yang mempunyai hampir 81.7 trillion cubic feet gas asli.
Platform Resak ini terdiri daripada tiga platform (offshore dan onshore). Dua platform offshore adalah Resak Drilling Platform A (RDP-A) dan Resak Central Production Platform (RCPP) manakala di onshore ialah Resak Onshore Gas Terminal (Resak OGT).
Setiap bahagian mempunyai peranan masing – masing, sebagai contoh RCPP merupakan nadi bagi Resak Platform kerana di sini terletaknya fasiliti, generator kuasa, kuarters kediaman dan banyak lagi.

Apa kelebihan di Platform Resak ni?
Platform ini mampu menghasilkan 400 MMSCFD (million standard cubic feet per day) gas asli dan 13000 bpd (barrel per day) minyak. Bukan itu sahaja, ia mampu membekalkan sehingga 15% gas serata semenanjung Malaysia.
Tambahan lagi, platform ini juga mempunyai lebih 400 controlled system bagi memudahkan segala pekerja melakukan perbincangan serta dapat memberikan intergrated supervision dalam menjalankan kerja.

Hebat bukan? Apa pendapat anda?



25/03/2022

Onshore atau Offshore??🤔

Minyak biasanya dijumpai di bawah permukaan bumi dan kadang-kadang lokasinya juga di bawah air. Walaupun usaha untuk mengeluarkan minyak dari bawah permukaan laut jauh lebih sukar daripada membuat sumur di darat dan lubang penggerudian, ia tetap menguntungkan dan inilah sebabnya mengapa penerokaan minyak dilakukan dengan membuat platform terapung atau tetap di dasar laut. Kegiatan pengambilan minyak dari bawah dasar laut disebut penggerudian lepas pantai sedangkan penggerudian darat adalah aktiviti mengekstraksi minyak dari bawah permukaan bumi yang jauh dari lautan. Bukan hanya minyak yang memerlukan penggerudian di darat dan lepas pantai tetapi proses ini juga dilakukan untuk pengekstrakan gas asli.

Kesimpulannya, onshore dan offshore digunakan dalam erti penerokaan minyak. Onshore merujuk kepada aktiviti penerokaan minyak yang dilakukan di darat jauh dari lautan sementara di offshore berkaitan dengan penerokaan minyak dan penambangan di bawah dasar laut.⚓️⚓️



22/03/2022

Kerajaan Sabah akan meneruskan rancangannya untuk membina pelabuhan baharu untuk Kudat bagi merangsang ekonomi tempatan dan meningkatkan pendapatan Sabah. Rancangan itu akan diteruskan selepas tertangguh lama memandangkan Kudat terletak di lokasi yang strategik untuk pembangunan itu, kata Datuk Seri Panglima B**g Moktar Radin, Timbalan Ketua Menteri.



21/03/2022

Penghantaran barang sama ada import atau eksport biasanya dibuat melalui 3 cara iaitu darat, udara dan laut. Setiap cara mempunyai kelebihan tersendiri namun majoritinya penghantaran melalui laut sering digunakan kerana lebih banyak muatan dapat dibawa dalam satu masa.



Photos from Biasiswa Maritim Anak Borneo's post 18/03/2022

⚓️PELABUHAN BINTULU, SARAWAK ⚓️

Salah satu projek besar yang dilakukan untuk memulakan ledakan ekonomi pertama di Bintulu (1979 - 1983) ialah pembinaan Pelabuhan Bintulu oleh Kementerian Pengangkutan Persekutuan Malaysia.

Pembinaan Pelabuhan Bintulu diketuai oleh kontraktor Korea Selatan bernama Daelim Industrial Co Ltd yang memperoleh sejumlah RM 170 juta pakej pembinaan untuk pelabuhan laut dalam pertama di Sarawak.Kerja-kerja sedang giat dijalankan pada tahun 1980 untuk memenuhi jadual penyiapan pada akhir tahun 1982.

Hari ini, Pelabuhan Bintulu merupakan pelabuhan terbesar dan paling aktif di negeri Sarawak. Tempatnya yang strategik menjadi faktor utama untuk kapal-kapal termasuk kapal antarabangsa berlabuh di situ.



