Maahad Tahfiz Ar-Rahmah Johor

Maahad Tahfiz Ar-Rahmah Johor

Share

Pendidikan Tahfiz

01/08/2024

Membahagiakan orang lain

Adakah anda susah hati?

Anda rasa sedih, serabut, keluh kesah dan seumpamanya?

Sesungguhnya penawar semua itu amat-amat senang dan dijamin berkesan. Betapa tidak? Ia merupakan penawar yang disediakan oleh Yang Maha Agung, Pemilik hati dan perasaan sekelian hambaNya.

Baca dan renung dengan jiwa yang tenang Hadis-hadis berikut:

1. Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Sesungguhnya antara amalan yang paling disukai Allah ialah memasukkan kegembiraan ke dalam hati mukmin, iaitu melepaskan dia dari kesedihan, atau menyelesaikan hutang yang ditanggunginya, atau memberinya makan ketika dia kelaparan.” (Al-Baihaqi)

2. “Sesungguhnya amalan yang paling disukai Allah selepas amalan-amalan yang fardhu ialah menggembirakan seorang muslim, engkau berikan pakaian untuk menutup auratnya, atau engkau mengenyangkannya ketika dia kelaparan, atau engkau tunaikan hajatnya.” At-Tabrani.

3. Daripada Aisyah r.a. “Sesiapa yang memasukkan kegembiraan ke dalam keluarga orang Islam, Allah tidak redha balasan untuknya kecuali syurga.” At-Tabrani

Masya-Allah! Subhanallah!

Membahagiakan mukmin atau muslim, Allah tidak redha balasan untuknya kecuali syurga. Siapa yang tidak bahagia apabila mengetahui dia akan mendapat balasan syurga?

Ayuh wahai ibu dan ayah! Bahagian anak-anakmu dengan kasih sayangmu yang tiada sempadan.

Ayuh wahai anak-anak! Bahagiakan ibu bapamu dengan bakti dan ihsan sedaya mampumu, sama ada ibu bapamu masih hidup atau telah berangkat ke alam abadi.

Ayuh wahai suami! Bahagiakan isterimu dengan belaian mesra dan kata-kata yang indah lagi memberangsangkan.

Ayuh wahai isteri! Bahagiakan suamimu dengan wajah yang ceria dan layanan ikhlas semestinya.

Wahai muslimin dan muslimat! Bahagiakan saudara-saudaramu dengan sentiasa menghulurkan sedekah yang paling mudah, murah, tetapi sangat besar nilainya ketika berjumpa: sekuntum senyuman yang manis, terbit dari tangkai hati yang ikhlas, mengharap redha Ilahi.

01/08/2024

1 Ogos 2024
Untuk berjariah tidak memerlukan paksaan, sekadar kemampuan. Moga-moga jariah yang diberikan memberi pulangan pahala yang berpanjangan kepada pemberi jariah.
Hari ini ada hamba Allah hadiahkan Kain Serban untuk setiap pelajar.
Semoga pahala jariah yang diberikan berkekalan dan menjadi asbab syafaat kita di akhirat kelak.

Tajaan Program Dan Aktiviti Maahad Tahfiz Ar Rahmah Negeri Johor 2024 - Yayasan Darur Rahmah (Maahad Tahfiz Ar Rahmah) Negeri Johor - HerePay 25/07/2024

Assalamualaikum wbt.

kepada:

Para dermawan yang budiman

Tuan/Puan,

Tajaan Aktiviti/Program Di Maahad Tahfiz Ar Rahmah 2024

Perkara diatas adalah dirujuk, untuk makluman tuan/puan yang budiman, pihak Maahad sedang menuju kearah kecemerlangan dari sudut pembelajaran dan pengajaran serta perisian aktiviti-aktiviti di Maahad.

Sehubungan dengan itu, pihak kami juga mengajak kepada semua para dermawan untuk berkongsi rezeki kepada para pelajar disini dengan menyalurkan infak jariah serta tajaan agar dapat dimanfaatkan bagi melestarikan program-program di maahad.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada para dermawan yang berkongsi rezeki, semoga Allah SWT memberkati dan merahmati tuan/puan atas sumbangan yang diberikan.

“Apabila anak cucu Adam itu mati, maka terputuslah semua amalnya, kecuali tiga perkara iaitu: sedekah jariah, anak yang soleh yang memohonkan ampunan untuknya (ibu dan bapanya) dan ilmu yang berguna setelahnya” – Hadis Riwayat al-Muslim.

sekian terima kasih.

