Kolej Vokasional Tanjung Puteri Johor Bahru

Kolej Vokasional Tanjung Puteri Johor Bahru

Share

Kolej Vokasional Tanjung Puteri menyediakan program Teknologi Elektrik, Teknologi Elektronik, Teknologi Automotif, Teknologi Kimpalan dan Teknologi Pembinaan.

Photos from Kolej Vokasional Tanjung Puteri Johor Bahru's post 17/08/2026

KEPUTUSAN RASMI: KONTINJEN KV ZON JOHOR | SUKOV KEBANGSAAN 2026

Seluruh Warga Kolej Vokasional Tanjung Puteri (KVTP) ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan TAHNIAH dan SYABAS kepada 10 orang pelajar KVTP yang telah terpilih menggalas cabaran mewakili Kontinjen Kolej Vokasional Zon Johor ke Kejohanan Sukan Kolej Vokasional (SuKoV) Peringkat Kebangsaan 2026.

Pertandingan berprestij ini telah berlangsung dengan jayanya pada 10 hingga 15 Ogos 2026 bertempat di Kelantan.

RANGKUMAN KEPUTUSAN KONTINJEN KVTP
Semangat kesukanan yang tinggi serta dedikasi luar biasa telah dipamerkan oleh atlet-atlet KVTP sepanjang kejohanan:

Keputusan melibatkan KVTP:
Bola Sepak – Tempat Ke - 4
Ragbi – Tempat Ke - 4
Badminton Perempuan – Tempat Ke – 4
Sofbol – Peringkat Kumpulan XY

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua atlet, jurulatih, serta pihak pengurusan yang terlibat atas pengorbanan dan komitmen yang tinggi. Keberanian anda bersaing di peringkat kebangsaan membuktikan bahawa pelajar TVET bukan sahaja cemerlang dalam bidang kemahiran dan akademik, malah berdaya saing tinggi di arena sukan!

Semoga kejayaan ini terus menjadi pemangkin semangat untuk KVTP melakar lebih banyak kejayaan gemilang pada masa hadapan.

17/08/2026

TAHNIAH & SYABAS | PERTANDINGAN BAHAN TERBUANG

Kolej Vokasional Tanjung Puteri (KVTP) terus melakar kecemerlangan apabila berjaya meraih JOHAN dalam Pertandingan Bahan Terbuang sempena Minggu Pusat Sumber KV (ERT) Azizah Tahun 2026.

Kejayaan ini membuktikan bahawa kreativiti, inovasi dan semangat kerja berpasukan mampu menghasilkan sesuatu yang bernilai daripada bahan yang terbuang. Ia juga mencerminkan komitmen warga KVTP dalam membudayakan kreativiti, kelestarian dan pembelajaran berasaskan pengalaman.

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada Pn. Hjh. Husnina Binti Nilis, guru pembimbing, atas dedikasi, komitmen serta bimbingan yang cemerlang dalam membimbing pasukan sehingga berjaya mengharumkan nama KVTP.

Syabas kepada seluruh Team KVTP! Teruskan mencipta, berinovasi dan mengangkat nama KVTP ke peringkat yang lebih tinggi.
Kecemerlangan bukan sekadar pencapaian, tetapi hasil daripada usaha, kreativiti dan komitmen yang berterusan.

17/08/2026

KOMITMEN KVTP TERHADAP PERLINDUNGAN MURID

Warga Kolej Vokasional Tanjung Puteri (KVTP) menyokong penuh usaha memperkukuh Polisi Perlindungan Murid bagi memastikan keselamatan, kebajikan, privasi dan hak setiap murid sentiasa menjadi keutamaan.

Kami komited untuk mewujudkan persekitaran pendidikan yang selamat, harmoni dan bebas daripada sebarang bentuk ancaman, di samping memastikan setiap warga kolej memahami serta mematuhi prinsip dan ketetapan yang digariskan.

Keselamatan murid tanggungjawab kita bersama. KVTP komited melindungi, mendidik dan membina masa depan anak-anak kita.

17/08/2026

PEMBERITAHUAN PENILAIAN AKHIR (PA) SVM SEMESTER 3 SESI 1/2026

Dimaklumkan kepada semua pelajar Sijil Vokasional Malaysia (SVM) Kohort 2025 bahawa Penilaian Akhir (PA) Semester 3 Sesi 1/2026 akan dilaksanakan mengikut ketetapan berikut:

📖 Amali Pendidikan Islam (Tilawah dan Hafazan)
📅 10 – 28 Ogos 2026

⚙️ Penilaian Akhir (PA) Vokasional
📅 18 Ogos 2026

📝 Ujian Bertulis (Akademik)
📅 17 – 20 Ogos 2026

Rancang masa anda, buat persediaan sebaik mungkin dan berikan yang terbaik!

