30/03/2026
KORBAN @ NIGERIA BERSAMA MEAM
Zulhijjah menghampiri. Peluang berkorban bersama kami.
MEAM ingin menjemput tuan/puan untuk sertai kami dalam ibadah korban yang akan diadakan di Bandar Ilorin, Negeria. Mari kita bantu penduduk di sini untuk dapatkan bekalan daging pada Aidiladha nanti. 65% penduduk di sini beragama Islam dan negara ini sedang mengalami inflasi yang tinggi.
Sertai kami dalam ibadah korban ini dengan bayaran serendah RM100 untuk bayaran pertama dan boleh bayar secara ansuran. Kami sasarkan 5 ekor lembu untuk tahun ini.
InsyaAllah pihak kami akan memberikan dokumentasi penuh proses korban dan agihan.
Daftar sekarang :
https://tinyurl.com/Korban-2026
Whatsapp kami di 0105556364 atau boleh pm kami melalui media sosial kami.
Semoga kita semua dapat berkongsi rezeki bersama.
UNTUK MEREKA
20/03/2026
SYAWAL TALI TAUTAN KASIH
Syawal hadir membawa erti kemaafan, kasih sayang dan kesyukuran.
Dalam setiap salam yang dihulur dan pelukan yang diberi, tersimpan harapan untuk memulakan lembaran baharu dengan hati yang lebih bersih dan jiwa yang lebih tenang.
Aidilfitri bukan sekadar perayaan, tetapi ruang untuk kita kembali kepada fitrah dengan menghargai keluarga, menyantuni sesama insan dan menghulurkan kebaikan tanpa mengira batas.
Semoga setiap langkah kita selepas ini dipenuhi keberkatan, dipermudahkan urusan dan terus diberi peluang untuk menyebar manfaat kepada yang memerlukan.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
"Untuk Mereka"
MEAM
15/01/2026
Langkah Baharu, Harapan Baharu
MEAM dengan penuh rasa syukur mengumumkan kerjasama rasmi bersama Yayasan Hasanah, sebuah yayasan di bawah Khazanah Nasional, bagi pelaksanaan bagi tahun 2026.
Kerjasama ini menjadi pemangkin kepada usaha memperkukuh intervensi penguasaan 3M, khususnya untuk murid yang paling memerlukan.
Insya-Allah, langkah kecil ini akan membuka ruang perubahan yang lebih besar.
Perjalanan bermula.
02/01/2026
Tahun ini kami tiada poster meraikan kedatangan Tahun Baharu 2026. Kerana kami ada sesuatu yang lebih besar pada 1 Januari 2026.
Ingat lagi tak tahun lepas kami buka iklan jawatan kosong? Kami menerima hampir 80 permohonan!
Daripada permohonan tersebut, 20 telah dipanggil temu duga.
Hasilnya?
Memperkenalkan Eksekutif Pendidikan kami yang PERTAMA!
Selamat datang kami ucapkan kepada Puan Nor Najmah binti Abdul Mutalib, Pegawai Eksekutif Pendidikan (Pemulihan) ke team MEAM.
Beliau berpengalaman luas dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Pengurusan Tadika. Beliau juga ada mencipta satu teknik cepat baca yang telah beliau praktikan di tadika beliau sebelum ini.
Apa projek sampai MEAM pilih insan hebat ini?
Nantikan!
31/12/2025
Kami saksi mata semangat mereka.
Bayangkan dengan anak murid hampir 100 orang, cikgu melukis gambar epal pada 100 helaian kertas untuk diajarkan kepada muridnya huruf E untuk epal. Tanpa bantuan teknologi. Hanya kudrat dan semangat.
"Kalau kami give up, siapa nak ajar anak ni. Kami tak boleh biarkan mereka."
Kami saksi mata semangat mereka.
Projek-projek pada tahun 2025 banyak mendidik kami. Kami turun ke sekolah di pulau, tanjung dan atas air. Kami lihat sendiri kesungguhan cikgu-cikgu di sekolah-sekolah ini berhabis daya hanya untuk memastikan anak-anak didik mereka dapat mengintai sedikit ruang harapan meneruskan kehidupan.