Untuk makluman lanjut boleh berhubung:

No tel : +6010-7044835 ( MUDIR )

FB : Maahad Tahfiz Ar-Rahmah Johor

Tajaan Program Dan Aktiviti Maahad Tahfiz Ar Rahmah Negeri Johor 2024 - Yayasan Darur Rahmah (Maahad Tahfiz Ar Rahmah) Negeri Johor - HerePay Pihak Maahad membuka tajaan dari para dermawan untuk sama-sama membantu melestarikan program-program yang akan diadakan di Maahad bagi Sesi 2024

02/07/2024
28/05/2024

28 Mei 2024

Alhamdulillah secara rasminya. Maahad Tahfiz Ar Rahmah Negeri Johor telah mendapat SIJIL PERAKUAN PENDAFTARAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA NEGERI JOHOR.

Peringkat awal pihak Jabatan akan berikan tempoh 1 tahun dan berikutnya adalah 5 tahun operasi.

Terima kasih juga kepada pihak berkuasa, Pejabat Agama Negeri, PPID Johor Bahru, PIhak Bomba, Pejabat Kesihatan, PBT, JKR, ketua Kampung dansemua yang terlibat menyokong dan membantu Maahad Tahfiz Ar-Rahmah Johor

16/05/2024

16 Mei 2024

Kami warga Maahad Tahfiz Ar-Rahmah Johor mengucapkan "SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA YANG BERGELAR PENDIDIK"

Tajaan Program Dan Aktiviti Maahad Tahfiz Ar Rahmah Negeri Johor 2024 - Yayasan Darur Rahmah (Maahad Tahfiz Ar Rahmah) Negeri Johor - HerePay 16/05/2024

Assalamualaikum semua.
program-program yang akan diadakan di Maahad Tahfiz Ar-Rahmah Johor

1. Simulasi Ibadah Haji ( 26 Mei 2024 )
2. Majlis Hari Guru 2024 ( 1 Jun 2024 )
3. Program Korban 2024 ( 18 Jun 2024 )
4. Program Zero To Hero ( 7 Julai 2024 )
5. Kursus Berbekam Sunnah ( 14 Jun 2024 )

kami membuka kepada semua masyarakat untuk menyumbang kepada aktiviti diatas dengan klik link wasap dibawah untuk keterangan lanjut dan

boleh terus berhubung dengan Mudir Maahad Tahfiz Ar Rahmah
http://www.wasap.my/+60107044835/TajaanProgram

Atau boleh ke akaun Maahad iaitu:
Bank Islam
Yayasan Darur Rahmah Negeri Johor
01014010072676

Atau klik Link dibawah untuk rujukan
https://app.herepay.org/yayasan-darur-rahmah/pf_0006

Sebarang transaksi boleh diberikan kepada no telefon diatas.

Terima kasih atas tajaan yang di salurkan kepada kami.

Kami mendoakan agar para penyumbang di kurnaiakan kesihatan serta rezeki yang melimpah ruah.

Tajaan Program Dan Aktiviti Maahad Tahfiz Ar Rahmah Negeri Johor 2024 - Yayasan Darur Rahmah (Maahad Tahfiz Ar Rahmah) Negeri Johor - HerePay Pihak Maahad membuka tajaan dari para dermawan untuk sama-sama membantu melestarikan program-program yang akan diadakan di Maahad bagi Sesi 2024

Tajaan Program Dan Aktiviti Maahad Tahfiz Ar Rahmah 2024 - Yayasan Darur Rahmah (Maahad Tahfiz Ar Rahmah) Negeri Johor - HerePay 15/05/2024

assalamualaikum semua.

program-program yang akan diadakan di Maahad Tahfiz Ar Maahad Tahfiz Ar-Rahmah Johor

1. Simulasi Ibadah Haji ( 26 Mei 2024 )
2. Majlis Hari Guru 2024 ( 1 Jun 2024 )
3. Program Korban 2024 ( 18 Jun 2024 )
4. Program Zero To Hero ( 7 Julai 2024 )
5. Kursus Berbekam Sunnah ( 14 Jun 2024 )

kami membuka kepada semua masyarakat untuk menyumbang kepada aktiviti diatas dengan klik link dibawah.

https://app.herepay.org/yayasan-darur-rahmah/pf_0002

terima kasih atas tajaan yang di salurkan kepada kami.

kami mendoakan agar para penyumbang di kurnaiakan kesihatan serta rezeki yang melimpah ruah.

Tajaan Program Dan Aktiviti Maahad Tahfiz Ar Rahmah 2024 - Yayasan Darur Rahmah (Maahad Tahfiz Ar Rahmah) Negeri Johor - HerePay Pihak Maahad membuka tajaan dari para dermawan untuk sama-sama membantu melestarikan program-program yang akan diadakan di Maahad bagi Sesi 2024

Want your school to be the top-listed School/college in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Lot1517 Jalan Abd Samad
Johor Bahru
80100