Semoga seluruh pelajar KVTP terus fokus, berdisiplin dan yakin dalam menghadapi setiap penilaian. Semoga segala usaha dan persediaan membuahkan kejayaan yang cemerlang.

Photos from Kolej Vokasional Tanjung Puteri Johor Bahru's post 13/08/2026

𝐊𝐕𝐓𝐏 𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐉𝐀𝐑𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒𝐓𝐑𝐈–𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐔𝐉𝐔 𝐌𝐀𝐒𝐀 𝐃𝐄𝐏𝐀𝐍

Kolej Vokasional Tanjung Puteri (KVTP) terus memperkukuh jaringan strategik bersama industri berteknologi tinggi menerusi kunjungan wakil Singda Superalloy (Malaysia) Sdn. Bhd. ke KVTP pada 23 Julai 2026.

Delegasi Singda Superalloy yang diwakili oleh Mr. Basil Miao dan Ms. Guo berkesempatan meninjau kemudahan serta aktiviti pembelajaran di Bengkel Teknologi Elektrik, Elektronik dan Automotif KVTP. Lawatan ini menjadi platform penting untuk meneroka potensi kerjasama antara institusi TVET dan industri dalam pembangunan bakat berkemahiran tinggi yang memenuhi keperluan teknologi masa hadapan.

Singda Superalloy merupakan syarikat yang terlibat dalam pembangunan dan pengeluaran superalloy berasaskan nikel, titanium serta bahan tahan suhu tinggi untuk aplikasi teknologi kejuruteraan berimpak tinggi, termasuk industri aeroangkasa. Syarikat ini turut merancang pelaburan besar dalam sektor pembuatan superalloy di Pasir Gudang, Johor, sekali gus membuka potensi peluang kerjaya dan pembangunan kompetensi kepada bakat TVET tempatan.

Pertemuan ini turut membuka ruang perbincangan berkaitan:
🔹 Pembangunan bakat TVET berkemahiran tinggi
🔹 Peluang latihan industri dan penempatan pekerjaan graduan
🔹 Kerjasama pembangunan kompetensi pelajar serta tenaga pengajar
🔹 Pendedahan kepada teknologi dan keperluan industri berteknologi tinggi
🔹 Jaringan kerjasama industri Malaysia–China

Pihak KVTP diwakili oleh Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, En. Mohd Ali Redza Bin Mohamed Yusoff; Ketua Jabatan Hubungan Industri & Agensi, En. Mohammad Faisal Bin Ismail; Ketua Jabatan Teknologi Mekanikal dan Pembuatan, En. Mohd Khalid Bin Darmi; serta Ketua Unit Pengurusan Hubungan Industri, En. Sahrin Bin Sub too.

KVTP percaya bahawa hubungan erat dengan industri berteknologi tinggi merupakan antara pemangkin utama dalam melahirkan graduan TVET yang kompeten, adaptif, berdaya saing dan bersedia memenuhi keperluan industri masa hadapan.

Lawatan ini bukan sekadar kunjungan, tetapi satu langkah ke arah membina jambatan antara pendidikan, teknologi dan industri.

KVTP — Membina Kompetensi, Memperkasa Bakat, Menghubungkan TVET dengan Industri.

Photos from Kolej Vokasional Tanjung Puteri Johor Bahru's post 12/08/2026

KURSUS KESELAMATAN JALAN RAYA & PEMERIKSAAN KENDERAAN – KHUSUS MOTOSIKAL

Program ini memberi pendedahan dan kesedaran kepada para pelajar mengenai aspek keselamatan jalan raya, pematuhan peraturan serta kepentingan memastikan motosikal berada dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Jabatan Hal Ehwal Pelajar, para pensyarah, staf, penceramah, fasilitator, peserta serta semua pihak yang telah memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan program ini.

KVTP sentiasa memberi perhatian terhadap aspek keselamatan dan kebajikan pelajar. Pendidikan keselamatan bukan sekadar melalui teori, tetapi perlu diterapkan sebagai satu budaya dalam kehidupan seharian.
Ingatlah, kemalangan boleh dicegah jika keselamatan sentiasa diutamakan.

🏍️ Pakai helmet.
🚦 Patuhi peraturan.
⚠️ Jangan memandu laju.

Utamakan Keselamatan, Cegah Kemalangan.







Photos from Unit Psikologi & Kerjaya Kolej Vokasional Tanjung Puteri Johor Bahru's post 12/08/2026
Photos from Kolej Vokasional Tanjung Puteri Johor Bahru's post 10/08/2026

MENJULANG PRESTASI: KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI & AKP KVTP 2026

Warga Kolej Vokasional Tanjung Puteri merakamkan penghargaan dan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pegawai dan AKP yang menerima kenaikan pangkat. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus menyumbang kecemerlangan, memperkukuh imej institusi, dan mengangkat martabat Pendidikan TVET.






