Tadika Agama Johor - TAJ

Tadika Agama Johor - TAJ

Share

TADIKA AGAMA JOHOR Melentur buluh biar dari rebung

17/07/2026

Iklan pendaftaran TADIKA AGAMA JOHOR SEKOLAH AGAMA ANNUR BT10, SKUDAI

Tinggal beberapa hari Shj lg pendaftaran akan di tutup. Koata pendaftaran kelas taj annur masih ada lg. Jemput datang ke tadika bagi urusan pendaftaran dan penyerahan dokumen sokongan.

Sebarang pertanyaan berkenaan taj annur bt10 skudai, boleh terus tekan link www.wasap.my/601156808047_DAFTAR_TAJannur

Photos from Tadika Agama Johor - TAJ's post 29/06/2026

🌸 IHTIFAL ILMI TADIKA AGAMA JOHOR (TAJ) DAERAH BATU PAHAT 2026 🌸

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Ihtifal Ilmi Tadika Agama Johor (TAJ) Daerah Batu Pahat Tahun 2026 pada:

📅 Tarikh: 16 Jun 2026 (Selasa)
📍 Tempat: SA Seri Yong Peng

Program ini telah menghimpunkan seramai 132 orang pelajar daripada Tadika Agama Johor sekitar Daerah Batu Pahat untuk menyertai pelbagai acara yang menguji bakat, ilmu dan penghayatan Islam.

🏆 Acara yang dipertandingkan:
✨ Tilawah Al-Quran (Putera)
✨ Tilawah Al-Quran (Puteri)
✨ Hafazan
✨ Azan
✨ Celik Jawi
✨ Mewarna

Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Haji Johari bin Musa, Pegawai Pendidikan Islam Daerah Batu Pahat.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta, guru-guru, ibu bapa, jawatankuasa penganjur serta semua pihak yang telah memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan program ini. Semoga pengalaman ini menjadi pemangkin untuk melahirkan anak-anak yang cintakan al-Quran, berilmu serta berakhlak mulia.

"Melahirkan Generasi Rabbani, Berilmu Dan Berakhlak Mulia."

Photos from Tadika Agama Johor - TAJ's post 29/06/2026

📖 TILAWAH AL-QURAN MURID-MURID SEKOLAH AGAMA KERAJAAN NEGERI JOHOR PERINGKAT DAERAH TANGKAK 2026 📖

TADIKA AGAMA JOHOR DAERAH TANGKAK

🗓️ Tarikh: 10 Jun 2026 (Rabu)
🕗 Masa: 8.00 pagi
📍 Lokasi:
• Sekolah Agama Serom 4
• Sekolah Agama Serom 3

Majlis telah disempurnakan oleh:

Tuan Haji Safian bin Mustafa
Pegawai Pendidikan Islam Daerah
Pejabat Pendidikan Islam Daerah Tangkak

Semoga program ini menjadi medan untuk menyemai kecintaan terhadap Al-Quran serta mencungkil bakat dan potensi murid-murid dalam seni bacaan Al-Quran.

✨ Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta, guru pembimbing, ibu bapa serta jawatankuasa yang telah menjayakan program ini. Semoga segala usaha mendapat keberkatan dan ganjaran daripada Allah SWT.

🌹 TAHNIAH KEPADA SEMUA! 🌹



Photos from Tadika Agama Johor - TAJ's post 03/05/2026

PENDAFTARAN TAJ ANNUR BT10 SKUDAI BAGI SESI 2027 KINI DIBUKA

Jemput ke taj kami utk proses pendaftaran dan meninjau tempat.
Disertakan sekali dokumen sokongan yang perlu di bawa semasa proses pendaftaran.
Sebarang pertanyaan berkenaan taj Annur bt10 skudai boleh ke page khas taj annur.

https://www.facebook.com/share/1E8pPui29K/

17/04/2026

Pendaftaran Pelajar Tadika Agama Johor 2026 Dibuka Mulai 1 Mei

Ibu bapa dan penjaga di seluruh negeri Johor dijemput untuk mendaftarkan anak-anak ke Tadika Agama Johor bagi sesi kemasukan tahun 2026. Pendaftaran ini akan dibuka bermula **1 Mei 2026 hingga 31 Julai 2026**.

Program Tadika Agama Johor merupakan inisiatif penting dalam memberikan pendidikan asas agama Islam kepada kanak-kanak sejak usia awal, selaras dengan usaha membentuk generasi yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing.

