24/06/2021
Masih buntu memikirkan Hala tuju selepas mendapat keputusan SPM? Apa tindakan seterusnya ??
InsyaAllah kami akan bantu dengan memberi paduan dan tips kepada anda daripada seorang kaunselor.
Set masa anda seperti berikut:
Tarikh : 26 Jun 2021 (Sabtu)
Masa : 9.00 Malam
Medium : Fb live Johor Bahru Prihatin
Siapa yang harus mendengar?
Semua lepasan SPM 2020, pelajar-pelajar menengah atas dan ibu bapa.
Program Anjuran Bersama :
Johor Bahru Prihatin
Johor Bahru Youth Club
Nisa Johor Bahru
12/05/2021
Kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri,
وَكُلُّ عَامْ وَأَنْتُمْ بِخَيْر تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ
dan semoga Allah menjadikan kita semua hambanya yang semakin bertaqwa
insyaAllah.
Ikhlas dari,
Jabatan Pembangunan Remaja Negeri Johor
12/04/2021
Ramadhan Kareem !!
Mari siapkan jiwa raga untuk menjemput keagungan Lailatul Qadar.
Kita semua menjadi pilihanNya untuk mendapai rahmat dan magfirahNya dan kembali menjadi hamba yang dikasihi. Marhaban ya ramadhan.
Selamat Menunaikan Ibadah Berpuasa buat seluruh Ummat Islam khasnya di Malaysia.
Ikhlas dari kami,
Jabatan Pembangunan Remaja Negeri Johor
22/03/2021
Tahniah Lee Zii Jia.
Berjaya Merangkul kejuaraan All England edisi 2021. Berjaya menewaskan Pemain No.1 dunia dipentas separuh akhir menambahkan lagi keyakinan utk menundukkan juara bertahan All England di Final semalam ;)
Kami di Jabatan Pembangunan Remaja Negeri Johor mengucapkan syabas dan tahniah buat Lee Zii Jia! Anda wira kebanggaan negara.
Majulah sukan untuk negara !
11/03/2021
Salam Israk Mikraj 1442H buat semua umat Islam di Malaysia. Semoga kita semua dapat memperingati peristiwa penting ini yang berkisarkan tentang perjuangan baginda Rasulullah SAW dari kota Mekah ke Masjid Al-Aqsa.
Bermuhasabahlah kita dan memperbaiki hubungan dengan Allah SWT. Dalam masa yang sama, sabar dan tabah mematuhi arahan kerajaan bagi mengekang penularan wabak.
Semoga sikap perjuangan Nabi Muhammad SAW dapat dijadikan pedoman dan contoh terbaik buat kita semua.
Salam Israk Mikraj.
21/02/2021
Kami mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan SPM buat semua pelajar tingkatan 5 di seluruh negara. :)
Mohonlah pada Allah supaya dipermudahkan segala urusan di dalam dewan peperiksaan esok :)
Mintalah restu dan doa dari orang tuamu, supaya kamu lebih tenang di dalam dewan peperiksaan esok :)
Mintalah restu dan doa dari gurumu yang telah banyak membantu mu, supaya kamu lebih bersemangat di dalam dewan peperiksaan esok :)
Yang terakhir, berusahalah sehabis baik dan berdoa serta bertawakkal. SEMOGA BERJAYA !
Allah Yuftah Alaik !
21/12/2020
🎉🎊 Pemenang Pertandingan Pidato Online 2020 🎊🎉
===================================
Alhamdulillah, Pertandingan Pidato Online tahun 2020 sudah melabuhkan tirainya.
Tahniah buat semua pemenang disetiap kategori yang dipertandingkan.
Teruskan usaha adik-adik untuk mengasah bakat dalam berpidato.
