07/05/2025
“Tak semua orang ikut jalan yang sama… dan itu tak bermakna anda gagal.”
Ada yang lepas Tingkatan 3 dah mula rasa hilang arah.
Ada yang lepas SPM, permohonan UPU tak berjaya.
Ada juga yang tak sempat habiskan sekolah… tapi dalam hati masih ada cita-cita.
Kalau anda salah seorang daripada mereka, dengar sini sebentar.
Mungkin anda:
• Pelajar sekolah yang sedang mencari hala tuju,
• Belia yang berminat untuk belajar tapi UPU tak beri peluang,
• Tidak mempunyai SPM atau keputusan kurang memuaskan, tapi semangat anda tinggi,
• Lepasan Tahfiz yang ingin ceburi bidang pendidikan,
• Atau anda tidak berminat meneruskan pembelajaran di sekolah, tapi masih mahu belajar perkara yang lebih praktikal.
Kami buka peluang khas untuk anak muda Malaysia berumur 15 hingga 25 tahun.
Asalkan anda boleh membaca, mengira, dan menulis asas itu sudah memadai.
Kita belajar mengikut gaya tersendiri.
Fokus pada kemahiran seperti mekatronik, dan banyak lagi bidang yang boleh membawa anda lebih jauh.
Satu perkara yang perlu anda tahu:
Jika anda sanggup belajar, kami sedia tunjukkan jalannya.