Kelas Mengaji Al- Quran Johor Bahru

Kelas Mengaji Al- Quran Johor Bahru

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kelas Mengaji Al- Quran Johor Bahru, Tutor/Teacher, Johor Bahru.

30/09/2022

Tidak pernah mengaji?
Tidak pandai mengaji?
Malu Nak ngaji ramai-ramai?
Cari guru datang ke rumah?
Nak belajar dari ا ب ت?
Nak ngaji online?
Tiada masa Nak pergi kelas?

Sila daftar sekarang call/whatsapp +60 13-589 3955

14/12/2021
09/09/2021

Muslim Yang Utama

عَنْ أَبِي مُوسَى رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيُّ الْإِسْلَامِ أَفْضَلُ قَالَ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ

Daripada Abu Musa RA berkata: 'Wahai Rasulullah, Islam manakah yang paling utama?" Rasulullah SAW menjawab: "Siapa yang kaum Muslimin selamat dari lisan dan tangannya".(HR Bukhari No: 10) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Islam mengajar umatnya agar sentiasa memiliki akhlak yang mulia.

2. Menjaga lisan daripada menuturkan sesuatu yang buruk terhadap orang Islam lain seperti mengumpat, menghina, mencela, mengadu domba dan lain-lain adalah dituntut.

3. Memelihara tangan dari melakukan perbuatan keji dan menyakiti Muslim lain bukan hanya memukul malah termasuk menulis dan menyebarkan sesuatu yang berbentuk umpatan, fitnah, menghina, mengadu domba dan lain-lain.

4. Mudahnya orang pada hari ini melakukan dosa besar yang diterjemahkan dalam bentuk tulisan sesuatu yang mengaibkan peribadi seseorang, mengumpat, memfitnah, mengadu domba di media elektronik dan diviralkan seperti FB, Whatsapp, telegram, tanpa sedikitpun terdetik dihati bahawa apa yang diperkatakan, yang ditulis akan diminta pertanggungjawaban dihadapan Allah. Firman Allah:

إِنَّ ٱلسَّمۡعَ وَٱلۡبَصَرَ وَٱلۡفُؤَادَ كُلُّ أُوْلَٰئِكَ كَانَ عَنۡهُ مَسۡ‍ُٔولٗا

“Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati nurani, semua anggota itu tetap akan diminta pertanggungjawabannya (ditanya di akhirat) tentang apa yang dilakukannya.” (Surah Al-Isra 17 ; Ayat 36)

5. Imam al-Khaththabi berkata, hadis ini bermaksud bahawa kaum muslimin yang paling utama adalah orang yang selain menunaikan hak-hak Allah dengan baik, dia juga dituntut menunaikan hak-hak sesama kaum muslimin dengan baik p**a.

Jadilah Muslim yang utama dengan menjaga lisan dan tangan kita daripada menyakiti dan menzalimi orang lain termasuk menulis juga mentularkan di media sosial.

19/07/2021

عيد الأضحى مبارك
تقبل الله منا ومنكم
أعمالنا وأعمالكم

Selamat hari raya idul adha
Semoga Allah menerima amalan kita semua
Mohon maaf zahir n batin dari kami Ahlan Store Bundle.

Kami mendoakan agar kita semua sentiasa dalam keadaan sihat dan dijauhi dari wabak penyakit Covid-19.

Mohon didoakan agar kita semua sentiasa istiqomah dalam mempelajari dan melazimi kehidupan sehari kita beraama Al-quran , Insya Allah.

Amin Ya Rabb 🤲🏻😊

22/06/2021

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Keji dan Kasar Ke Neraka

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْحَيَاءُ مِنْ الْإِيمَانِ وَالْإِيمَانُ فِي الْجَنَّةِ وَالْبَذَاءُ مِنْ الْجَفَاءِ وَالْجَفَاءُ فِي النَّارِ

Daripada Abu Hurairah RA, dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Malu itu dari iman dan iman ada di syurga, sedangkan perkataan keji itu dari perangai yang kasar dan perangai yang kasar ada di neraka." (HR Ahmad No: 10108) Status: Perawi Tsiqah

Pengajaran:

1. Malu adalah hasil dari iman

2. Kata Ibnu Umar: Sesungguhnya sifat malu dan iman itu bersamaan, apabila salah satu tercabut, yang satu lagi turut tercabut.

3. Iman itu tempatnya di syurga

4. Perkataan keji kerana ketiadaan iman dan hilangnya sifat malu berpunca dari perangai kasar dan huduh antaranya mengumpat, memfitnah, dan mencaci maki antaranya melalui media sosial seperti FB, WhatsApp, Telegram, Instagram.

5. Perangai kasar dan buruk tempatnya di neraka

Ayuh kita miliki sifat malu dan menjauhi sifat buruk ahli neraka.

Negara Rahmah Ummah Sejahtera

22/06/2021

KENALI HURUF-HURAF DIDALAM ALQURAN 🥰

8 HURUF HIJAIYAH BILA BERBARIS ATAS AKAN BERBUNYI HURUF VOKAL "O".

CONTOHNYA:Huruf "Ro" bukan "Ra".

Ramai yang keliru untuk menyebut.Jom sama2 kita belajar elmu kalamullah dan sebutan2 makhraj huruf yang betul.



Want your school to be the top-listed School/college in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Johor Bahru