UNITI Lestari

UNITI Lestari

Share

UNITI Lestari adalah salah satu platform yang dibina untuk berkongsi bersama rakan-rakan Facebook mengenai kelestarian yang dijalankan di SK TAMAN UNIVERSITI 3

21/06/2024

TIPS MEMBINA RAISED BED (BATAS)
------------------------------------------------

Saya tertarik dengan soalan yang diajukan oleh rakan kebun yang mengatakan tanah kawasan rumahnya keras dan berbatu. Jangan risau, tuan puan masih boleh berkebun. Hanya dengan sedikit usaha, ia pasti akan berhasil.

Banyak teknik yang boleh digunakan seperti korek tanah sedia ada, tambahkan tanah lain, guna pasu, guna polybeg, guna kotak polisteren dan sebagainya. Namun, saya memilih untuk cadangkan adalah dengan membina raised bed. Bahasa mudahnya membina batas tanaman.

Berikut langkahnya :

1. Sediakan kotak batas
Boleh dari kayu pallet, kayu terpakai, kayu yg baru pun boleh, , batu bata, tayar lori, tayar kereta, tayar bas dan apa apa sahaja yang sesuai. Ketinggian yang sesuai adalah lebih kurang sejengkal setengah orang dewasa. Ketinggian ini sesuai untuk tanaman jagung, terung, cili dan sayuran hijau berdaun seperti kangkung, sawi, kailan.

2. Lapiskan lapisan bawah dengan kotak atau papan lapis, atau guni jut.

3. Lapiskan lapisan berikutnya dengan rumput atau daun kering.

4. Lapiskan lapisan berikutnya dengan daun agak basah.

5. Paling atas, lapiskan dengan tanah top soil + humus atau kompos.

6. Tanam tanaman pilihan tuan puan sebagaimana biasa.

Sekiranya tak cukup kelengkapan, ikut hingga langkah ketiga, terus tambah topsoil.

Selamat berkebun, selamat membina raised bed

Kredit: Enkay Nik Mustaffa

20/06/2024

🛢️ SUMBANGAN MINYAK MASAK TERPAKAI🛢️
*************************************************

🌱Kempen sumbangan minyak masak terpakai tetap berjalan seperti biasa.Hanya bawa ke sekolah kami akan uruskan minyak masak anda😃

🌱Mari menyumbang minyak masak terpakai anda kepada pihak sekolah 😘

🌱Jangan buang ke dalam longkang atau sinki.Eeww 🥲 tolonglah jaga alam sekitar kita bersama 🤩

🌱 Jom ibu ayah ajar anak - anak cara mudah untuk selamatkan alam sekitar 🌎

🌱 Minyak masak boleh di hantar ke sekolah bermula 8 pagi sehingga 5 petang setiap hari.






Photos from UNITI Lestari's post 01/04/2024

USAHASAMA SK TAMAN UNIVERSITI 3 DAN KHASIBA NURSERY
------------------------------------

Alhamdulillah pihak Khasiba Nursery berminat untuk membuat jaringan bersama dengan Sk Taman Universiti 3 dalam menguruskan sebahagian tanah di persekitaran kawasan sekolah untuk penanaman pokok kopi dan koko.

Insha Allah tidak lama lagi kebun KOPIKO Uniti akan menjadi realiti.Diantara sebab utama pemilihan pokok kopi dan koko adalah untuk memberi pengetahuan kepada para pelajar tentang bentuk pokok dan buahnya yang semakin jarang ditemui pada masa kini.

Malah cikgu - cikgu juga dapat menjadikan kebun ini sebagai sumber rujukan dalam setiap subjek yang diajar dari segi cara penanaman serta kegunaannya.Semua warga Uniti dijangka dapat manfaat daripadanya.






15/02/2024

Realiti yang berlaku sekarang.Kita boleh buat perubahan bermula dari rumah.Tanamkan kesedaran kepada generasi muda betapa pentingnya menjaga kebersihan dan mengamalkan kitar semula.




09/02/2024

Logo baharu Uniti Lestari Squad :)

06/02/2024

Good morning dari Taman Limausturi:)

05/02/2024

CARA BUNUH NYAMUK (BUATAN SENDIRI)
Bahan-bahan :
• 200 ml air
• 50 gram gula merah
• 1 gram ragi
• botol plastik saiz besar
Langkah-langkah:
1. Potong botol plastik ditengah-tengah. Simpan bahagian atas/mulut botol.
2. Campur gula merah dengan air panas. Biarkan hingga sejuk kemudian tuangkan ke dalam potongan bawah botol.
3. Masukkan ragi. Tidak perlu dikacau. Tujuannya untuk menghasilkan karbon-dioksida.
4. Masukkan potongan botol bagian atas sebelum ini dengan posisi terbalik seperti corong.
5. Lilit keliling botol dengan tape hitam atau kain, bukan di bahagian atas botol dan letakkan di bahagian sudut rumah.
Dalam dua minggu, anda akan melihat sejumlah besar nyamuk yang mati di dalam botol.
Selamat mencuba.

Photos from Unit Bimbingan dan Kaunseling UniTi's post 05/02/2024
05/02/2024

Bilik Kuru-kuru SK Taman Universiti 3

Untuk mereka yg ingin menyumbang pakaian sekolah terpakai (uniform sekolah, kasut, tudung sekolah, tshirt krmj, baju unit beruniform, beg sekolah) untuk disedekahkan kepada murid-murid UniTi yg kurang berkemampuan, boleh hantar sumbangan anda terus ke pondok pengawal keselamatan sekolah.

Siapa tahu, sumbangan anda dapat meringankan beban ibu bapa di luar sana untuk persediaan sekolah bulan Mac nanti ☺️

05/02/2024

Terima kasih kepada penyumbang pakaian sekolah terpakai. Bilik Kuru-kuru kini mempunyai beberapa pilihan beg sekolah yg boleh digunakan oleh murid-murid yg kurang berkemampuan untuk sesi baru persekolahan nanti.

Sekiranya ada yg berminat untuk menyumbang pakaian atau rak pakaian (tak nak duit), boleh hantar sumbangan anda ke pondok pengawal keselamatan UniTi. Pastikan pakaian terpakai dalam keadaan berikut:
🌸 bersih dan bebas kotoran
🌸 tidak lusuh (warna tidak pudar, kainnya masih elok)
🌸 tidak koyak
🌸 getah kain/seluar tidak loose

Terima kasih ☺️

Want your school to be the top-listed School/college in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


SK TAMAN UNIVERSITI 3 TAMAN UNIVERSITI
Johor Bahru
81300