Al Masyi Empire

Al Masyi Empire

Share

Konsultasi Tahfiz, Kelas Talaqi Al Quran, Kelas Sanad Al Quran, Kelas Taranum Imam, Program Jelajah Tahfiz.

20/09/2024

Semalam saya menerima mesej di whatsapp. Katanya, beliau ingin masukkan anak ke tahfiz akademik namun si anak seolah-olah tak gembira untuk ke sekolah tahfiz sedangkan anak ada potensi menghafaz.

Beliau ingin pastikan sama ada beliau sesuai untuk mengambil konsultasi dengan saya.

Jawapan saya,
Anak nampak tak berminat kerana anak tiada pengetahuan tentang tahfiz. Anak tidak tahu apa kelebihan bila dia bergelar Hafizah.

Seperti saya dan juga adik-adik saya, kami dari kecik lagi dah didedahkan kenapa kami perlu masuk ke sekolah tahfiz dan kami adik beradik amat-amat bersyukur kerana pernah dan masih berada dalam bidang ini

Jadi, tugas untuk berinya pengetahuan tentang tahfiz ini adalah ibu bapanya sendiri kerana ibu bapa lah motivasi terbesar anak-anak untuk sambung belajar di mana-mana lagilah kalau dalam bidang tahfiz.

Peranan ibu bapa sangat penting dalam membentuk ke mana hala tuju anak sebab anak-anak di peringkat umur sebegini masih belum matang untuk berfikir.

Jadi, dalam sesi konsultasi ini, puan dan suami akan diberi sebanyak mungkin ilmu dan pendedahan tentang apa itu pendidikan tahfiz yang sebenar berpandukan ebook Becoming Hafiz Cemerlang agar ilmu ini nanti boleh puan sampaikan kepada anak sebaiknya.

Dalam konsultasi ini juga puan boleh bertanya apa sahaja persoalan berkenaan tahfiz, laluan pendidikan anak selepas tamat belajar dan peluang-peluang kerjaya untuk anak.

Anak juga akan diminta untuk menjalankan satu Personality Test untuk kita kenalpasti bidang kerjaya yang sesuai untuk anak. Kesimpulannya, sesi konsultasi ini amat sesuai untuk puan sekeluarga.

Alhamdulillah, beliau terus membuat payment untuk sesi konsultasi. Dan sekarang beliau dan suami dalam proses mentelaah ebook yang kami bekalkan dan sedikit masa lagi kami akan set masa temujanji di Google Meet untuk step seterusnya.

Iqram Muqriz
Motivator Tahfiz

Photos from Al Masyi Empire 's post 19/09/2024

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

S**acitanya dimaklumkan tepat pada pukul 9:52 PM bertarikh 14 Ogos 2024, salah seorang daripada pelajar Talaqi bersanad Al Masyi Empire iaitu Puan Maslinda binti Misran telah berjaya mengkhatamkan 30 juzuk Al Quran dengan sanad riwayat Hafs An Asim dalam tempoh masa 1 Tahun 2 Bulan. Tahniah diucapkan, moga dengan sanad Al Quran yang diberi ini dapat dimanfaatkan untuk diri sendiri dan disebarkan kepada orang lain.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk pelajar ii lain untuk terus kekal istiqamah dalam mempelajari Al Quran

امين يا رب العلمين

18/09/2024

KONSULTASI TAHFIZ INI UNTUK SIAPA?

Untuk anda yang...

1. Nak anak-anak menjadi hafiz/hafizah tetapi tak tahu nak bermula dari mana.

2. Ingin belajar cara nak semai rasa cinta Al Quran pada anak sejak anak kecil.

3. Ingin belajar cara nak anak masuk ke Tahfiz dalam keadaan bersedia

4. Ingin tahu umur berapa paling sesuai hantar ke Tahfiz?

5. Nak pilih Tahfiz Penuh,Tahfiz Akademik atau Speed Tahfiz?
Kalau Tahfiz Penuh, macamana nak pilih yang terbaik?

6. Bila anak dah masuk tahfiz,apa cara ibubapa untuk bantu anak?

7. Bila anak dah tamat tahfiz, ke mana hala tuju anak?

8. Di mana sekolah terbaik untuk anak selepas tamat menghafaz?

9. Bagaimana cara untuk anak hafiz kita cemerlang dalam akademik?

10. Apa teknik hafalan yang sesuai dengan diri?

11. Bagaimana cara nak jaga hafalan supaya tak mudah hilang?

12. Bagimana cara nak kembali bersemangat bila dah “down”?

13. Cara nak target selesai 30juzuk dengan syahadah tak lebih 3 tahun.

14. Kalau gagal habiskan 30juzuk di madrasah, apa laluan lain untuk selesaikan juzuk yang berbaki selepas SPM?

15. Kalau di Tahfiz Akademik, bagaimana untuk turut cemerlang hafazan?

16. Nak ambil Ijazah Qiraat di universiti apa laluannya?

17. Apa laluan kalau minat bidang Tvet?

18. Bagaimana cara nak jadi Guru Tahfiz KPM?

19. Bagaimana pelajar tahfiz nak belajar di universiti dengan tajaan penuh?

20. Cara nak maintain hafalan walau dah ke universiti/di alam pekerjaan.

Dengan izin Allah, semua kemusykilan ini anda akan temui jawapannya setelah anda mendapatkan konsultasi dari kami💐

