PPKI SK Sri Tebrau

PPKI SK Sri Tebrau

Share

Program yang berkaitan dengan pendidikan Murid Bekeperluan Khas khusus bagi murid-murid OKU Pembelajaran

Photos from PPKI SK Sri Tebrau's post 26/04/2026

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PPKI SKeST ✨

📆17/04/2026
🕰️9.00am - 11:30am
📍Kelas PPKI SKeST

✨ Raya vibes di sekolah!

Suasana memang meriah dengan pelbagai juadah yang sangat sedap 😍🍽️

Gelak tawa, senyuman dan kebersamaan jelas terasa 💚

Terima kasih tak terhingga kepada ibu bapa yang sudi berkongsi makanan dan memeriahkan sambutan raya kali ini 🙏

Memang terbaik!

Photos from PPKI SK Sri Tebrau's post 13/04/2026

KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSD JOHOR BAHRU 2026

📆06/04/2026 - 07/04/2026
🕰️7.30 am - 1.00 pm
📍DATARAN ISKANDAR PUTERI

Tahniah diucapkan kepada adik Danish Mikail dan adik Wong Qiang Wei mewakili PPKI SKeST dalam Kejohanan Merentas Desa MSSD Johor Bahru 2026.

Mereka berdua berjaya menamatkan larian 4 kilometer bagi kategori bawah 12 tahun!

Tahniah ✨

Photos from PPKI SK Sri Tebrau's post 06/02/2026

KEJOHANAN MERENTAS DESA SKeST 2026

📆03/02/2026
🕰️7.30 am - 10.30 am
📍SEKITAR SKeST

Tahniah diucapkan kepada semua murid PPKI SKeST yang terlibat dalam Kejohanan Merentas Desa peringkat SKeST.

Sekian, terima kasih ✨

Photos from PPKI SK Sri Tebrau's post 15/01/2026

PENYERAHAN WANG BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP) 2026

📆15/01/2026
⏰11.00am - 12.00pm
📍BILIK MESYUARAT SKeST

Diharapkan wang BAP ini sedikit sebanyak dapat memenuhi keperluan persekolahan anak-anak PPKI SKeST.

Sekian, terima kasih ✨

Photos from PPKI SK Sri Tebrau's post 15/01/2026

MESYUARAT KSIB PPKI SKeST

📆15/01/2026
⏰10.00am - 11.00am
📍BILIK MESYUARAT SKeST

Pihak PPKI SKeST mengucapkan jutaan terima kasih kepada para ibu bapa/penjaga yang sudi menghadirkan diri ke Mesyuarat KSIB PPKI SKeST 2026.

Pihak PPKI SKeST mengharapkan kerjasama yang baik daripada para ibu bapa/penjaga bagi memastikan murid-murid PPKI SKeST semakin cemerlang.

Sekian, terima kasih ✨

06/01/2026

Selamat datang ke PPKI SKeST diucapkan buat Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas yang baharu, Puan Noraliza binti Mohamad.

Semoga kerjasama yang terjalin akan terus memperkukuh kecemerlangan murid-murid PPKI SKeST.

Kami mengalu-alukan kehadiran puan dengan penuh rasa bangga.

Photos from PPKI SK Sri Tebrau's post 18/12/2025

Part 2 Majlis Perpisahan Cikgu Zuraimy dan Cikgu Haizan

Photos from PPKI SK Sri Tebrau's post 18/12/2025

Terima kasih semua warga PPKi SKeST di atas tanda ingatan ini. Tidak dilupakan juga buat ibu bapa yang sentiasa menyokong dan menghargai apa jua aktiviti yang dianjurkan di PPKi sekolah ini.

Jasa kalian akan sentiasa diingati dan kenangan indah ini pasti tersemat di sanubari.
We❤️ppkiskst

17/12/2025

Sebuah Episod Perjalanan Dalam Perkhidmatan

1. SK LKTP CHEMPLAK, LABIS 2004-2006
2. SK LKTP MAOKIL 1, LABIS 2006
3. SK KOMPLEKS SULTAN ABU BAKAR, JB 2007-2020
4. SK SRI TEBRAU, JB 2020-2025. 🌿

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya rakamkan kepada pihak pentadbir, rakan-rakan guru, Anggota Kumpulan Pelaksana (PPM), ibu bapa serta seluruh warga Pendidikan Khas atas segala kerjasama, sokongan dan kepercayaan yang telah diberikan sepanjang tempoh perkhidmatan saya.

Segala pengalaman, ilmu dan kenangan yang diperoleh akan sentiasa saya hargai dan jadikan panduan untuk meneruskan amanah serta tanggungjawab di tempat baharu.

Seandainya terdapat kekhilafan sepanjang menjalankan tugas, saya dengan rendah hati memohon ampun dan maaf. Semoga ukhwah yang terjalin terus berkekalan. 🤝

Sekian, terima kasih.
We ❤️ppkiSKeST🌸

14/12/2025

Jasamu Dikenang!
Tiada Ungkapan yang mampu diucapkan selain,
"Terima Kasih Cikgu".
Terima kasih di atas segala jasa yang dicurahkan dalam menjalankan tugas dan amanah di SKeST.
Teruskan kecemerlangan dalam mendidik MBPK.

Want your school to be the top-listed School/college in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Jalan Sutera, Taman Sentosa
Johor Bahru
80150