✒TUGASAN KUMPULAN G
💸ISU SEMASA:
“BIJAK MENGGUNAKAN WANG KETIKA KRISIS EKONOMI MELANDA!!”
📉📊Kemelesetan ekonomi yang melanda dunia turut memberi kesan kepada Malaysia. Ekoran dari serangan Virus Covid-19 pada tahun 2019 dan peperangan antara Rusia dan Ukraine baru- baru ini memberi impak yang besar kepada kemelesetan ekonomi dunia. Seluruh dunia turut merasai dan terkena tempias ekoran dari peperangan antara dua negara besar ini dan dari serangan virus tersebut.
Malaysia turut merasai keperitan yang melanda dunia dimana kos sara hidup semakin tinggi untuk raykat Malaysia meneruskan kehidupan seharian mereka. Pelbagai usaha yang telah dijalankan oleh pihak kerajaan untuk meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat Malaysia. Antara bantuan yang diterima ialah subsidi yang diberikan seperti minyak sawit, tepung gandum dan gas petroleum cecair (LPG). Selain itu, penetapan harga siling juga turut dilakukan seperti penetapan harga ayam dan telur yang baru dan dikuatkuasakan mulai 1 Julai 2022. Tambahan lagi, pihak kerajaan berhempas pulas berusaha meringankan beban rakyat dengan pemberian wang sara hidup melalui Bantuan Sara Hidup(BSH) dan Bantuan Keluarga Malaysia(BKM). Tidak kira golongan B40 mahupun M40, semuanya tidak terkecuali untuk mendapat bantuan dari pihak kerajaan dengan mengikut terma dan syarat yang ditetapkan.
Seharusnya, kita, sebagai rakyat Malaysia haruslah sentiasa bersedia untuk menghadapi krisis yang bakal berlaku kelak. Antara persediaan yang perlu kita lakukan adalah dengan melatih diri membeli barang keperluan mengikut keperluan harian sahaja dan bukan mengikut kehendak. Ini bermaksud, jika kita berbelanja lebih dari keperluan asas, kita mungkin tidak akan mempunyai wang yang lebih untuk dijadikan simpanan bagi kegunaan masa hadapan atau simpanan untuk digunakan ketika berlakunya kecemasan. Menurut pakar kewangan dan penulis buku ‘Hidup Tenang Walaupun Berhutang’ Shamsuddin Kadir, beliau ada menyebut kita sebagai rakyat mestilah mempunyai wang simpanan sekurang- kurangnya tiga bulan hingga enam bulan gaji untuk meneruskan kelangsungan hidup sekiranya kemelesetan ekonomi berlaku di negara kita. Penggunaan wang secara berjimat cermat dapat mengawal dan melatih diri daripada berbelanja mengikut nafsu dan pastinya tidak akan merugikan diri sendiri kelak.
Tambahan lagi, pada zaman krisis globalisasi ini, amalan menabung amatlah dituntut dan mudah untuk dipraktikkan kerana dengan menabung, ianya dapat digunakan ketika berlakunya kecemasan. Peribahasa Melayu ada mengatakan ‘malang tidak berbau’, dan ‘sediakan payung sebelum hujan’, turut menggambarkan betapa pentingnya menabung untuk kegunaan masa hadapan. Selain itu, ia juga dapat membantu ahli keluarga yang ditimpa kesusahan. Mengamalkan sikap ‘sedikit- sedikit, lama- lama menjadi bukit’ pastinya seseorang itu mampu untuk meneruskan kehidupan walau ranjau berliku bakal menanti kita di hadapan.
Seterusnya, kita rakyat Malaysia haruslah mempersiapkan diri kita dengan menghadkan penggunaan kad kredit. Dengan kebanjiran kad kredit dipasaran, sudah menjadi lumrah untuk seseorang memiliki kad kredit melebihi daripada satu kad kredit. Kad kredit sememangnya memberi kemudahan, namun ia boleh menyusahkan sekiranya kita tidak bijak dan tidak berdisiplin apabila menggunakannya. Dengan adanya kad kredit, kita lebih cenderung untuk berbelaja tanpa had limit. Ini menyebabkan lagi banyak kita berbelanja, maka lagi banyaklah hutang kita dengan pihak bank dan makin tinggilah bayaran yang dikenakan selepas dicampur dengan bayaran kadar faedah dan caj- caj lain. Oleh sebab itu, bijak menguruskan kewangan dengan menghadkan penggunaan kad kredit dan elakkan hutang kad kredit dari terus bertambah serta melangsaikannya pada setiap hujung bulan. Kegagalan untuk menyelesaikan hutang kad kredit boleh menyebabkan seseorang itu muflis.
Kesimpulannya, dalam keadaan krisis seperti sebegini, kita perlulah berhati- hati ketika berbelanja dan membuat keputusan yang berhemah dalam penggunaan wang keluar dan masuk kita. Dengan adanya perancangan yang baik dan disiplin diri yang kuat, kita mampu untuk mengharungi apa juga keadaan ekonomi yang melanda.