Photos from Kolej Vokasional Tanjung Puteri Johor Bahru's post 10/08/2026

KEJOHANAN PETANQUE ANGKASA NEGERI JOHOR 2026

Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas diucapkan kepada para pelajar, pensyarah dan staf Kolej Vokasional Tanjung Puteri (KVTP) yang telah menyertai Kejohanan Petanque ANGKASA Negeri Johor 2026 yang berlangsung pada:

📅 8 – 9 Ogos 2026
📍 Arena Emas, Taman Impian Emas, Johor Bahru

KVTP berasa amat bangga dengan komitmen, semangat kesukanan dan kesungguhan yang telah ditunjukkan oleh semua warga KVTP sepanjang kejohanan berlangsung.

✨ PENCAPAIAN MEMBANGGAKAN ✨
🥉 Pasukan Perempuan (Pelajar) – Suku Akhir

Pencapaian ini merupakan satu bukti bahawa usaha, latihan yang berterusan dan semangat berpasukan mampu membawa kita melangkah lebih jauh dalam arena persaingan.

Walaupun perjalanan menuju kejayaan masih panjang, pencapaian hingga ke peringkat suku akhir merupakan satu pengalaman dan batu loncatan yang amat bermakna untuk terus memperbaiki prestasi pada kejohanan akan datang.

Menang atau kalah bukan ukuran utama, tetapi keberanian untuk mencabar diri, semangat untuk terus berjuang dan kesungguhan untuk tidak mudah berputus asa adalah nilai sebenar seorang juara.

Teruskan melangkah, teruskan berlatih dan jangan pernah berhenti mengejar kejayaan!

Tahniah kepada semua pelajar, pensyarah dan staf KVTP yang telah membawa nama kolej ke pentas kejohanan. Semoga pencapaian ini menjadi pembakar semangat untuk terus mencipta lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

KVTP BERBANGGA DENGAN ANDA!
TERUS MELANGKAH, TERUS BERJUANG, TERUS CEMERLANG!






Photos from Kolej Vokasional Tanjung Puteri Johor Bahru's post 10/08/2026

KONTINJEN KV ZON JOHOR | SUKOV KEBANGSAAN 2026

Dengan penuh rasa bangga, Kolej Vokasional Tanjung Puteri (KVTP) mengucapkan selamat berjuang kepada 10 orang pelajar KVTP yang terpilih untuk mewakili Kolej Vokasional Zon Johor ke Kejohanan Sukan Kolej Vokasional (SuKoV) Peringkat Kebangsaan 2026.

📍 Kelantan
📅 10 – 15 Ogos 2026

Sepuluh permata sukan KVTP bakal membawa cabaran dalam empat acara:

BOLA SEPAK:
Nor Hanif Hazwan Bin Nor Hisham – 2 DMD
Muhammad Zahrif Bin Sharil – 2 DEA
Muhammad Nuh Bin Kamaludin – 2 DEA
Muhammad Amirul Amin Bin Masnun – 2 DMB

RAGBI:
1. Dinie Hakem Bin Ahmad Nizam – 2 DEB
2. Mohamad Azmir Bin Abdullah – 2 DEA
3. Fakhrul Aiman Lutfi Bin Hairul Hafiz – 1 CEB

SOFBOL:
1. Batrisyia Maisarah Binti Badrulhisham – 1 CMD
2. Syawatul Aminah Binti Kamarul Bahrin – 1 DEA

BADMINTON:
1. Alisya Binti Mohd Lutfi – 2 CCA

Pegawai Pengiring:
1. En. Asmadi Bin Pairin – Pegawai Teknikal Bola Sepak
2. En. Mohamad Alif Ikhwan Bin Che Sanusi – Bola Sepak
3. En. Abd Rahman Bin Ahmad – Ragbi

BAWA NAMA JOHOR, CIPTA KEJAYAAN!

Berjuanglah dengan semangat juang yang tinggi, disiplin, keyakinan dan semangat kesukanan. Setiap keringat yang dicurahkan di gelanggang dan padang adalah lambang usaha serta kebanggaan buat KVTP dan KV Zon Johor.

Seluruh warga Kolej Vokasional Tanjung Puteri mendoakan agar semua atlet KVTP yang mewakili KV Zon Johor diberikan kekuatan, kesihatan, ketenangan dan semangat juang yang tinggi sepanjang kejohanan.

KVTP TERBANG TINGGI! KV ZON JOHOR BOLEH!JOHOR JUARA!





Want your school to be the top-listed School/college in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


Jalan Yahya Aldatar
Johor Bahru
80300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 15:30