Ustaz Abu Yusuf Al-Asy'ari
~ Hamba yang faqir dan sentiasa berhajat kepada Allah ~
19/04/2026
🌍 DUNIA INI DARUL MUSIBAH… JANGAN BERSEDIH 🌙
Dunia ini bukan tempat rehat…
Dunia ini darul musibah — tempat ujian, tempat luka, tempat air mata.
Kalau hari ini kau diuji…
Kalau hati kau terasa berat…
Kalau hidup tak seperti yang diharapkan….🥺
👉 Itu bukan tanda Allah tidak kasih kepada kau.
👉 Itu tanda Allah nak memberikan sesuatu yang lebih besar kepada kau.
Jangan bersedih dengan dunia yang memang dicipta untuk menguji.
Ingat…
✔️ Dunia bukan sebaik-baik tempat ganjaran
✔️ Dunia bukan tempat sempurna
✔️ Dunia bukan tempat bergantung harap
Jangan berhajat kepada makhluk…
Kerana makhluk itu sendiri lemah, berubah, dan terbatas.
Hari ini dia ada…
Esok dia mungkin tiada.
Hari ini dia membantu…
Esok dia mungkin mengecewakan.
💔 Kalau kau sandarkan hati pada manusia — kau akan sering kecewa.
❤️ Tapi kalau kau sandarkan hati dan bertawakal sepenuhnya pada Allah — kau akan sentiasa kuat.
Berharaplah hanya kepada Allah.
Kerana hanya Dia:
- Yang Maha Melihat
- Yang Maha Mendengar
- Yang Mengetahui segala sesuatu perihal hambaNya.
🌿 Bila diuji… katakan dalam hati:
"Ya Allah, dunia ini memang tempat ujian… tapi aku bergantung harap dan bergantung sepenuhnya kepada Engkau."
✨ Jangan bersedih kerana dunia tidak sempurna…
Kerana syurga itulah tempat sebenar kebahagiaan.
Fokus kita bukan dunia… tapi akhirat.
—
📌 Tenangkan hati, kuatkan iman…
📌 Kurangkan bergantung pada manusia, tingkatkan hubungan dengan Allah…
Ilmu yang paling ulung adalah ilmu agama. Dan yang fardhu ain: akidah, fiqh dan tasawwuf. Wajib khatamkan mengikut kadar ditetapkan ulama, sebelum kita mati.
23/12/2024
🌸 Husnul Khotimah: Akhir Kehidupan yang Baik 🌸
Dalam hidup ini, setiap insan pasti mendambakan penghujung yang baik, iaitu husnul khotimah. Namun, ia bukan sekadar impian yang diucap, tetapi suatu perjalanan yang memerlukan usaha, istiqamah, dan keikhlasan hati.
Allah سبحانه وتعالى berfirman:
يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوا اتَّقُوا اللّٰهَ حَقَّ تُقٰتِهٖ وَلَا تَمُوْتُنَّ اِلَّا وَاَنْتُمْ مُّسْلِمُوْنَ ١٠٢
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa, dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan Islam." (Surah Ali-Imran, 3:102)
Bagaimana kita boleh berusaha ke arah husnul khotimah?
1️⃣ Perbanyakkan taubat – Tiada insan yang sempurna, namun pintu taubat Allah sentiasa terbuka. Jangan bertangguh untuk memohon keampunan.
2️⃣ Sentiasa menjaga solat Fardhu – Solat adalah tiang agama. Jangan pernah tinggalkan, kerana ia bukti cinta dan ketaatan kita kepada Allah.
3️⃣ Amalkan zikrullah – Lidah yang sentiasa basah dengan zikir mendekatkan hati kepada Allah dan menjauhkan diri dari maksiat.
4️⃣ Berbuat baik kepada manusia – Jaga hubungan dengan keluarga, sahabat, dan masyarakat. Sesungguhnya, akhlak mulia memberi keberkatan dalam kehidupan.
5️⃣ Belajar ilmu agama, terutamanya ilmu fardhu ain – Menuntut ilmu adalah kewajipan setiap Muslim. Ilmu fardhu ain seperti ilmu tentang solat, puasa, zakat, dan akidah ahlussunnah wal jama^ah memastikan kita memahami asas-asas agama dan mampu melaksanakannya dengan betul. Dengan ilmu, amalan kita menjadi lebih sempurna dan diredhai Allah.
6️⃣ Berdoa untuk husnul khotimah – Sentiasa panjatkan doa agar Allah memberikan penghujung kehidupan yang baik, penuh redha-Nya.
Kehidupan di dunia ini hanyalah persinggahan. Apa yang kita kumpulkan hari ini adalah bekalan untuk perjalanan yang panjang di akhirat kelak. Semoga kita semua diberi kekuatan untuk istiqamah dalam amal soleh dan dikurniakan husnul khotimah ketika bertemu-Nya.
