SK Taman Selesa Jaya

SK Taman Selesa Jaya

Share

SK TAMAN SELESA JAYA OFFICIAL PAGE

Photos from SK Taman Selesa Jaya's post 13/08/2026

🌟 PERTANDINGAN REKA KOMIK PENDEK (BICARA ADAB) 🌟

Sempena Program Minggu Disiplin "Sopan Santun Adabku" SK Taman Selesai Jaya 2026, pihak sekolah ingin mengucapkan tahniah kepada semua kumpulan yang telah berjaya menjuarai pertandingan ini! πŸ‘πŸ₯³

πŸ“Œ Ringkasan Pemenang:
1️⃣ Kelab Seni & Kebudayaan: Dhia, Ariana, Fatin, Damia
2️⃣ Kelab Pencegahan Jenayah: Abigail, Haqeera, Fakhira, Raaina
3️⃣ Kelab STEM: Sharifah, Adra, Faris, Athir, Shaswin
4️⃣ Persatuan Bahasa Melayu: Asyraf, Iffat, Mior, Lionel
5️⃣ Persatuan Bahasa Inggeris: Fatiha, Amanda, Ezara, Qaisara
6️⃣ Persatuan Agama Islam: Affan, Ammar, Putera, Faruq

Tahniah dan terima kasih kepada guru penyelaras pertandingan ini, Cikgu Aliff dan semua guru penasihat Kelab & Persatuan. Terima kasih atas sokongan dan kreativiti semua! . ❀️

13/08/2026

✨ KEPUTUSAN KANGAROO MATH COMPETITION 2026 ✨

Syabas dan tahniah diucapkan kepada murid-murid Sekolah Kebangsaan Taman Selesa Jaya atas pencapaian membanggakan dalam Kangaroo Math Competition 2026! πŸŽ‰πŸ‘

πŸ₯ˆ 8 SILVER AWARD
πŸ₯‰ 2 BRONZE AWARD
πŸ… 16 HONORABLE MENTIONS

πŸ’ͺ Pencapaian ini membuktikan bahawa murid-murid SKTSJ bukan sahaja berani mencuba, malah mampu bersaing dan menyerlah dalam bidang Matematik!

πŸ‘ Tahniah kepada semua murid yang berjaya memperoleh anugerah serta Certificate of Participation. Setiap usaha, keberanian dan kesungguhan anda amat membanggakan! 🌟

🎯 Teruskan mencabar diri, teruskan mengira, teruskan berfikir dan teruskan menjadi JUARA!

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada guru-guru pembimbing, ibu bapa serta semua pihak yang sentiasa memberikan sokongan kepada anak-anak SK Taman Selesa Jaya. ❀️

TAHNIAH SEMUA! πŸ₯³πŸŽŠ




Photos from SK Taman Selesa Jaya's post 11/08/2026

πŸŽ‰ PROGRAM MINGGU DISIPLIN πŸŽ‰
🌸 β€œSOPAN SANTUN ADABKU (SSA)” 🌸

Alhamdulillah, selesai sudah Program Minggu Disiplin β€œSopan Santun Adabku (SSA)” yang telah berlangsung sepanjang 3 hingga 7 Ogos 2026. ✨

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan bagi memupuk nilai sopan santun, adab, disiplin dan sahsiah terpuji dalam diri murid. Semoga segala ilmu dan pengajaran yang diperoleh sepanjang program ini dapat terus diamalkan dalam kehidupan seharian. πŸ’›

πŸ† PENYAMPAIAN HADIAH & PENGHARGAAN πŸ†

Tahniah kepada semua pemenang! πŸ₯³
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang yang telah menunjukkan semangat dan kreativiti!

Menang atau kalah bukan ukuran utama, tetapi keberanian untuk mencuba, melibatkan diri dan menunjukkan yang terbaik itulah yang paling bermakna. πŸ’ͺ✨

Terima kasih juga kepada semua AJK, guru-guru, murid-murid serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan sokongan dalam menjayakan Program Minggu Disiplin SSA.

β€œSopan Santun Adabku.” πŸ’–




Photos from SK Taman Selesa Jaya's post 08/08/2026

✨ PROGRAM KEPIMPINAN MUDA SKTSJ ✨

Alhamdulillah, satu lagi langkah dalam membentuk generasi pemimpin muda yang berintegriti, berdisiplin, berwawasan dan mampu memimpin dengan hati. πŸ’œπŸ’›

πŸ“… 8 Ogos 2026 (Sabtu)
⏰ 7.30 pagi – 1.00 tengah hari
πŸ“ Makmal Komputer, SK Taman Selesa Jaya

Program ini melibatkan barisan pemimpin muda sekolah yang terdiri daripada SLB, Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, PRS, Pengawas SPBT serta Ketua dan Penolong Kelas.

