06/06/2025
Among the studies of undergraduate students in Geomatics Engineering, namely Mr. Saidi Faizhan bin Shamsudin is THE CONCEPTUAL STUDY OF SBAS DGPS FOR PRECISION FARMING.
SBAS: Satellite-Based Augmentation Systems
DGPS: Differential Global Positioning System
Supervisor: Assoc. Prof. Sr. Dr. Tajul Ariffin Musa
--------------------------
Antara kajian peringkat pelajar sarjana muda Kejuruteraan Geomatik, iaitu Saudara Saidi Faizhan bin Shamsudin adalah THE CONCEPTUAL STUDY OF SBAS DGPS FOR PRECISION FARMING.
SBAS: Satellite-Based Augmentation Systems
DGPS: Differential Global Positioning System
Supervisor: Prof. Madya Sr Dr. Tajul Ariffin Musa
06/06/2025
The Geomatics Innovation Group (GnG) would like to extend our deepest congratulations to Dr. Wan Anom Wan Aris on her appointment as the new Head of the GnG Research Group and to express our deepest gratitude to Dr. Othman Zainon for his contributions as the previous Head of GnG.
----------------------------------
Warga Geomatics Innovation Group (GnG) ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dr. Wan Anom Wan Aris atas pelantikan sebagai Ketua Research Group GnG yang Baharu serta mengucapan jutaan terima kasih kepada Dr Othman Zainon atas sumbang bakti sebagai Ketua GnG sebelum ini.
06/06/2025
The Geomatics Innovation Group (GnG) would like to wish everyone a Happy Eid Al-Adha. May every sacrifice we make be accepted by Allah and bring lasting blessings in our lives.
......................................
Warga Geomatics Innovation Group (GnG) ingin mengucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha kepada semua. Semoga setiap pengorbanan kita diterima Allah dan membawa keberkatan yang berpanjangan dalam hidup kita.
23/08/2024
Jom sertai UTM! Indahnya UTM seperti sebuah Resort Ilmu. The best platform to explore more Geomatics Engineering and join Innovating Solution via cross-disciplinary applications for better SDG. "Innovating Solution" dan "Kerana Tuhan untuk Manusia". Welcome to visit:
Welcome to Universiti Teknologi Malaysia (UTM)!
“Your journey towards a brighter future commences right here at UTM where we are dedicated to 'Innovating Solutions' that propel you towards success.”Explore...
24/10/2022
Kami dari Kumpulan Penyelidikan Geomatic Innovation Research Group - GnG UTM ingin mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada semua penganut beragama Hindu dan mereka yang menyambut perayaan ini.
11/10/2022
11 Oktober 2022 - Sempena pendaftaran pelajar baru Jabatan Geoinformasi, Ketua Kumpulan Geomatic Innovation Research Group - GnG UTM, Sr Dr. Othman Bin Zainon dan Pengarah Geoinformasi, PM Sr Dr. Tajul Ariffin Musa dengan beberapa pensyarah Geomatic Innovation Research Group - GnG UTM dan Geoinformation UTM turut serta dalam meraikan pelajar-pelajar baru.
11/10/2022
10 Oktober 2022 - Bersempena perpisahan Dr Yong Chien Zeng, salah seorang pensyarah Jabatan Geoinformasi dan juga ahli kumpulan Geomatic Innovation Research Group - GnG UTM ke University of Otago, Pengarah PM Sr Dr. Tajul Ariffin Musa, Sr Dr. Othman Zainon & Sr Dr. Muhammad Hafiz Mohd Yatim mewakili kumpulan penyelidikan Geomatic Innovation Research Group - GnG UTM turut sama-sama makan tengahari dan menyampaikan cenderamata kepada Dr Yong.
Diharapkan Dr. Yong akan meneruskan kegemilangan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ke University of Otago dan semoga kita dapat bekerjasama di masa depan.
09/10/2022
Salam Maulidur Rasul 2022/1444H.
۞ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞
12 Rabiulawal adalah tarikh yang bermakna buat umat Islam sempena kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.
" Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku di hari kiamat nanti adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku"
Hidupkan dalam keluarga kita selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w .
𝑨𝒍𝒍𝒐𝒉𝒖𝒎𝒎𝒂 𝑺𝒉𝒐𝒍𝒍𝒊 '𝒂𝒍𝒂 𝑺𝒂𝒚𝒚𝒊𝒅𝒊𝒏𝒂 𝑴𝒖𝒉𝒂𝒎𝒎𝒂𝒅 𝒘𝒂'𝒂𝒍𝒂 𝒂𝒍𝒊 𝑺𝒂𝒚𝒚𝒊𝒅𝒊𝒏𝒂 𝑴𝒖𝒉𝒂𝒎𝒎𝒂𝒅
04/10/2022
5 Oktober 2022 - Alhamdulillah team Geomatic Innovation Research Group - GnG UTM dapat merapatkan silaturrahim dengan rakan pengajar dan pelajar dari Politeknik Kuching Sarawak dalam berkongsi teknologi dan memantapkan laluan kerjaya sebagai pendidik generasi masa depan graduan Geomatik dan Geoinformatik.
Kami juga bertuah dapat melawat sesi khemah ukur yang sedang berlangsung di kawasan Telaga Air Kuching, Sarawak.
📍 Politeknik Kuching Sarawak
04/10/2022
15 September 2022 - Setinggi-tinggi tahniah kumpulan Geomatic Innovation Research Group - GnG UTM ucapkan kepada semua penerima-penerima anugerah khususnya ahli-ahli kumpulan GnG iaitu Prof. Madya Sr Dr. Tajul Ariffin Musa, Prof Anuar Hj. Ahmad & Prof. Madya Sr Dr. Abdullah Hisam Omar di Majlis Anugerah Fakulti Alam Bina dan Ukur, UTM baru-baru ini. Semoga menjadi pemangkin kepada pensyarah-pensyarah muda di masa akan datang.
📍Pulai Springs Resort, Johor Bahru
23/09/2022
19 September 2022 - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) secara umumnya dan Fakulti Alam Bina dan Ukur, UTM secara khususnya berbesar hati menerima lawatan delegasi Jabatan Tanah Dan Survei Sarawak ke FABU. Lawatan delegasi ini diketuai oleh Datu Abdullah bin Julaihi, Pengarah Tanah dan Survei Sarawak beserta barisan pentadbiran dari Jabatan Tanah Dan Survei Sarawak telah dibawa melawat ke Makmal Penyelidikan Geomatic Innovation Research Group - GnG UTM serta makmal ukur FABU.
Di samping itu, peserta delegasi dari Jabatan Tanah Dan Survei Sarawak juga sempat saling berkongsi pengalaman kerja dengan pensyarah dan kakitangan Fakulti Alam Bina dan Ukur, UTM dalam satu "Kolokium Makmal Satelit JTSS-FABU".
📍 Geomatic Innovation Research Group - GnG UTM