"Ya Allah, matikanlah kami dalam husnul khotimah dan jauhkanlah kami daripada su'ul khotimah. Ampunkan dosa-dosa kami dan terimalah amal ibadah kami."
علم اهل السنة مفتاح الجنة❤️
نوم على العلم خير من صلاة على الجهل🤲
🌿
🌿
🌿
🌿
13/12/2024
⏳ PENGURUSAN MASA: KUNCI KEJAYAAN MUSLIM BERJAYA ⏳
Masa adalah salah satu nikmat Allah yang paling berharga, tetapi sering diabaikan.
Sebagai seorang Muslim, pengurusan masa bukan sahaja penting untuk dunia, tetapi juga untuk kejayaan di akhirat.
Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:
"Dua nikmat yang sering dilupakan manusia: kesihatan dan masa lapang." (Riwayat Bukhari)
💡 Mengapa Pengurusan Masa Penting?
1️⃣ Menjaga Ibadah dan Hubungan dengan Allah
Solat lima waktu adalah bukti jelas kepentingan pengurusan masa. Solat yang dilakukan tepat pada waktunya menunjukkan disiplin seorang Muslim.
Dengan pengurusan masa yang baik, kita dapat memperbanyakkan ibadah seperti membaca Al-Quran, berdoa, dan berzikir.
2️⃣ Mencapai Matlamat Dunia dan Akhirat
Muslim yang berjaya ialah mereka yang seimbang dalam urusan dunia dan akhirat. Masa yang diurus dengan baik memberi ruang untuk bekerja, menuntut ilmu, dan melakukan kebaikan.
3️⃣ Elakkan Kerugian
Allah berfirman dalam surah Al-Asr, bahawa manusia dalam kerugian kecuali mereka yang menggunakan masa untuk beriman, beramal soleh, dan saling menasihati dengan kebenaran dan kesabaran.
4️⃣ Mengelakkan Penyesalan
Masa yang disia-siakan adalah sesuatu yang tidak dapat dikembalikan. Dengan pengurusan masa yang baik, kita dapat memaksimakan potensi hidup tanpa penyesalan.
🌟 Tips Pengurusan Masa bagi Seorang Muslim:
✅ Tetapkan Prioriti – Dahulukan ibadah, kemudian kerja, keluarga, dan lain-lain.
✅ Gunakan Masa dengan Bijak – Elakkan perkara yang melalaikan seperti media sosial berlebihan.
✅ Rancang Harian Anda – Buat jadual harian yang merangkumi waktu solat, kerja, rehat, dan ibadah tambahan.
✅ Disiplin dengan Waktu – Ikuti jadual yang telah dirancang dengan komitmen tinggi.
🌌 Renungan:
Kejayaan seorang Muslim bukan diukur dengan kekayaan atau pangkat semata-mata, tetapi bagaimana mereka memanfaatkan masa untuk mendekatkan diri kepada Allah, memberi manfaat kepada orang lain, dan menjadi insan yang terbaik.
Mari kita hargai masa dan jadikan ia kunci kejayaan di dunia dan akhirat.
11/08/2024
قال الله تعالى: يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوا اتَّقُوا اللّٰهَ وَلْتَنْظُرْ نَفْسٌ مَّا قَدَّمَتْ لِغَدٍۚ
Firmah Allah Ta^ala: "Wahai orang-orang yang
beriman, bertakwalah kamu kepada Allāh dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang diperbuatnya untuk hari akhirat"..🤲
01/03/2024
Saidina Ali (semoga Allah meredhainya) menjelaskan:
” Akan kembali satu kaum dari umat ini ketika hampir hari kiamat kelak mereka menjadi kafir, lantas seseorang lelaki bertanya: ‘
Wahai amirul mu’minin! Kekufuran mereka itu disebabkan apa? kerana mengada-adakan sesuatu dalam urusan agama atau mengingkari sesuatu dalam agama?’
Saidina Ali menjawab: Kekufuran mereka kerana mengingkari sesuatu dalam agama iaitu mereka mengingkari Pencipta mereka dengan menyifatkan Pencipta itu berjisim dan beranggota”.
Diriwayatkan oleh Ibnu Al-Mu’allim Al-Qurasyi dalam kitabnya berjudul Najmul Muhtady Wa Rojmul Mu’tady.
22/01/2024
*Tajuk: Dosa-Dosa Tangan*
💫💫💫📌9:00pm💫💫💫
📚🖋️➖➖➖➖➖➖➖➖🌾
*_TALAQQI ONLINE_ : KITAB MUKHTASAR SULLAM ATTAWFIQ*
🌾➖➖➖➖➖➖➖➖📚🖋️
*قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : "من يرد الله به خيرا يفقهه في الدين"*
Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda mafhumnya : " Barangsiapa yang Allah kehendak baginya kebaikan, dia akan diberi kefahaman dalam agama".
