Rumah Ngaji Johor

Rumah Ngaji Johor

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Rumah Ngaji Johor, Education Website, No. 36 Jalan Camar 8 Taman Perling Johor Bahru, Johor Bahru.

Photos from Rumah Ngaji Johor's post 16/08/2024
14/08/2024

SERTAI MALAYSIA PADA 29 OGOS 2024

Dengan tema “Jiwa Merdeka: Memaknai Rukun Negara”, ikuti Malaysia di Masjid Bandar Seri Alam, Masai Johor atau di lokasi masing-masing dari jam 11 pagi hingga jam 12 tengah hari. Fahami surah al-Jumu’ah dan al-Hujarat serta hayati Rukun Negara sempena bulan kemerdekaan ini.

Misi Malaysia 2024 bertujuan membentuk perpaduan dan kesatuan hati melalui kefahaman nilai keimanan yang sempurna, selaras dengan hadis Rasulullah SAW, “Orang yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya, dan paling lembut terhadap keluarganya” (HR Tirmizi No: 2537). Keimanan yang kukuh adalah kunci perpaduan sejati dalam masyarakat

Malaysia
Ummah

12/08/2024

Malaysia

12/08/2024

Jom sertai Malaysia pada 29 Ogos 2024

Di sebalik laungan merdeka yang penuh semangat, ada jiwa yang merdeka dari segala bentuk penindasan, sama ada fizikal atau spiritual. Jiwa merdeka sebenar adalah jiwa yang sentiasa berpaut kepada ajaran Al-Quran dan Sunnah, serta memahami dan mengamalkan Rukun Negara sebagai panduan hidup bernegara.

Malaysia bertemakan "Jiwa Merdeka: Memaknai Rukun Negara bertujuan memperkukuhkan semangat kemerdekaan di kalangan rakyat Malaysia melalui penghayatan nilai-nilai murni yang terkandung dalam al-Quran dan Sunnah serta Rukun Negara.

Jom sertai Malaysia , daftar dan hadir sebagai peserta di lokasi perdana Masjid Bandar Seri Alam pada 29 Ogos 2024 bersamaan dengan 24 Safar 1446H jam 11.00 pagi ☺️

Atau melaksanakan di lokasi masing-masing dengan mendaftar Hotspot di: https://bit.ly/HOTSPOTMQH2024

Anda boleh muat turun bahan-bahan promosi penganjuran Malaysia di: https://bit.ly/PROMOMQH24

Malaysia
Ummah

Photos from Rumah Ngaji Johor's post 29/06/2024

Alhamdulillah, selesai sudah Mesyuarat Agung Pertubuhan Pendidikan Rumah Ngaji Negeri Johor Kali Ke - 6 yang diadakan di Hotel Grand Blue Wave, Johor Bahru pada hari ni 29 Jun 2024

Mesyuarat kali ini telah pun dihadiri seramai 126 orang ahli-ahli rumah ngaji di seluruh daerah negeri Johor. Agenda tahun ini adalah melantik Pengerusi dan juga ahli-ahli jawatankuasa yang baru bagi penggal 2024-2025 bagi memastikan visi dan misi dalam membawa Rumah Ngaji ke seluruh negeri dan juga peringkat sekolah lebih dekat dengan masyarakat.

Semoga ahli-ahli baru yang dipillih dapat menjalankan tugas dengan cemerlang! Tahhniah diucapkan ❤️

Photos from Rumah Ngaji Johor's post 05/04/2024

World

Photos from Rumah Ngaji Johor's post 05/04/2024

Sekitar perkarangan Masjid Jamek Labis, Segamat sempena World

Photos from Rumah Ngaji Johor's post 04/04/2024

World diadakan Masjid An Nur Felda Simpang Waha Kota Tinggi

World
Home

04/04/2024

Surah Al-Jumu'ah digemakan dari Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru. Alhamdulillah mereka meluangkan masa satu jam berinteraksi dengan al-Quran hari ini.

World
Ummah

Photos from Rumah Ngaji Johor's post 04/04/2024

Kemeriahan World turut disertai di Jabatan Pendidikan Negeri Johor yang sama-sama berinteraksi dan menghayati surah pilihan tahun ini, Surah Al-Jumu'ah.

World
Ummah

Photos from Rumah Ngaji Johor's post 04/04/2024

Sekitar World bertempat di Masjid Jamek Labis, Segamat peringkat negeri Johor. Program ini dihadiri lebih kurang 600 orang jemaah yang berada di sekitar kawasan dengannya.

Program yang diadakan secara serentak diseluruh negara selama 1 jam ini bermula jam 12 hingga 1 tengah hari bertemakan Surah Al-Jumu'ah.

Usaha penganjuran program ini diharap akan menyuburkan lagi budaya membaca al-Quran yang mendalam kepada masyarakat kerana penghayatan kepada isi kandungan dan ayat suci Al-Quran akan memberi inspirasi dan galakan untuk lebih berusaha mendekatkan diri kepada Allah SWT.

World
Home

04/04/2024

HARI INI! WORLD

Bersama kita gemakan Surah Al-Jumu'ah pada hari ini jam 12-1 tengah hari bertempat di Masjid Negara, Kuala Lumpur

World
Ummah

Want your school to be the top-listed School/college in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


No. 36 Jalan Camar 8 Taman Perling Johor Bahru
Johor Bahru
81200

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30