Pakej Konsultasi Tahfiz rm299
Promo pengenalanan hanya RM150

Berminat sila hubungi kami dengan segera sebelum promo tamat : www.wasap.my/60177613078/KonsultasiTahfiz

18/09/2024

Siapa yang digalakkan mengikuti Kelas Talaqi Bersanad ini ?
✅ Para Huffaz yang telah selesai hafazan 30 juzuk supaya bacaan Al Quran anda diperakui mengikut tajwid/makhraj yang tepat.
✅ Para Guru Al Quran dan orang awam yang inginkan pengiktirafan dari segi bacaan Al Quran.

Sila terus daftar jika ada kekosongan

Photos from Al Masyi Empire 's post 18/09/2024

MENCARI GURU AL QURAN HAFIZ 30 JUZ & ADA SANAD AL QURAN BERSAMBUNG DARI RASULULLAH SAW UNTUK AJAR ANAK KITA?

Khas untuk yang sedang mencari kelas mengaji untuk diri sendiri atau anak.

Ye mengaji sampai khatam dengan menguasai segala ilmu Tajwid berpandukan Buku Tajwid Al Masyi

*PAKEJ DITAWARKAN*

▪️Kelas Iqra
- untuk yang belum mengenal huruf hijaiyyah dengan sempurna

▪️Kelas Mengaji Asas 30juz
- untuk melancarkan bacaan Al Quran

▪️Kelas Talaqi Bersanad
- Khusus untuk mereka yg telah lancar membaca Al Quran
-Khusus dalam membetulkan makhraj dan sifat huruf secara terperinci
- Sijil talaqi disediakan setelah khatam

▪️Pilihan Kelas : Isnin-Khamis
- 2X seminggu
- Setiap hari ada 7 slot waktu mengaji untuk dipilih mengikut kelapangan pelajar (6.20 petang - 10.00 mlm)
- 20 minit per slot
- Pengajaran "one to one"

Boleh klik link ini untuk terus mendaftar sekiranya masih ada kekosongan :
http://www.wasap.my/60177613078/KelasTalaqiQuran

09/05/2023

"S**a sangat dengar bacaan imam terkenal, sedap je. Kadang, teringin juga nak ngaji macam mereka. Tapi basic tarannum pun aku takde😔'

"Macamana ekk nak ngaji sedap?"

Jangan risau, kami di Al Masyi Empire ada menyediakan Bengkel Asas Taranum Murattal PALING SEDAP dengan TEKNIK yang MUDAH.

Kita ajar sampai JADIK❗️❗️❗️

Bengkel ini sesuai untuk :
✔️mereka yang ingin membaiki kualiti bacaan untuk menjadi imam
✔️murid/pelajar sekolah/orang awam tak kira lelaki atau wanita yang ingin mencantikkan bacaan Al Quran

Tiada had umur asalkan ada MINAT untuk belajar tarannum.

Bengkel ini akan dibimbing sepenuhnya oleh Ustaz Iqram Muqriz Al Hafiz yang berpengalaman luas dalam Tarannum Murattal.

MAKLUMAT BENGKEL ASAS TARANNUM
Hari: Sabtu
Tarikh : 17 dan 24 Jun 2023
Masa: 9.00 malam-10.30 malam
Platform: Zoom (sila download)

BENGKEL 1 (AL FATIHAH)
1. Tips Panjangkan Nafas
2. Tips Tarannum
3. Teknik aplikasi irama Taranum Nahawand dalam Al Fatihah
4. Praktikal Al Fatihah
5. Tips aplikasi Nahawand Advance dalam Al Fatihah

BENGKEL 2 (APLIKASI SURAH LAIN)
1. Teknik aplikasi irama Nahawand dalam surah-surah lain
2. Praktikal surah
3. Tips aplikasi Nahawand Advance dalam surah

Bayaran 2 bengkel (Al Fatihah & Surah Lain): RM120
*10 orang terawal mendaftar hanya RM80

Peserta yang tamat Bengkel 1 & 2 akan diberi Sijil Asas Taranum Nahawand

Serius berminat ?
Sila komen NAK
Sila komen NAK
Sila komen Nak

06/05/2023

Bila kita dah belajar tarannum, nanti kita boleh gabungkan 2 tarannum dlm bacaan. Kita baca gini, bakal mak mertua pun senyum je dengar😉

06/05/2023

Ceramah motivasi tahfiz khas untuk semua pelajar yang bakal khatam di Maahad Tahfiz Al Quran Riyadus Solihin, Pasir Gudang.
- Tips Murajaah
- Tips Hafalan Sabak
- Tips Syahadah Cemerlang

Semoga bermanfaat.

