Sejak saya tahu Nabi hanya baca Bismillah waktu makan maka saya tetap baca bismillah dan baca doa makan macam ulamak ajar minta selamat dari api neraka kerana Nabi sendiri pesan banyakkan minta keselamatan dari azab api neraka… dan Nabi pesan ulamak adalah pewaris Nabi.
Sejak saya tahu Nabi tak buat selawat antara tarawih maka saya tetap berselawat macam ulamak ajar kerana Nabi sendiri doa celaka pada orang yang tidak berselawat waktu namanya disebut, dan Nabi pesan ulamak adalah pewaris Nabi.
Sejak saya tahu Nabi tak buat bidaah Hasanah maka saya tetap buat bidaah Hasanah macam ulamak ajar kerana Nabi sendiri pesan siapa buat ikutan amalan yang baik akan dapat pahala berterusan dan Nabi pesan ulamak adalah pewaris Nabi.
Maka bab bidaah Hasanah ni tak payahlah gaduh, Jangan pernah larang orang buat baik selagi tak bertentangan dengan nas dan akidah, tapi jika bidaah dolalah, bidaah sesat, seperti menari tik tok sebelum makan, memang abang keretamayat kecam,
Woha!
Credit:hamka(kereta mayat)
Akademi AlQuran Online Muallema
KELAS COACHING ONLINE ALQURAN ONE TO ONE DI SEDIAKAN KHUSUS UTK PENUNTUT ILMUYANG INGIN BELAJAR DIMA
Sebuah hati tanpa Alquran ibarat kapal tanpa kompas
05/04/2022
Amalkan jom
06/03/2022
3 RUKUN PELAJAR PONDOK
Tuan Guru Haji Suhaimi sering mengulang-ngulang tiga rukun ini kepada kami sebagai asas dalam meneruskan perjalanan kami disini. Tiga rukun tersebut ialah;
1. ADAB
Cita-cita membina peradaban yang gemilang hendaklah bermula dengan ilmu. Namun begitu, pintu masuk kepada ilmu adalah adab. Bahkan peradaban itu sendiri datang dari perkataan adab.
Islam bangun dengan perutusan seorang Rasul yang memuliakan umatnya dengan sekalian adab. Sabda Nabi SalLahu Alaihi Wasalam,
إنما بعثتُ لأتمم مكارم الأخلاق
Ertinya: Sesungguhnya telah diutuskan aku oleh Allah kerana menyempurnakan keelokan akhlak.
Ratib yang kerap diulang zikirkan oleh pendiri-pendiri pondok adalah perihal adab. Adab adalah elemen utama dalam pembentukan kerohanian seseorang murid dan santri.
Orang yang biadap selalunya tidak sampai kepada tujuan utama ilmu iaitu MakrifatulLah. Mereka akan tersekat ditengah-tengah perjalanan mereka. Sama ada mereka tersekat dengan menjadi orang yang futur ataupun orang yang sesat.
Ada pepatah arab berbunyi,
من ليس له ادبٌ فهو ضبٌّ
Ertinya: Barangsiapa yang tiada baginya adab, maka adalah ia dhabb (biawak pasir).
2. KHIDMAT
Dalam kitab حقائق عن التصوف ada menukilkan sebuah pepatah yang baik untuk direnungi.
من خَدم خُدم
Ertinya: Barangsiapa yang berkhidmat nescaya dia dikhidmati.
Pepatah ini sesuai maknanya dengan sabda Nabi SalLahu Alaihi Wasalam,
من لا يَرحم لا يُرحم
Ertinya: Barangsiapa yang tidak menyayangi tidak akan disayangi.
Keperibadian seorang santri terbentuk melalui khidmat. Sama ada khidmat pada urusan-urusan guru atau khidmat pada urusan-urusan pondok. Dari khidmatlah, para santri akan mencontohi adab, mempraktiskan adab.
Bahkan elemen ini juga banyak diterapkan dalam rumah orang-orang Melayu terdahulu. Anak-anak kecil dilatih untuk memberi khidmat kepada ibu ayah, menyediakan makanan, membasuh pinggan mangkuk dan sebagainya.
Khidmat melatih seorang talib menjadi manusia yang rendah diri, jauh dari penyakit al-Kibr dan membina keperibadian yang mulia dengan akhlak-akhlak yang mulia. Mana mungkin seorang yang meletakkan dirinya serendah-rendah tempat ketika belajar boleh menjadi orang yang mendongak sombong setelah habis belajar.
3. BELAJAR
Sekalipun belajar adalah unsur terpenting bagi pelajar pondok, namun tertibnya disusun pada susunan yang terkemudian berbanding adab dan khidmat. Seumpama pepatah,
الأدب فوق العلم
Tujuan memondok adalah belajar, bagi menghasilkan ilmu dan kefahaman. Pada adatnya hal itu mestilah diusahakan. Ia perlu kepada penumpuan, perbincangan, hafalan dan ujian.
Pesan Tuan Guru Haji Suhaimi, ilmu itu hidup dengan muzakarah. Dan pesan Syeikh Abu Usamah Hanafiah al-Bandani, zakat ilmu adalah mengajar.
