UNIT AUDIT DALAM, UTM

UNIT AUDIT DALAM, UTM

Share

Home of Internal Auditors.

Photos from UNIT AUDIT DALAM, UTM's post 26/04/2026

Audit Karnival Jom Masuk Universiti 2026
๐Ÿ“†18-19 April 2026

5 wakil staf Unit Audit Dalam dilantik sebagai ahli jawatankuasa kecil bagi Karnival Jom Masuk Universiti (JMU) 2026: 18-19 April, bagi Zon Selatan untuk menyemak pelaksanaan program.

Program ini merupakan inisiatif utama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang bermatlamat untuk menyebarkan maklumat tepat mengenai peluang pengajian tinggi kepada lepasan SPM, STPM, Asasi, Matrikulasi, dan Diploma. Bagi tahun 2026, siri jelajah di zon ini biasanya berpusat di Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru, yang mengumpulkan pelbagai institusi pendidikan termasuk Universiti Awam (IPTA), Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS), Politeknik, Kolej Komuniti, serta institusi TVET di bawah satu bumbung.

Photos from UNIT AUDIT DALAM, UTM's post 25/04/2026

Audit Perjawatan Jabatan Canseleri - Unit Audit Dalam
๐Ÿ“† 20 April 2026 ( Isnin - 8.30am -12.30pm)

Telah berlangsung dengan jayanya sesi audit perjawatan dan temubual oleh Task Force Audit Perjawatan UTM yang terdiri daripada ahli panel iaitu:-
1. Dr. Hazlinda binti Mohd Noor (JTNCP)
2. Pn. Nazlin binti Ali (JTNCHEPA)

Terima kasih diucapkan kepada ahli panel dan semua warga kerja Unit Audit Dalam yang terlibat dalam penyediaan dokumen bagi memastikan proses pengauditan berjalan lancar.

Photos from UNIT AUDIT DALAM, UTM's post 24/04/2026

๐—ž๐˜‚๐—ป๐—ท๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—›๐—ผ๐—ฟ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—ž๐—ฒ๐˜๐˜‚๐—ฎ ๐—”๐˜‚๐—ฑ๐—ถ๐˜ ๐——๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ, ๐—ž๐—ฃ๐—ง ๐—ธ๐—ฒ ๐—จ๐—ง๐— 
๐Ÿ“†24 April 2026

Unit Audit Dalam berbesar hati menerima Kunjungan Hormat Ketua Unit Audit Dalam, KPT, YBrs. Puan Azizah Binti Hj Daud ke Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor Bahru.

Kunjungan ini disambut mesra oleh Bendahari UTM, YBrs. Tuan Haji Abu Bakar bin Mohd. Salleh dan Ketua Unit Audit Dalam UTM, YBrs. Encik Abdul Rashid bin Aris.

Satu sesi perbincangan bersama telah diadakan bagi memperkukuh kerjasama dan libat urus strategik antara kedua-dua pihak. Perbincangan tertumpu kepada tadbir urus, pematuhan serta penambahbaikan berterusan demi meningkatkan kecekapan dan integriti organisasi.

Photos from UTM, Centre for Corporate Communications's post 24/04/2026
20/04/2026

Unit Audit Dalam secara konsisten mengadakan sesi perkongsian Sirah Nabawiyah pada setiap hari Isnin sebagai medium pengisian rohani bagi melahirkan rasa kecintaan dan mendalami tentang kehidupan Nabi Muhammad SAW.

Semoga sesi ini dapat memberikan manfaat kepada semua dari segi:-
๐Ÿ”นMenguatkan iman dan kecintaan kepada Rasulullah
๐Ÿ”นMembentuk akhlak mulia
๐Ÿ”นMemberi panduan menghadapi cabaran hidup
๐Ÿ”นMenambah kefahaman sejarah Islam
๐Ÿ”นMendorong perubahan diri ke arah lebih baik

Ringkasnya, ia menjadi panduan hidup yang praktikal dan relevan.

Photos from The Malaysia Competition Commission's post 17/09/2025
Want your school to be the top-listed School/college in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


UTM Skudai
Johor Bahru
81310

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:00
Sunday 08:00 - 17:00