Photos from Al Masyi Empire 's post 06/05/2023

Alhamdulillah selesai sudah ceramah Motivasi Tahfiz bertajuk : Tips Murojaah Tip Top di SMKA Maahad Muar untuk pelajar-pelajar Tingkatan 4 dan 5.

06/05/2023

"Kelancaran bukanlah kejayaan sebenar bagi penghafal Quran. Kejayaan sebenar apabila dia berjaya mengistiqomahkan pengulangan al Quran dalam kehidupannya sehingga dia meninggal dunia" - Marqizz

06/05/2023

TIPS MUROJAAH BAGI YANG KURANG INGAT QURAN

1. Wajib buat jadual mengulang Quran. Misalnya setiap kali selepas solat

2. Tetapkan untuk hafaz berapa juzuk sehari

3. Kumpulkan juzuk2 Al Quran kepada 3 kelompok
- Kelompok 1 : juzuk paling ingat
- Kelompok 2 : juzuk sedehana ingat
- Kelompok 3 : juzuk paling tak ingat

4. Buat pengulangan setiap hari (setiap kali selepas solat) mengikut rotation berkelompok seperti di atas.

5. Bagi juzuk dari kelompok 2 & 3, cuba murojaah sekurang-kurangnya 2 muka selepas setiap solat (10 muka sehari) sehingga cukup 1 juzuk dalam masa dua hari sebelum berpindah ke kelompok juzuk lain.

Dengan cara ini, semua juzuk akan diberi pengulangan tanpa perlu meninggalkan juzuk yang sudah ingat dan tidak juga malas mengulang juzuk yang paling tidak ingat.

Semoga tips ini bermanfaat😉

06/05/2023

Al Masyi Empire diterajui oleh Akhi Muhammad Iqram Muqriz bin Roshaizad (Ijazah Sarjana Muda Kaunseling, USIM) yang turut memiliki :
💥Sijil Hafazan 30 juzuk
💥Sijil Syahadah Al Quran (Mumtaz Tanpa Kesalahan)
💥Sijil Tahfiz Malaysia (STM) Mumtaz
💥Sijil Tajwid dan Sanad Qiraat Asim (Hafs & Syukbah) dari Syeikh Muhammad Sattar, Mesir.

Beliau juga,
💥Menguasai 7 tarannum murattal
💥Johan Hafazan Negeri Johor, KPM 2023
💥Naib Johan Hafazan Semenanjung Malaysia, YAPIEM 2019
💥Johan Hafazan Negeri Johor, JAKIM 2017

Al Masyi dari segi bahasa bermaksud "berjalan/bergerak". Manakala di kalangan pelajar-pelajar tahfiz, ia merujuk kepada individu yang sangat cemerlang di dalam hafalan Al Quran hingga di gelar Al Masyi @ "Quran Bergerak"

Maka di Al Masyi Empire, matlamat kami adalah untuk memberi pendedahan/bimbingan demi melahirkan seramai mungkin golongan-golongan Al Masyi ini demi mengangkat tinggi martabat penghafal-penghafal Al Quran.

Lalu kami di Al Masyi Empire merupakan satu-satunya agensi di Malaysia yang memberi fokus kepada 👇🏼

🖤Konsultasi Tahfiz
Sesi konsultasi bersama ibu bapa yang inginkan anak menjadi Al Hafiz Cemerlang dan perkongsian laluan-laluan pendidikan dan kerjaya anak-anak hufaz.

🖤 Pengajaran Tarannum Murattal
Kelas Tarannum Asas Online
Kelas Tarannum Advance Online
Bengkel Tarannum Nahawand/Bayati/Hijaz/Jiharkah Online
Bengkel Tarannum Imam

🖤Klinik Al Quran
Kelas Iqra'
Kelas Talaqi 30 juzuk
Kelas Sanad Al Quran 30 juz
Bengkel Pemantapan Tajwid

Sebarang pertanyaan/sesi konsultasi/join kelas A Quran/kelas tarannum/jemputan motivasi tahfiz, sila tekan link ini : https://linktr.ee/marqizz

Want your school to be the top-listed School/college in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Taman Bukit Dahlia
Johor Bahru
81700