07/06/2024
9 TEORI KECERDASAN GARDNER, ANAK ANDA YANG MANA SATU?
Ibu bapa perlu mempunyai sedikit pengetahuan tentang Teori Kecerdasan Pelbagai (Multiple Intelligences) supaya lebih faham kebolehan dan potensi mana yang dapat dikembangkan dalam diri anak-anak.
Teori ini hasil daripada kajian Horward Gardner yang dijalankan terhadap pelbagai lapisan masyarakat yang mempunyai pelbagai kriteria tersendiri dalam kalangan kanak-kanak biasa dan kanak-kanak istimewa.
Kecerdasan bukan diwarisi dan boleh digilap melalui latihan..Melalui kecerdasan pelbagai, anak kita dapat memahami potensi yang ada pada diri mereka sendiri dan mereka akan merasa diri mereka dihargai kerana kecerdasan yang ada pada diri diiktiraf.
Pendek kata, dengan kecerdasan pelbagai ni kita boleh bantu anak-anak kita belajar ikut kecerdasan anak kita.
1. Kecerdasan verbal linguistik
Kalau anak jenis pandai bermadah, s**a ayat puitis, boleh je kita puitiskan semua subjek untuk dia mudah mengingat..Buatkan pantun untuk subjek sains pun cun!
2. Kecerdasan muzikal
Kalau kita tengok anak kita s**a music, ada lagu kegemaran, apa lagi..kita suruh anak kita jadikan fakta yang perlu diingat dalam bentuk lagu..Alah macam lagu 25 Rasul tu..Kan ke senang ingat? So kalau susah nak ingat, buatkan lagu..
3. Kecerdasan kinestatik
Kinestatik ni pergerakan dan kemahiran fizikal seperti koordinasi, keseimbangan dan kelenturan badan..Kita boleh merancang aktiviti permainan yang membabitkan pergerakan dan interaksi bagi pembelajaran matematik..Contohnya anak sy dia rasa bab Bahagi susah nak ingat..jd masa kita ajar dia atau dia buat latihan, suruh dia kerap sentuh mana-mana anggota badan dan fokus buat latihan tu..contoh hidung..fokus buat bahagi..Adui benda ni kena buat video..Ada ke yg faham?
4. Kecerdasan logik matematik
Merujuk kebolehan aanak menggunakan nombor, mengenal pasti corak, menunjukkan perkaitan, dan memberikan sebab dan akibat yang logik..Aktiviti boleh buat, kita galakkan pertanyaan dan beri soalan yang mencabar minda..Walaupun subjek tu subjek mengingat fakta, boleh je kita tanya anak kita kenapa benda ni berlaku?sbb org math b*k fikir..bila mengingat dia mengantuk..Ha,kenapa negara kita kena merdeka?Kenapa 31 Ogos tarikh p**ak tarikh merdeka,kenapa tak ambik 1 September je da alang2 kan? ๐
at least dia fikir2 tu dia ingat la 31 Ogos yg merdeka nye bukan 1 September..
5. Kecerdasan visual-ruang
Anak yang tinggi dalam jenis kecerdasan ni lebih peka terhadap warna, garis bentuk dan ruang..Mereka mempunyai kebolehan dalam membayangkan dan mengaitkan diri dalam matriks ruang..Boleh beri anak main catur, kiub rubik, sudoku..Jenis permainan ini mencabar kemampuan kanak-kanak untuk berfikir dalam tiga dimensi..Kalau anak kita mcmni,kita boleh suruh dia buat nota dlm berbagai bentuk dan warna..
6. Kecerdasan interpersonal
ia berkait dengan bagaimana anak-anak dapat memahami perasaan, keinginan serta perasaan mereka..Kecerdasan ini mungkinkan mereka untuk berkawan dan berinteraksi..Aktiviti pembelajaran bagus secara perbincangan, belajar secara berkump**an, yang kena cakap-cakap tu lah..Jgn dibiarkan anak belajar sorang2..
7. Kecerdasan intrapersonal
Ok ini berkaitan perasaan, 'mood' dalaman, kehendak, motivasi, dorongan dan kemampuan untuk mendisiplinkan diri mereka. Anak macamni kita kena bikin romantik..Bagi dia buat apa dia s**a dekat tempat belajar dia, dia nak hias apa, deko apa, puji2 tempat dia belajar..Kena selalu 1 to 1..
8. Kecerdasan naturalistik
Merujuk kepada kepekaan terhadap perubahan dan keadaan alam sekitar..Anak kita s**a tengok pokok2 ke nature kan..In case dia nak exam dan susah sgt nak ingat satu bab dalam Biologi..Kita bawak dia ke tempat naturalistik yg dia x pernah pergi..Laut ke, gunung everest ke..๐
9. Kecerdasan spiritual
Ok kita boleh perhati dgn cara anak kita berfikir, ada akhlak tinggi, more to keagamaan..Jd kita boleh cari perkaitan pembelajaran dengan ceramah agama ke, kaitkan dengan moraliti ke, banyak aktiviti boleh buat..
Moga membantu sedikit sebanyak untuk bantu teknik pembelajaran anak-anak! Ada anak sekolah rendah dan nak power subjek MATH, SAINS, DAN ENGLISH?? Kelas online 3 kali seminggu..
Kita mulakan kelas dengan sesi hipnosis iaitu membuka minda separa sedar anak-anak yang dibuat oleh kaunselor pelajar yang pakar dalam membantu anak-anak anda!!
Lain hari kami share p**a berkenaan keajaiban hipnoterapi kepada anak anda untuk membuka minda separa sedar mereka! Anak anda bukan sahaja minat belajar, mudah diurus dan semakin cintakan ilmu!!