Syarat Kelayakan

* Kanak-kanak mestilah *berumur 6 tahun pada tahun 2027*
* Terbuka kepada warganegara Malaysia

Lokasi Tadika

Pendaftaran dibuka disekolah-sekolah yang mempunyai Tadika Agama Johor di seluruh negeri.

Dokumen Diperlukan

Sila sediakan dokumen berikut semasa pendaftaran:

* Salinan sijil kelahiran anak
* Salinan kad pengenalan ibu bapa/penjaga
* Gambar berukuran pasport
* Dokumen sokongan lain (jika diperlukan oleh pihak sekolah)

Cara Pendaftaran

Pendaftaran boleh dilakukan dengan:

* Mengunjungi sekolah yang menawarkan Tadika Agama Johor secara terus, atau
* Mengikuti kaedah yang ditetapkan oleh pihak sekolah masing-masing

Maklumat Tambahan

Ibu bapa digalakkan untuk mendaftar lebih awal bagi mengelakkan sebarang kesulitan memandangkan tempat adalah terhad di setiap lokasi.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak sekolah berdekatan atau pejabat agama daerah masing-masing.

---

Rebut peluang ini untuk memberikan asas pendidikan agama yang terbaik kepada anak anda. Daftarkan mereka di Tadika Agama Johor hari ini!

20/01/2026

MAJLIS PENGISYTIHARAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SDEA, SMRA, SMA 2025
TARIKH : 22 JANUARI 2026
JAM : 9.00 AM

19/12/2025

MAJLIS KHATAM ALQURAN TADIKA AGAMA JOHOR KALI KE 15 TAHUN 2025/1447

Alhamdulillah, Majlis Khatam Al-Quran Tadika Agama Johor Kali Ke-15 telah berlangsung pada 18 Disember 2025,dengan lancar dan penuh bermakna pada tahun 2025 bersamaan 1447 Hijrah.

Majlis bermula seawal jam 7.30 pagi dengan kehadiran wajah-wajah comel seramai 925 orang pelajar tadika agama daripada 217 buah tadika. Lebih membanggakan, penyertaan ini melibatkan tadika dari 10 buah negeri di bawah Kerajaan Negeri Johor – satu pencapaian yang cukup memberangsangkan!

Suasana majlis terasa begitu tenang dan menyentuh hati apabila anak-anak kecil ini bersama-sama menyempurnakan bacaan khatam Al-Quran. Walaupun masih di usia muda, kesungguhan dan keyakinan mereka jelas terpancar, hasil bimbingan para guru yang penuh sabar dan dedikasi.

Majlis ini turut diserikan dengan perasmian oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor, yang melambangkan sokongan berterusan pihak jabatan terhadap pendidikan Al-Quran di peringkat awal kanak-kanak. Kehadiran ibu bapa, guru-guru serta warga tadika menjadikan majlis ini lebih meriah dan bermakna.

Majlis berakhir sekitar jam 12.30 tengah hari, meninggalkan kenangan manis buat semua yang terlibat. Semoga usaha murni ini dapat diteruskan pada masa akan datang dalam melahirkan generasi Al-Quran yang bukan sahaja pandai membaca, malah mencintai dan mengamalkan ajarannya sejak kecil.

Nak tengok gambar² majlis pagi tadi, klik je link kat bawah ni. Nak download, ambil lah. FOC.

https://drive.google.com/drive/folders/10v1D1Lq5Hxyi7UZ4l7bUOvBWjvzVzEhg?usp=sharing

Photos from Tadika Agama Johor - TAJ's post 15/12/2025

MAJLIS APRESIASI TADIKA AGAMA JOHOR (TAJ) PERINGKAT DAERAH KOTA TINGGI TAHUN 2025

Pada 10 Disember 2025 (Rabu), telah berlangsung Majlis Apresiasi (TAJ) Peringkat Daerah Kota Tinggi bertempat di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Kota Tinggi. Majlis ini melibatkan seramai 408 orang murid TAJ berusia 6 tahun dari 18 buah sekolah seluruh Daerah Kota Tinggi.

Majlis ini diadakan sebagai pengiktirafan dan penghargaan kepada murid-murid yang telah berjaya menamatkan pembelajaran di sekolah TAJ serta sebagai dorongan awal dalam pembentukan sahsiah, disiplin dan kecintaan terhadap ilmu agama.

Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Cik Norlizah Binti Noh, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Johor Lama. Kehadiran beliau telah menyemarakkan lagi majlis dan memberi inspirasi kepada murid-murid serta ibu bapa yang hadir.

Majlis berlangsung dengan lancar dan penuh istiadat, diiringi sokongan padu daripada para pendidik, ibu bapa serta pihak penganjur.

Diharapkan penganjuran majlis Apresiasi ini dapat menjadi kenangan bermakna kepada murid-murid serta menyuntik semangat untuk mereka melangkah ke alam persekolahan seterusnya..

TAHNIAH!

Photos from Tadika Agama Johor - TAJ's post 04/12/2025

🎉 HARI SUKANEKA TAJ FELDA SEMENCHU 2025 🎉
3 Disember 2025 (Rabu)
SA Felda Semenchu, Kota Tinggi

Majlis Hari Sukaneka TAJ FELDA Semenchu 2025 berlangsung dengan penuh warna-warni, keceriaan dan semangat kesukanan. Cuaca yang baik serta penyertaan murid yang sangat menggalakkan menjadikan suasana lebih meriah sejak awal pagi lagi. Seramai 35 orang murid mengambil bahagian dalam setiap acara yang dipertandingkan, menjadikan gelanggang permainan lebih hidup dengan sorakan dan gelak tawa.

🏆 ACARA-ACARA YANG DIPERTANDINGKAN
1️⃣ Acara Individu (Perempuan) – 🌸 “Pakaian Saya”
Acara ini menguji kemahiran motorhalus murid dengan mamakai seluar & baju serta memasang butang dengan cara yang betul
2️⃣ Acara Individu (Lelaki) – 🥢 “Sepit Kertas”
Acara yang memerlukan ketangkasan serta fokus. Murid lelaki menunjukkan kehebatan mengutip kertas menggunakan penyepit dalam masa yang ditetapkan. Penuh debaran tetapi sangat mencuit hati!😆
👥 ACARA BERKUMPULAN
3️⃣ Perempuan – 🧕🏻 “Balingan Hebat”
Kerjasama pasukan menjadi kunci kemenangan. Setiap kumpulan menunjukkan strategi tersendiri bagi memastikan balingan tepat mengenai sasaran.
4️⃣ Lelaki – 👦🏻 “Lari & Cari”
Acara penuh aksi dan kelajuan! Murid lelaki berlari sambil menyelesaikan tugasan mencari objek tersembunyi. Sorakan penonton benar-benar menaikkan semangat mereka.

👩‍👦 ACARA IBU
Acara khas untuk ibu-ibu turut mencuri perhatian. Walaupun bersaing, gelak tawa memenuhi ruang.
Acara yang dipertandingkan:
📍Susun Perkataan
- menyusun huruf-huruf menjadi perkataan TAJ FELDA SEMENCHU
📍Cedok Menyedok
- Acara yang meningkatkan kemahiran daya fokus untuk para ibu-ibu

👨‍👦 ACARA BAPA
Tidak kurang hebat, para bapa turut menunjukkan aksi yang mencuit hati dan penuh semangat.
Acara yang dipertandingkan:
📍Musang Berjanggut
📍Masukkan Air ke Dalam Botol

🎀 ACARA PERBARISAN
Antara segmen yang paling dinantikan ialah perbarisan. Sebanyak 7 kumpulan, setiap satu terdiri daripada 5 orang murid, mempersembahkan gaya kreatif berdasarkan tema warna.
✨ Tema warna & simboliknya:
🧡 Oren – Buah Oren Manis
💜 Ungu – Buah Anggur
🩵 Biru Muda – Kartun Stitch
💙 Biru – Baby Shark Doo Doo
💛 Kuning – Lebah Comey
❤️ Merah – Buah Strawberi Masam-Masam Manis
💚 Hijau – Pari-Pari Rimba

Kesemua kumpulan tampil dengan persembahan kreatif, penuh disiplin dan gaya tersendiri yang menceriakan lagi suasana hari sukaneka ini.

🎉 TAHNIAH & TERIMA KASIH

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta, ibu bapa, guru-guru serta komuniti yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Hari Sukaneka TAJ FELDA Semenchu 2025.

Semua Hebat!

Setiap senyuman, usaha dan semangat yang ditunjukkan menjadi bukti bahawa kita adalah satu keluarga yang kuat dan bersatu.
❤️

Want your school to be the top-listed School/college in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Tingkat 4, Blok B, Pusat Islam Iskandar
Johor Bahru
80990JOHORBAHRU