16/02/2026
Segala puji bagi Allah.
Buat pertama kalinya dalam pelajaran yang istimewa ini, riwayah dan dirayah dihimpunkan secara serentak dalam satu program yang diberkati ini.
Kebiasaan yang sering berlaku dalam kalangan kebanyakan pelajar ialah mereka menerima al-Quran sekadar bacaan semata-mata, dengan pembetulan sebutan dan lafaz tanpa huraian kaedah yang menyeluruh dan mendalam. Apabila mereka ingin mempelajari kaedah, mereka mempelajarinya secara berasingan dan bersifat teori, tanpa diaplikasikan secara menyeluruh ke atas keseluruhan mushaf.
Atas sebab itulah diwujudkan program yang komprehensif ini — yang menghimpunkan buat pertama kalinya:
• Syarahan lengkap terhadap Matn al-Jazariyyah, disokong dengan kitab, jadual sistematik serta ilustrasi berwarna yang memudahkan kefahaman.
• Perincian tentang segala perkara asas yang wajib diketahui dalam keenam-enam cabang utama ilmu qiraat (dirayah), dengan pendekatan khas yang disesuaikan mengikut tahap setiap pelajar secara individu.
• Pelaksanaan dan pengamalan penuh terhadap setiap kaedah yang dipelajari, diaplikasikan ke atas keseluruhan al-Quran sebanyak 30 juzuk (riwayah).
Dengan pendekatan ini, sanad yang diperoleh berada pada tahap tertinggi dari sudut kesahihan, keyakinan dan pengiktirafan di sisi para ulama, insya-Allah.
Pendaftaran akan ditutup pada malam pertama Ramadan.
Terima kasih kepada mereka yang telah mendaftar dan memilih jalan ahli ilmu yang sebenar — iaitu ahli al-Quran yang bukan sekadar membaca, tetapi ingin memahami bagaimana mereka membaca dan mengapa mereka membaca sedemikian rupa, bukan sekadar bacaan tanpa kefahaman.
17/08/2025
Sambutan Grand Maulid1447H/2025.
14/03/2025
INFAQ JUMAAT RAMADAN
Assalamualaikum....
Para jemaah,Tuan/Puan, Encik/Cik Muslimin dan Muslimat yg di muliakan, bersempena menyambut bulan Ramadan yg penuh barakah. Kami Ahli jawatankuasa Surau Al Nawawi Ingin mempelawa semua untuk berinfaq kepada program "IHYA RAMADAN" 1446H/2025. Kelebihan berinfaq disebut di dalam hadis nabi SAW.
Allah SWT memiliki dua malaikat yang berdoa pada setiap pagi salah satu daripadanya memohon: “Ya Allah berikanlah balasan orang yang berinfak.” Kemudian yang kedua p**a berdoa: “Ya Allah timpakan kehancuran bagi orang yang tidak mahu berinfak” (Hadis Riwayat Muslim)
Senarai AKTIVITI dalam program “IHYA RAMADHAN” yang memerlukan dana adalah seperti berikut:
- TADARUS
- KULIAH SUBUH
- SAGUHATI IMAM TARAWIH
- MINUM MALAM (MOREH)
- SAHUR QIAMULLAIL
- BAKUL KASIH RAMADHAN
Kepada yang berminat untuk infaq boleh berikan nama dan sumbangan seikhlas hati. Sekiranya terdapat lebihan dana daripada infaq tuan/puan, baki akan di gunakan utk pembelanjaan am Surau Al Nawawi.
No akaun Surau Al Nawawi :
07052010017828 (BIMB).
Mohon tulis reference: Sumbangan Ihya Ramadan (Whatsapp bendahari Tuan Zubir +60 12-410 0485)
10/08/2024
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jemputan menghadiri
KULIAH MAGHRIB BULANAN
ILMU TASAWWUF: PERINGKAT PEMULAAN
✨Kitab : Thimarul Jannah Fi Tarjamah Risalah Al Muawanah
✨Pengkuliah : Ustaz Zaihinoor
🗓️Tarikh: Sabtu, 10 Ogos 2024
⏰Masa : Selepas maghrib
Siaran langsung FB: PAGE Zillah Fathimiyyah
🔖Tempat : Surau Kampung Lembah,Batu Lintang,Sungai Petani Kedah.
Semua Dijemput Hadir ke Majlis Ilmu😊
06/06/2024
KETUA PARA MALAIKAT DATANG BERTEMU MANUSIA AGUNG
Daripada Sayyidina Umar bin Al-Khattab r.a. katanya: “Ketika kami berada bersama Rasulullah s.a.w pada suatu hari tiba-tiba muncul seorang lelaki yang sangat putih pakaiannya, sangat hitam rambutnya, tidak kelihatan padanya kesan perjalanan dan tidak ada seorangpun dari kalangan kami yang mengenalinya. Kemudian dia duduk di hadapan Nabi s.a.w lalu menyandarkan lututnya kepada lutut Nabi s.a.w. dan meletakkan dua tapak tangannya di atas dua pahanya seraya berkata: “Wahai Muhammad, ceritakan kepadaku tentang Islam”. Nabi s.a.w menjawab: “Islam itu adalah engkau bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan Muhammad pesuruh Allah, engkau mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan engkau mengerjakan haji di Baitillah jika engkau mampu pergi kepadanya”. Orang itu berkata: “Benar”. Maka kami hairan terhadapnya, dia yang bertanya dan dia p**a yang membenarkannya. Dia bertanya lagi: “Ceritakan kepadaku tentang iman”. Nabi s.a.w menjawab: “Iaitu engkau beriman dengan Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari kemudian dan engkau beriman dengan ketentuan baik dan buruk (dari Allah)”. Dia berkata: “Benar engkau”. Dia bertanya lagi: “Ceritakan kepadaku tentang ihsan”. Nabi s.a.w menjawab: “Engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihat-Nya, jika engkau tidak melihat-Nya maka sesungguhnya Dia melihat engkau”.
Jom beramal dgn hadis diatas belajar kitab AR Risalah Jami'ah
12/05/2024
Assalamualaikum...
Bismillahhirrahmanirrahim...
Alhamdulillah segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam,tuhan yang maha pengasih, yang mengajarkan Al Quran dan keterangan. Selawat dan salam keatas Rasulullah SAW pemberi rahmat seluruh alam, serta keluarga dan para sahabatnya.
Firman Allah yg bermaksud:
Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya.
Surah Yusuf Alaihi salam ayat 2.
Tanda cinta Nabi SAW ialah hadir ngaji dan beramal dengan ilmu...😁😍🥰
17/04/2024
Tlong share klu org ngaji kita dpt saham jugak😁
Assalamualaikum...
Bismillahhirrahmanirrahim
Alhamdulillah segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam,tuhan yang maha pengasih, yang mengajarkan Al Quran dan keterangan.
Firman Allah yang bermaksud bacalah Al Quran itu dengan tartil (Al Muzammil, ayat 4) Para ulama' mentafsirkan tartil itu bertajwid, iaitu elok pada bacaan dari segi makhraj, sifat huruf, dengung dan mad. Pandangan ini di ambil dari kata saidina Ali bin Abi Talib R.A.
Tanda cinta Nabi SAW ialah hadir ngaji dan beramal dengan ilmu...😁😍🥰
InsyaAllah kelas akan bermula pada 27/4/2024,bersamaan 18 Syawal 1445 H.