09/05/2026
Setiap insan dilahirkan dengan potensi yang luar biasa — termasuk anda!
Keterbatasan fizikal bukan penghalang untuk anda berjaya dalam kerjaya. Di PERKESO Johor, kami percaya bahawa setiap individu OKU layak mendapat peluang pekerjaan yang terbaik. Kami ada di sini, bersedia untuk membantu anda melangkah lebih jauh.
Jangan biar impian anda terhenti di sini — scan QR dalam poster ini dan biar kami uruskan selebihnya! 💪✨
04/05/2026
HASIL NEGERI MENINGKAT, JOHOR UMUM LEBIH RM170 JUTA PERLUAS BANTUAN UNTUK RAKYAT
– Kerajaan Negeri mengumumkan pelaksanaan 22 inisiatif Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa Keempat dengan nilai peruntukan sebanyak RM138 juta yang bakal memanfaatkan lebih 600,000 Bangsa Johor, sekali gus membuktikan bahawa peningkatan hasil negeri akan terus disalurkan kembali kepada rakyat.
Daripada jumlah berkenaan, sebahagian besar inisiatif yang dilaksanakan ini akan memberi tumpuan kepada usaha mengurangkan beban kos sara hidup, manakala selebihnya merangkumi sokongan kepada komuniti, institusi sosial serta penggerak ekonomi kecil di seluruh Johor.
Antara penerima terbesar ialah warga emas berusia 60 tahun ke atas yang menerima bantuan ‘one-off’ RM200 yang melibatkan 307,000 penerima dengan peruntukan sebanyak RM61.4 juta, diikuti suri rumah tidak bekerja seramai 136,000 penerima (RM27.2 juta) serta pasangan yang berkahwin kali pertama bagi tahun 2024 dan 2025 melibatkan 45,000 pasangan (RM18 juta).
Kerajaan Negeri juga turut mengumumkan bantuan secara ‘one-off’ sebanyak RM300 kepada penjaja dan peniaga kecil berdaftar serta berlesen melibatkan 30,000 penerima (RM9 juta), selain bantuan RM150 kepada murid OKU (RM3.4 juta) dan RM200 kepada anak yatim di bawah Jabatan Pendidikan Negeri Johor (RM2.4 juta).
Selain itu, bantuan turut melibatkan ketua isi rumah (KIR) miskin yang berdaftar dengan eKasih (RM1 juta), pemandu bas dan van sekolah (RM1 juta) serta 4,000 penerima bantuan am Kerajaan Negeri di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang menerima bantuan RM300 menerusi peruntukan sebanyak RM1.2 juta.
Kerajaan Negeri juga mengumumkan bantuan kepada jawatankuasa masjid dan surau melibatkan 30,000 penerima (RM6 juta); pegawai agama bertauliah tidak berelaun (RM1 juta) serta petugas keselamatan dan pembersihan hospital serta fasiliti Jabatan Agama Islam (RM400,000).
Sokongan turut diberikan kepada pengusaha rumah inap berdaftar (RM120,000); sukarelawan penggali kubur Islam (RM600,000) serta 922 persatuan belia berdaftar yang menerima RM5,000 setiap satu dengan jumlah peruntukan RM4.6 juta.
Turut diberikan bantuan ialah subsidi pentadbiran yang disalurkan kepada 39 persatuan sukan negeri (RM195,000); bantuan kepada jurulatih, atlet, pegawai dan urusetia SUKMA 2026 (RM211,000) serta insentif kepada atlet yang melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi awam atau swasta (IPTA/IPTS) sebanyak RM30,000.
Antara bantuan lain yang turut disediakan menerusi BKJ kali ini ialah bantuan anggota sukarelawan tetap RELA (RM165,000); Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (RM38,000); anggota pasukan bomba bantuan (RM26,000) serta setiausaha JPKK Negeri Johor dan Kampung Baru Cina (RM158,000) yang terus memainkan peranan penting dalam komuniti.
Terdahulu, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor menjawab soalan berkaitan kos sara hidup dan kesejahteraan rakyat pada Mesyuarat Pertama (Pembukaan Rasmi) bagi Penggal Persidangan Kelima Dewan Negeri Johor Ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, hari ini.
02/05/2026
📣 2 HARI LAGI!
Penataran Mata Pelajaran Tahun 1 dan Tingkatan 1 serta Program Pembentukan Karakter bagi Kurikulum Persekolahan 2027 bakal berlangsung tidak lama lagi!
📚 Program ini khusus kepada Jurulatih Utama seluruh negara sebagai persediaan memperkukuh pelaksanaan kurikulum baharu yang lebih holistik dan berimpak tinggi.
🔍 Tindakan anda:
Sila imbas kod QR atau klik pautan yang disediakan untuk mendapatkan jadual penataran serta senarai mata pelajaran mengikut zon.
⏳ Jangan lepaskan peluang untuk membuat persediaan rapi demi memastikan penyampaian yang berkesan kepada warga pendidik di seluruh negara.
Tahun Ini, Tahun Kita
“Guru Bitara, Nadi Negara”
01/05/2026
📣 3 HARI LAGI!
Penataran Mata Pelajaran Tahun 1 dan Tingkatan 1 serta Program Pembentukan Karakter bagi Kurikulum Persekolahan 2027 bakal berlangsung tidak lama lagi!
📚 Program ini khusus kepada Jurulatih Utama seluruh negara sebagai persediaan memperkukuh pelaksanaan kurikulum baharu yang lebih holistik dan berimpak tinggi.
🔍 Tindakan anda:
Sila imbas kod QR atau klik pautan yang disediakan untuk mendapatkan jadual penataran serta senarai mata pelajaran mengikut zon.
⏳ Jangan lepaskan peluang untuk membuat persediaan rapi demi memastikan penyampaian yang berkesan kepada warga pendidik di seluruh negara.
Tahun Ini, Tahun Kita
“Guru Bitara, Nadi Negara”