Ringkasan daripada apa yang dinyatakan oleh Sahibul Taalim Mutaallim, al-Imam Zurnuji, mencadangkan supaya seorang talib yang hendak menghafal bacaannya hendaklah:
- Menyedikitkan Kadar Hafalan (تقليل المقدار)
- Memperbanyakkan Ulangan (تكثير التكرار)
- Berkekalan Menghafal & Mengulang (المداومة والإستمرار)
Ilmu adalah cahaya dari Allah. Maka perbaharuilah taubat supaya hati bersih daripada segala kekotoran maksiat dan biadab kerana sesekali cahaya itu tidak akan masuk pada hati orang-orang yang bermaksiat bahkan pada hati orang-orang yang tidak beradab.
Umpama kata Imam Waki’ kepada Imam Syafie,
شَكَوتُ إِلى وَكيعٍ سوءَ حِفظي #
فَأَرشَدَني إِلى تَركِ المَعاصي #
وَأَخبَرَني بِأَنَّ العِلمَ نورٌ #
وَنورُ اللَهِ لا يُهدى لِعاصي #
Ertinya: Aku mengadu kepada Imam Waki’ akan buruknya hafazanku. # Maka ditunjukkan olehnya padaku dalam meninggalkan maksiat. #
Dan dikhabarkan padaku dengan bahawa sesungguhnya ilmu itu adalah cahaya. # Dan cahaya Allah tidak dikurniakan pada orang yang bermaksiat. #
Wallahu Taala A’lam.
Manazil Siddiqin, Batu 5, Dungun.
10/11/2021
Bismillah
PENGAMBILAN BARU
Kelas mengaji ONLINE AlQran & Iqra (Dewasa & kanak2) kini dibuka !!!
Free register hingga akhir tahun ini !!
Jom whatsapp 0189148322 sekarang !
Bukan ngaji tak reti tajwid je dikatakan haram dan berdosa.
Kalau ngaji tak paham maksud - sia2.
Kalau ngaji tak ikut maksudnya - munafik
Kalau ngaji perangai lahanat- syirik
Dah lali dah dengar segala hukum hakam bab2 mengaji ni.
Dulu aku bodoh tajwid. Bukan tak pernah belajar. Last belajar dan khatam masa sekolah rendah.
Bila dah jadi mak2, rasa keinginan tinggi nak belajar tajwid.
Kerana apa?
Kerana akulah SIPENDOSA tu, s**a2 je baca Al Quran tapi tak rujuk tajwid!
Ada aku kisah?
Tak!
Aku tak kisah!
Sebab aku baca sebab aku s**a.
Ye.
Aku s**a.
Benda bila dah s**a lama2 dia akan dalami juga.
Contohnya.
Dulu aku s**a makeup. Aku s**a tapi tak pandai. Last2 aku amik kelas. Dan aku dalami ilmu make up.
Sama juga dengan Al Quran.
Lama2, benda baik macam ni akan tarik kau juga ke arah kebaikan.
Sama macam solat
Solatlah meskipun kau kaki maksiat
Tetapi mengaji dengan asas tajwid yang kukuh...... sangat2 best.
Pada usia aku 37 tahun, baru aku belajar tajwid balik. Masa tu dah rasa tinggi keinginannya. Aku minta suami aku bayarkan kelas mengaji aku. Elok beberapa bulan Allah jemput aku buat umrah. Allah.... Masa tu aku dah belajar basic tajwid. Makhraj masih kelongkang. Tapi Ustazah kata dah banyak improve. Ko bayangkan aku kena start dari Iqra'!. Tapi hasilnya. Masa kat Masjidilharam dan Masjid Nabawi, seronoknya mengaji dengan yakin.
So bagi yang teragak2, belajar je. Kau akan tau nikmatnya. Aku pun masih bodoh. Masih "berharam" setiap kali mengaji. Katanya.
Tapi aku nak ajak korang.
BODOH PIANG MACAM MANA SEKALIPUN. MENGAJILAH!
Dan ingat satu benda.
Masa Jibrail suruh Rasulullah yang buta huruf untuk baca wahyu pertama, Jibrail siap PELUK Rasulullah s.a.w.
Bukan membentak, menggertak dan menghukum!
Berdakwah cara Rasulullah.
Indah !
Membaca AlQuran dengan sebutan huruf yang salah,Panjang pendek asal boleh,Dengung entah kemana merupakan kesalahan besar dan BERDOSA😭
14/02/2021
Bismillah ..Sila share untuk manfaat semua
12/02/2021
Salam 1 rejab ❤️
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Website
Address
No1, Jalan Api-api 16 Taman Megahria
Johor Bahru
81750
Opening Hours
| Monday | 10:00 - 21:00 |
| Tuesday | 10:00 - 21:00 |
| Wednesday | 10:00 - 21:00 |
| Thursday | 10:00 - 21:00 |
| Friday | 10:00 - 21:00 |
| Sunday | 10:00 - 21:00 |