10/04/2024
SALAM LEBARAN 1445H
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Awal Syawal rai kemenangan,
Umat Islam saling berkunjungan,
Tahmid bertukar erti ketenangan,
Selamat menyambut Hari Lebaran.
Semoga kedamaian dan kebahagiaan selalu mengiringi hidup kita. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon Maaf Zahir & Batin ikhlas dari Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik METrO Johor Bahru.
12/03/2024
Assalammualaikum, Selamat Sejahtera dan Salam Malaysia Madani.
Berikut merupakan Organisasi Majlis Perwakilan Pelajar
(MPP) Politeknik METrO Johor Bahru Tahun 2024.
Merujuk perkara di atas, kami barisan Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik METrO Johor Bahru ingin memperkenalkan barisan 19 MPP PMJB bagi tahun 2024 yang baharu.
Semoga amanah serta kepercayaan yang telah diberikan ini akan kami galas demi kemaslahatan kepada seluruh mahasiswa Politeknik METrO Johor Bahru.
" Bangsa PMJB! Kepimpinan Wadah Kebersamaan " 💛
20/02/2024
Assalammualaikum, Selamat Sejahtera & Salam Malaysia Madani .
KENALI WAJAH CALON MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR POLITEKNIK METrO JOHOR BAHRU EDISI 2024 - [ CALON SEKTOR ]
📍Sama-samalah kita mengundi dan menyokong mereka sebagai pembakar semangat untuk mereka terus maju ke hadapan.
Selamat maju jaya diucapkan kepada calon-calon yang bertanding.
20/02/2024
Assalammualaikum, Selamat Sejahtera & Salam Malaysia Madani .
KENALI WAJAH CALON MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR POLITEKNIK METrO JOHOR BAHRU EDISI 2024 - [ CALON UMUM ]
📍Sama-samalah kita mengundi dan menyokong mereka sebagai pembakar semangat untuk mereka terus maju ke hadapan.
Selamat maju jaya diucapkan kepada calon-calon yang bertanding.
18/12/2023
[ 18 DISEMBER 2023 - 2 JANUARI 2024 ]
PEPERIKSAAN AKHIR SESI 1 2023/2024
Kami barisan kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik METrO Johor Bahru ingin mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir bagi Sesi I 2023/2024 kepada semua pelajar yang bermula dari 18 Disember 2023 sehingga 2 Januari 2024. Semoga semua pelajar dipermudahkan dalam menjawab peperiksaan ini. Sekian , terima kasih .
Tulus Ikhlas Daripada :
Majlis Perwakilan Pelajar
Politeknik METrO Johor Bahru
09/12/2023
[ 10 DEC 2023 - 14 DEC 2023 ]
[ AHAD - KHAMIS ]
Kami barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Politeknik METrO Johor Bahru mengadakan program e-Learning Mentor Mentee secara dalam talian di platform Microsoft Teams.
Semoga dengan usaha ini para pelajar PMJB dapat mengulang kaji pelajaran dengan lebih baik sebelum menduduki peperiksaan.