03/09/2025
Analisis harga emas 3/9/2025.
Gais.
Emas sekali lagi mencatat sejarah apabila melonjak ke paras lebih $3,500 satu auns, naik lebih 1% dalam satu hari dagangan (3539.47 USD /Oz ketika saya menulis posting ini)
Sepanjang tahun ini sahaja, emas sudah meningkat lebih 35.29% (lihat gambar)
Ini menjadikannya aset paling menyerlah berbanding banyak kelas pelaburan lain.
Apakah faktor-faktor yang menyebabkan emas naik banyak dan cepat?
Ada 4 faktor yang mendorong kenaikan luar biasa ini:
1. Jangkaan kadar faedah AS bakal turun.
Pasaran kini hampir pasti (92% peluang) bahawa Rizab Persekutuan (Fed) akan menurunkan kadar faedah pada mesyuarat 17 September.
Kadar faedah rendah menjadikan emas lebih menarik untuk pelabur.
2. Permintaan Bank Pusat Dunia.
Bank-bank pusat terus membeli emas sebagai langkah melindungi nilai dan mengurangkan pergantungan pada dolar AS.
3. Ketidaktentuan Politik & Ekonomi.
Konflik geopolitik, dasar perdagangan, serta ketidakpastian terhadap polisi Presiden Donald Trump (termasuk tekanannya ke atas Fed) menjadikan emas pilihan selamat (safe haven) bagi pelabur.
4. Aliran masuk ETF emas.
Dana terbesar dunia yang disokong emas, SPDR Gold Trust, melaporkan peningkatan pegangan ke tahap tertinggi sejak 2022.
Ini tanda keyakinan pelabur institusi semakin kukuh.
Harga emas masa depan. Apa ramalan pakar?
Standard Chartered menjangka harga emas akan terus mencatat rekod baharu dalam musim permintaan tinggi ini.
JP Morgan p**a melihat harga emas boleh mencecah $3,675 menjelang hujung tahun dan berpotensi mencapai $4,250 menjelang 2026.
Kenaikan harga emas ini menunjukkan satu perkara jelas: emas terus menjadi penyimpan nilai terbaik dalam keadaan ekonomi tidak menentu.
Untuk penyimpan emas fizikal, kita harus ingat bahawa emas bukan soal keuntungan cepat, tetapi perlindungan kekayaan jangka panjang.
Namun, bila berlakunya trend kenaikan harga emas yang berterusan, anda juga berpotensi menikmati keuntungan modal yang besar.
Sila lihat jadual kenaikan harga emas. Anda akan tersenyum 😁
Untuk anda yang belum mulakan simpanan emas. Takkan nak tengok aja 😎
Sila share jika bermanfaat.
Kredit to Mahaguru Emas Tuan Syukor
21/10/2021
18/09/2021
15/09/2021
15/09/2021
07/09/2021
06/09/2021
05/09/2021
05/09/2021
03/09/2021
02/09/2021