"Demi Islam, Remaja Pemangkin Ummah "
===================================
__________________________________________
Berikut adalah Pemenang bagi setiap Kategori:-
__________________________________________
=====================
🎁Kategori Mahasiswa🎁
=====================
1️⃣Tempat pertama
👉🏻 MUHAMMAD SYAFIQ HAIKAL BIN HARUN
===========================
🎁Kategori Sekolah Menengah🎁
===========================
1️⃣ Tempat Pertama
👉🏻 NORVINA SARI BINTI YUSRI
2️⃣ Tempat Kedua
👉🏻 ADLIN MAISARAH BINTI ZULKEFLI
3️⃣ Tempat Ketiga
👉🏻 NUR AZIERA SOFEA BINTI AMDAN
Tahniah sekali lagi diucapkan kepada para pemenang 👏🏻🎊🎉
16/11/2020
| RAKAM DAN MENANG |
Contest 🤩
Sempena fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah diumumkan, Jabatan Pembangunan Remaja Negeri Johor (JPR) dengan kerjasama GAMIS Johor akan membawakan pertandingan video PIDATO PIALA REMAJA MUSLIM 🔥
Rakamkan video kreatif anda dengan gaya bebas yang bertemakan :-
📌 ”Demi Islam, Remaja Pemangkin Ummah”
Dan hadiah menarik bakal menjadi milik anda
📌 Peserta Sekolah Menengah
(Kategori Lelaki & Perempuan)
Pertama: RM150.00
Kedua: Rm100.00
Ketiga: Rm50.00
📌 Peserta Mahasiswa
Pertama: RM200.00
Kedua: Rm150.00
Ketiga: Rm100.00
Tarikh penyertaan 4 sehingga 10 Disember 2020
👉🏻Syarat Penyertaan :
1️⃣Warganegara Malaysia .
2️⃣Terbuka kepada Remaja & Mahasiswa Johor (Berumur 15 tahun hingga 25 tahun.)
3️⃣Like page Facebook Jabatan Pembangunan Remaja (JPR).
4️⃣Like post ini. Share post ini set post as public. Tag 3 rakan FB anda di ruang komen.
Durasi video:
📌 8 minit : Kategori Sekolah Menengah
📌 10 minit : Kategori Mahasiswa
👉🏻Cara Penyertaan
🔖 Muatnaik video pidato anda di dalam Facebook Jabatan Pembangunan Remaja sahaja . Mudah bukan? 😌
🤔 Macam tu je?
♻️ Stay tune ❣️ Anda menyertai, kami akan terus hubungi dan bimbing anda 💨
Daftar di sini 👇🏻
https://bit.ly/38GQKfb
Sebarang pertanyaan/pendaftaran:
http://www.wasap.my/+60136912423/PidatoPialaRemajaMuslim
23/04/2020
SALAM RAMADHAN | 1441H/2020M
Assalamualaikum Wbt.
Selamat menyambut bulan Ramadhan buat seluruh ummat Islam di seluruh pelusuk negara.
Jika sebelum ini, kita tidak mampu untuk memenuhi ruangan solat sunat terawih secara berjemaah, Ramadhan kali ini, usahalah sehabis baik untuk berjemaah di rumah masing-masing.
Jadikanlah Al-Quran sebagai peneman hidup kita sepanjang mengharungi Ramadhan kali ini. Tidak lupa juga, untuk kita berlumba-lumba mengejar segala kebaikan dan ganjaran pahala yang Allah SWT sediakan dalam bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan.
Sabda Rasulullah SAW,
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
“Barangsiapa berpuasa Ramadhan atas dasar iman dan mengharap pahala dari Allah, maka dosanya yang telah lalu akan diampuni.” (HR. Bukhari)
Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada yang lepas, manifestasi kepada Iman Dan Taqwa kepada Allah SWT.
Ikhlas Dari,
Jabatan Pembangunan Remaja
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
20/01/2020
Sudah boleh Daftar mengundi ONLINE.
Sebarkan kpd kerabat yg masih belum daftar.
Minta tolong semua anak2 yang belum daftar mengundi, isi borang daftar mengundi online ni.
Anak2 melayu jangan leka.
Pendaftaran automatik dijangka ambil masa 2 tahun baru dikuatkuasa.
Daftar mengundi / nak tukar alamat mengundi kini boleh dibuat online sekarang!
Login sistem MySPR Daftar untuk maklumat lanjut.
Layari : https://mysprdaftar.spr.gov.my/
UMUR 18TAHUN SUDAH BOLEH DAFTAR