Kami masih perlu berusaha dengan lebih kuat. Kita perlu beri impak lebih besar kepada pendidikan.
Tahun 2025 banyak membuka mata dan mengajar kami untuk tingkatkan usaha agar impak lebih besar dapat diberikan kepada anak-anak yang memerlukan.
InsyaAllah kami akan terus kuatkan tekad dan usaha sebagai tanda bahawa jalan masih ada.
Kita bawa semangat mereka melangkah ke 2026.
Kita langkah bersama.
Terima kasih 2025.
Untuk Mereka,
Malaysia Education Aspiration Movement
#2025 #2026
03/12/2025
PROGRAM INTERNSHIP BERSAMA MEAM
Berminat membina pengalaman dalam dunia kemanusiaan?
MEAM Johor Bahru kini membuka peluang latihan industri untuk pelajar dari pelbagai bidang!
Terbuka kepada pelajar bidang berikut:
Pendidikan Pemulihan
Sumber Manusia
Multimedia/Masscom
dan lain-lain bidang berkaitan
Kriteria: Minat & aktif dalam kesukarelawanan/kemanusiaan
Elaun disediakan
Hantar CV anda ke: [email protected]
đź“© Permohonan dibuka sepanjang masa!
18/10/2025
JAWATAN KOSONG: GURU PEMULIHAN (Projek Pemulihan 3M – Johor Bahru)
Malaysia Education Aspiration Movement (MEAM) sedang membuka peluang kerjaya kepada individu yang berdedikasi dan bersemangat untuk menyertai pasukan kami sebagai Guru Pemulihan bagi Projek Pemulihan 3M di Johor Bahru.
MAKLUMAT JAWATAN
Nama Jawatan: Eksekutif Pendidikan
Jenis Jawatan: Kontrak & Sepenuh Masa
Lokasi: Johor Bahru
KELAYAKAN AKADEMIK
Keutamaan diberikan kepada graduan yang memiliki latar belakang berikut:
◼️Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pemulihan Pendidikan Rendah) atau setara;
◼️Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak atau setara;
◼️Mana-mana ijazah yang diiktiraf oleh MQA dan bersesuaian dengan bidang pendidikan.
KRITERIA CALON
âś…Mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam pemulihan 3M (Membaca, Menulis & Mengira)
âś…Aktif dalam kerja kemanusiaan dan kesukarelawanan
âś…Mahir menggunakan Microsoft Office, Canva dan mempunyai kemahiran asas dalam penghasilan video
âś…Mempunyai etika kerja yang tinggi, disiplin, dan mampu bekerja dengan bimbingan yang minima
âś…Bersedia berkhidmat di Johor Bahru
FAEDAH
đź”´Caruman KWSP dan PERKESO disediakan
đź”´Peluang menyertai inisiatif pendidikan berimpak sosial bersama MEAM
CARA MEMOHON
Hantarkan Curriculum Vitae (CV) anda ke:
[email protected]
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
14 November 2025
25/06/2025
TERIMA KASIH BEJIF STUDIO
MEAM mengalu-alukan BEJIF Studio atas kerjasama padu dan komitmen luar biasa sebagai rakan sinergi dalam Projek Sabah. Melalui sinergi ini, kami berhasrat untuk merakamkan bukan sekadar gambar, tetapi cerita, perjuangan dan harapan anak-anak stateless, undocumented children, asnaf dan B40 di Kampung Air, Lahad Datu yang dahagakan ilmu dan masa depan yang lebih baik.
BEJIF Studio merupakan penggerak disebalik jenama JMerch Exclusive yang membekalkan pakaian sublimation yang sangat berkualiti dengan harga yang sangat berpatutan. Jom kita support brand ini.
Jom Follow Instagram JMerch Exclusive :* https://www.instagram.com/jmerch__
Untuk Mereka
Pertubuhan Aspirasi Pendidikan Malaysia
Malaysia Education Aspiration Movement