Menerusi program ini, murid didedahkan dengan nilai kepimpinan, komunikasi, kerja berpasukan, disiplin, keyakinan diri dan semangat berkolaborasi sebagai persediaan menjadi pemimpin yang berkualiti.

🌟 Bina diri, pimpin dengan hati, ubah masa depan!

Terima kasih dan tahniah kepada semua guru yang telah menjayakan program ini. Komitmen dan kesungguhan guru dalam membimbing anak-anak SKTSJ amat dihargai. ❀️

Photos from SK Taman Selesa Jaya's post 04/08/2026

πŸ‘ ANUGERAH KEHADIRAN TERBAIK JULAI 2026 πŸ‘

Tahniah kepada 3 ARIF kerana mencatat peratus kehadiran tertinggi bagi bulan JULAI ,iaitu 95.40%.

Disiplin, komitmen dan semangat anda untuk hadir ke sekolah setiap hari amat membanggakan. 🌟

Marilah kita bersama-sama memastikan kehadiran penuh ke sekolah, mematuhi peraturan serta menunjukkan bahawa setiap kelas berpotensi untuk mencapai kecemerlangan.

β€œHadir Berterusan, Cemerlang Berpanjangan.”

Photos from SK Taman Selesa Jaya's post 03/08/2026

✨ PELUNCURAN PROGRAM MINGGU DISIPLIN β€œSOPAN SANTUN ADABKU (SSA)” 2026 ✨

Alhamdulillah, Majlis Peluncuran Program Minggu Disiplin β€œSopan Santun Adabku (SSA)” Peringkat Sekolah Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 3 Ogos 2026 (Isnin) di SK Taman Selesa Jaya.

Program yang berlangsung sepanjang 3 hingga 7 Ogos 2026 ini bertujuan memupuk sahsiah terpuji, memperkukuhkan disiplin serta menyemai nilai adab dalam kalangan murid melalui pelbagai aktiviti yang menarik dan bermanfaat.

Semoga program ini menjadi wadah untuk melahirkan murid yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah berakhlak mulia, berdisiplin dan berkeperibadian unggul.

Terima kasih kepada semua warga sekolah, ibu bapa dan pihak yang sentiasa memberikan sokongan dalam menjayakan program ini.

🌟 β€œSopan di Kata, Santun di Jiwa, Adab Sepanjang Masa.”





Photos from SK Taman Selesa Jaya's post 01/08/2026

πŸ“’ MAKLUMAN KEPUTUSAN PENEMPATAN TAHUN 1 SESI 2027

Dimaklumkan bahawa Keputusan Penempatan Murid ke Tahun 1 Sesi Kalendar Akademik 2027 boleh disemak mulai 1 Ogos 2026 melalui portal idMe.

🌐 https://idme.moe.gov.my

βœ… Permohonan Berjaya
β€’ Tidak perlu membuat pengesahan melalui sistem idMe atau hadir ke sekolah.
β€’ Nama murid akan didaftarkan ke sekolah yang diluluskan secara automatik.

❌ Permohonan Tidak Berjaya
β€’ Rayuan hanya boleh dibuat melalui sistem idMe.

Sekian, terima kasih.
SK Taman Selesa Jaya


30/07/2026

SK Taman Selesa Jaya akan mengadakan Program Minggu Disiplin β€œSopan Santun Adabku (SSA)” Peringkat Sekolah Tahun 2026 seperti ketetapan berikut:

πŸ—“οΈ Tarikh: 3 – 7 Ogos 2026
πŸš€ Peluncuran Program: 3 Ogos 2026 (Isnin)
πŸ•’ Masa: 7.30 pagi
πŸ“ Tempat: SK Taman Selesa Jaya

Sepanjang minggu program, murid akan mengikuti pelbagai aktiviti yang bertujuan membentuk sahsiah, disiplin dan adab yang mulia.

Sehubungan itu, kerjasama ibu bapa amat dihargai untuk memastikan anak-anak hadir ke sekolah, berpakaian kemas mengikut peraturan serta sentiasa mengamalkan adab dan disiplin yang baik.

Bersama-sama kita membentuk generasi yang berdisiplin, beradab dan berakhlak mulia.

β€œSopan di Kata, Santun di Jiwa, Adab Sepanjang Masa.”

Want your school to be the top-listed School/college in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Jalan Silat Cekak 1, Taman Selesa Jaya
Johor Bahru
81300