Photos from Biasiswa Maritim Anak Borneo's post 16/03/2022

Berdasarkan kepada peruntukan undang-undang 29(3) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 yang mana menyatakan bahawa pegawai keselamatan dan kesihatan hendaklah di ambil kerja semata-mata bagi maksud menjamin pematuhan wajar di tempat kerja dan penggalakkan penjalanan selamat kerja di tempat kerja. Manakala di bawah peruntukan undang-undang 29(4) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 yang mana menyatakan Pegawai Keselamatan dan Kesihatan memiliki apa-apa kelayakkan atau telah menerima apa-apa latihan yang ditetapkan oleh Menteri dari semasa ke semasa melalui pemberitahuan Warta.

Sehubungan dengan itu, Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan (Pegawai Keselamatan dan Kesihatan) 1997 telah mula dikuatkuasakan pada 22 Ogos 1997. Peraturan ini adalah bertujuan untuk memastikan majikan daripada kelas atau jenis industri yang dinyatakan di dalam Perintah Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (Pegawai Keselamatan Dan Kesihatan) 1997 mengambil kerja seorang pegawai keselamatan dan kesihatan bagi tujuan pengurusan hal-hal berkenaan keselamatan dan kesihatan tempat kerja. Tugas Pegawai Keselamatan dan Kesihatan merujuk kepada Peraturan 18 di bawah Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan (Pegawai Keselamatan dan Kesihatan) 1997.

Source: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan



15/03/2022

Malaysia Timur (terdiri daripada negeri Sabah, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan Labuan) ialah sebuah negeri Malaysia di kepulauan Borneo. Borneo ialah kepulauan ketiga terbesar di dunia, dipisahkan dari Semenanjung Malaysia oleh Laut China Selatan. Borneo, dengan lokasinya merentasi Khatulistiwa dan hutan hujan tropika yang subur, mempunyai beberapa hutan hujan biodiversiti tertua dan tertinggi, serta garis pantai yang panjang dan keindahan semula jadi yang menakjubkan.

Berbanding dengan Semenanjung Malaysia, Malaysia Timur mempunyai populasi yang rendah dan kurang aktiviti perindustrian, tetapi tanahnya lebih luas dan mempunyai lebih banyak sumber asli terutamanya kayu, minyak dan gas.

Selain itu, bidang maritim juga sangat penting di Borneo Malaysia kerana kedudukannya dikelilingi laut dan sungai besar yang menjadi jalan utama kapal-kapal besar.



14/03/2022

Berita baik buat rakyat Borneo!!!

Pembinaan projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Fasa 2 (Sarawak) telah disahkan akan dilaksanakan semula pada tahun ini oleh Kementerian Kerja Raya (KKR). Datuk Arthur Joseph Kurup, timbalan menterinya, memberitahu laluan bagi LPB Fasa 2 iaitu dari Limbang ke Lawas itu dijangka siap pada tahun 2028. Tambahan lagi, kerajaan memberi komitmen akan mengutamakan jajaran itu yang objektifnya adalah untuk melancarkan trafik tanpa melalui Brunei mengikut laporan Bernama.



11/03/2022

Perkapalan antarabangsa dan pantai. Pelabuhan utama Sarawak adalah di Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri. Pelabuhan terbaharu iaitu Pelabuhan Senari, merupakan kemudahan air-dalam baharu di Kampung Senari yang melengkapkan kemudahan sedia ada yang terletak di Lembaga Pelabuhan Kuching. Semua pelabuhan Sarawak dilengkapi dengan baik untuk mengendalikan kargo am dan pukal, sama ada kering, cecair atau gas. Semua pelabuhan Negeri diuruskan sebagai Pihak Berkuasa Pelabuhan Negeri kecuali Pelabuhan Bintulu yang terletak dibawah Kerajaan Persekutuan.

10/03/2022

Gunung Kinabalu merupakan daya tarikan yang menarik di Sabah. Namun, tahukah anda pelabuhan di negeri Sabah juga amat terkenal dan mendapat perhatian besar di mata dunia?



Photos from Biasiswa Maritim Anak Borneo's post 09/03/2022

Pelabuhan Persekutuan ditubuhkan sebagai Badan Berkanun Persekutuan dibawah bidang kuasa Menteri Pengangkutan. Terdapat 7 pelabuhan persekutuan utama iaitu Port Klang, Penang Port, Johor Port, Port Tanjung Pelepas, Kuantan Port, Kemaman Port dan Bintulu Port.

Want your school to be the top-listed School/college in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Level 21 Menara Ansar Bahru
Johor Bahru
80000