Penghayatan Etika dan Peradaban
MPU1013 Mainly for learning and teaching at UUM
05/10/2022
🫱🏻🫲🏼Bagi memupuk keharmonian negara, banyak usaha yang boleh dijalankan untuk memastikan perpaduan antara kaum kekal utuh. Seperti lirik lagu yang dipopularkan oleh penyanyi Adibah Noor, 📀“ikan di laut, asam di darat, dalam periuk, bikin muafakat”. Rakyat Malaysia mempunyai banyak perbezaan tetapi jika disatukan dalam prinsip dan nilai kemanusiaan yang baik, pastinya perpaduan dapat dilahirkan dan dikekalkan. Nilai- nilai kemanusiaan ini mestilah dipupuk dari kecil lagi. Bak kata pepatah,🎋 melentur buluh biarlah dari rebungnya. Masyarakat hari ini sudah mempunyai minda💡 yang terbuka dan luas ilmu pengetahuan untuk menerima dan menghormati kaum atau bangsa lain serta hidup dengan aman dan harmoni di bawah satu bendera🇲🇾
14/09/2022
13/09/2022
💡Tahukah anda bahawa perayaan di Malaysia juga membawa peranan yang penting dalam penyatuan antara kaum? Dapat kita lihat dimana setiap perayaan yang terdapat di Malaysia merupakan satu keistimewaan yang memainkan peranan yang penting demi kemajuan negara. Sambutan pelbagai hari perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas, Hari Gawai, dan Keamatan boleh dijadikan platform untuk mengenali budaya dan adat resam sesama masyarakat selain dapat memperbaharui sebuah ikatan persahabatan.
🤝Keharmonian ini merupakan satu keunikan yang bukan sahaja mengukuhkan lagi perpaduan antara kaum, malah menjadi penanda aras bagi Malaysia dalam mencapai matlamat sebagai negara yang harmoni dan aman damai. Negara- negara lain amat mencemburui dan mencontohi Malaysia sebagai negara yang berbilang bangsa, agama, dan budaya kerana kemakmuran dan keharmonian antara kaum menjadi pegangan kepada pandangan positif rakyat antarabangsa terhadap Malaysia.
🏫Semangat perpaduan perlu dipupuk di dalam jiwa rakyat di Malaysia bermula dari bangku sekolah lagi. Ianya selaras dengan mengukuhkan semangat jati diri disamping memberi keutamaan kepada subjek sejarah dan menjadikan sejarah Malaysia sebagai panduan dan pedoman kepada rakyat agar mengekalkan perpaduan dan keharmonian kaum. Melalui penghayatan perpaduan dalam sejarah negara, diharap dapat melahirkan generasi muda yang akan bertindak sebagai warganegara yang matang lagi bertanggungjawab di masa akan datang.
🙇🏻♂️Perpaduan antara kaum merupakan faktor terpenting dalam mengekalkan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama. Semangat ziarah- menziarahi, saling tolong menolong dan semangat kejiranan juga merupakan budaya harian rakyat di Malaysia. Sekiranya kita berpecah belah atau bertikam lidah antara satu sama lain, negara yang aman dan harmoni ini akan menjadi mundur dan kucar- kacir serta pertikaian akan menyebabkan ketidakstabilan ekonomi yang menjejaskan pembangunan negara. Masyarakat Malaysia perlu menjadi penggerak utama dalam mengekalkan perpaduan antara kaum dalam usaha mencapai matlamat ke arah status negara maju dan memastikan kestabilan ekonomi negara terus stabil.
04/09/2022
👇👇Pepatah dibawah dapat dikaitkan dengan masyarakat yang bertamadun adalah masyarakat yang dapat mentadbir dan mengembangkan kehidupan. Keteguhan dan keutuhan masyarakat bergantung kepada beberapa elemen seperti elemen kestabilan politik, kemantapan ekonomi, kesejahteraan sosial dan perpaduan dikalangan masyarakat yang saling bantu- membantu dan berkasih- sayang antara satu sama lain. Ini dapat mewujudkan perpaduan sesuatu negara menuju ke arah manusia yang lebih bertamadun.
04/09/2022
"Rukun Negara bukan sekadar hiasan”. Ini dapat diungkapkan bahawa Rukun Negara menjadi tonggak perpaduan antara kaum dengan tujuan setiap rakyat di negara ini menyedari, menerima,dan memahami akan kepentingan serta hakikat bahawa kepelbagain kaum, agama, dan bangsa di negara ini adalah satu rahmat yang perlu dimanfaat bersama.
Tapi kini, Rukun Negara bagai disisihkan. Meskipun di sekolah telah menerapkan kepentingan Rukun Negara namun masih diabaikan. Tidak hairanlah sehingga ada yang terlupa akan kewujudan Rukun Negara dan falsafahnya. Kebelakangan ini kenyataan demi kenyataan dan keluhan berbau perkauman yang sensitif semakin berani dicetuskan, sama ada ahli politik mahupun rakyat biasa.
Jadikan tahun 2022 ini sebagai titik permulaan yang baharu bagi kita rakyat Malaysia untuk kembali memupuk dan menanamkan sifat akan cintakan tanah air yang tercinta ini. Penghayatan rukun negara dapat menyatupadukan rakyat Malaysia yang kaya dengan berbilang kaum, bangsa dan agama ini bersatu demi negara tercinta. Menghayati dan mendalami Rukun Negara dapat kita lihat dengan keharmonian yang kita rasai kini.
Banyak pepatah yang dapat kita jadikan sebagai panduan untuk kita rakyat Malaysia menjadi satu acuan yang cantik bagi membentuk manusia kearah yang lebih bertamadun.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Website
Address
Universiti Utara Malaysia (Kumpulan G)
Johor Bahru
80100