16/04/2026
Alhamdulillah dengan izin Allah s.w.t, kami dengan penuh takzim ingin menjemput
Tuan/Puan,
Ke Majlis Hari Raya Akademi Nahjan
🗓Tarikh
*17 APRIL 2026 (Jumaat)*
⏱Masa
*9.00AM - 12.00 PM*
📍Tempat
*Akademi Nahjan, KG Kangkar Tebrau*
Semoga kehadiran & doa restu Ibuayah semua akan menyerikan lagi majlis.
Terima kasih dari kami warga
*Akademi Nahjan*
18/03/2026
Aktiviti Simulasi Zakat tahun 2026/1447H
Alhamdulillah..aktiviti ini telah dilaksanakan dgn jaya atas izinNya...semua anak² Nahjan telah mendapat pengalaman dan pendedahan ttg perlaksanaan zakat fitrah.
Kerjasama dari ibu ayah hebat Nahjan dan pengurusan masjid Kangkar Tebrau juga sangat membantu perlaksanaan ini..alhamdulillah kutipan sumbangan terkumpul tahun ini adalah sebanyak rm230...dan sumbangan ini akan di salurkan kpd insan² yang memerlukan dan tabung masjid Kangkar Tebrau
18/03/2026
Alhamdulillah.
Untuk Jumaat terakhir di bulan Ramadan, setelah anak2 semua belajar berwuduk & solat. Hari ini *hari pertama solat Dhuha berjemaah pertama bagi sesi 2026*.
Di bawa oleh:
Imam kita: Adik Zayyan
Bilal kita: Adik Ikmal
Semoga semua anak2 ini sentiasa dilindungi dgn RahmatNya.
InsyaAllah.
12/03/2026
Assalamualaikum ibu ayah yg di hormati.
Hebahan cuti tambahan Hari Raya Aidilfitri
19/02/2026
Assalamualaikum ibuayah yang kami hormati,
Kami dari semua guru2 dan staff Akademi Nahjan mengucapkan...
*Selamat Menyambut Bulan Ramadan yang Mulia*
Dengan rasa rendah hati, kami memohon maaf atas semua kekhilafan kami sebelum ini. Semoga ibadah kita tahun ini, dilimpahkan penuh keberkatan dan tawaduk.
Salam Ramadan
Guru2 dan staff Akademi Nahjan
06/02/2026
Alhamdulillah...tamat sudah bulan orentasi utk semua anak² Nahjan bg sesi 2026...
Tema tahun ni "Ketuk² Ramadan"🤗
Aktiviti tahun ni..semua anak² Nahjan di tugaskan menyediakan kudapan🍪🥧🧁🥤 utk semua rakan² dan anak² Nahjan akan dtg berkunjung ke kelas² utk nikmati kudapan
Team Zuhal 4 tahun : Roti 🌜⭐️ Ramadan
Team Zuhrah 5 tahun : Choco Ball Ramadan
Team Utarid 5 tahun : Pizza Buah Ramadan
Team Musytari 6 tahun : Choco Jar Ramadan
Team Marikh 6 tahun : Jus Tembikai Ramadan
Alhamdulillah..aktiviti dpt di laksanakan dengan jayanya hasil kerjasama berpasukan anak² kelas dan paling utama...aktiviti dpt memberi pengalaman dan peluang kpd semua anak² Nahjan merasakan gembiranya menanti kehadiran bulan penuh barakah Ramadan dgn aktiviti berkerjsama, berkongsi rezeki dan kunjung menunjung🤗
28/01/2026
Bismillah...berminat bersama Nahjan...jomm
07/01/2026
Bismillah...
Selamat Menyambut Tahun 2026...