📿 *Pengajian online diteruskan lagi dengan pembacaan kitab fardhu ain yang sangat bermanfaat untuk dipelajari samaada bagi yang belum menghabiskan fardhu ain ataupun yang mahu memantapkan lagi ilmu fardhu ain. Semua muslimin & muslimat dijemput hadir*
▫️ *HARI :* Setiap Isnin
▫️ *MASA :* 9.00 malam
▫️ *PENYAMPAI:* Syeikh Dr. Omar Kalash
▫️ *PLATFORM :* Google Meet
http://meet.google.com/eov-ibqh-amo
*Ikuti Syeikh Dr. Omar Kalash di media sosial :*
🔎 Facebook : https://www.facebook.com/Dr-Sheikh-Omar-Kalash-Al-Husainyy-100301364948623/
🔔 Telegram : https://t.me/Drumarkalash/1127
🎶 Tiktok : https://vt.tiktok.com/ZSdnuFv9V/
Sebarkan ❤️
21/01/2024
8 DALIL ALLAH ADA TANPA BERTEMPAT (jom hafal dan sebarkan للَّـه تعالى )
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته..
Selamat pagi semua saudara saudaraku sekalian.. ❤️🩹
Disini ingin al faqir kongsikan 8 dalil atas kewujudan Allah tanpa bertempat, yang mana menjadi keyakinan dan pegangan umat Islam Ahlussunnah Waljamaah, Manhaj Asyairah dan Al Maturidiah.. 💗
الله موجود بلا مكان
1.) Dalil al-Quran
قال الله تعالى: ليس كمثله شيء
(سورة الشورى، ١١)
Mafhumnya: Tiada sesuatupun yg menyamai @ menyerupai Allah dari apa jua sudut sekalipun.
Rujukan - Surah asy-Shura : 11
2.) Dalil hadith
قال رسول الله: كان الله ولم يكن شيء غيره
(رواه البخاري والبيهقي وابن الجارود)
Mafhumnya: Allah Taala telah wujud pada azali dan tiada sesuatupun yg wujud selain Allah pada azaliy (Diriwayatkan oleh al-Bukhari, al-Bayhaqi dan Ibn al-Jarud).
3.) Dalil ijmak para ulama ahlul sunnah wal jamaah
وأجمعوا على أنه لا يحويه مكان ولا يجري عليه زمان
(رواه أبو منصور البغدادي في الفرق بين الفرق)
Mafhumnya: Telah bersepakat para ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah bahawa sesungguhnya Allah tidak diliputi oleh tempat dan juga tidak berlalu ke atasNya masa
* (Dinukilkan oleh Abu Mansur Al-Baghdadi dlm kitabnya Al-Farqu baina Al-Firaq).
4.) Dalil aqal
كما صح في العقل وجود الله قبل خلق الأماكن والجهات بلا مكان ولا جهة وكذلك صح في العقل وجود الله بلا مكان ولا جهة بعد خلق الأماكن والجهات لأنه لا يتغير.
Sebagaimana sah pada akal kewujudan Allah sebelum penciptaan tempat-tempat dan arah-arah tanpa Bertempat dan tanpa Berarah,
Begitu juga sah pada akal kewujudan Allah selepas penciptaan tempat-tempat dan arah-arah tanpa Bertempat dan tanpa Berarah
Kerana Allah tidak berubah.
5). Telah berkata al-Imam Abu Jaafar At-Thohawi, (salah seorang ulama yang hidup pada kurun ke-3 terawal hijrah) :
تَعَاْلَىْ - أي الله- عَنِ الْحُدُوْدِ وَالْغَاْيَاْتِ وَالْأَرْكَاْنِ وَالْأَعْضَاْءِ وَالْأَدَوَاْتِ لَاْ تَحْوِيْهِ الْجِهَاْتُ السِّتُّ كَسَاْئِرِ الْمُبْتَدَعَاْتِ
Terjemahannya: “Maha Suci Allah daripada mempunyai saiz/ukuran dan batas-batas akhir (penghujung) dan sisi-sisi dan anggota-anggota badan yang besar dan anggota-anggota badan yang kecil. Dan Allah tidak diliputi oleh arah yang enam sebagaimana makhluk ciptaanNya"
Rujukan - kitab Aqidah at-Tohawiyah karangan Imam Abu Ja'afar At-Thohawi, Dar al-Fikr,
Kitab Syarh al-'Aqidah al-tahawiyyah karangan 'Allamah al-Faqih' Abdul-Ghani al-Ghanimi
14 kurun kaum muslimin sama ada salaf dan khalaf berpegang dengan aqidah yang satu iaitu bahawa Allah ta'ala tidak diliputi oleh suatu tempat dan tidak berlalu ke atas-Nya oleh suatu masa pun
6.) Telah berkata Sahabat Imam Saiyidina Ali karramallahu wajhah (Kurun 1 Hijrah) :
قال الإمام علي رضي الله عنه: كان الله ولا مكان وهو الآن على ما عليه كان
(رواه أبو منصور البغدادي)
Kata Imam Ali mafhumnya: Allah telah wujud pada azaliy tidak bertempat dan sekarang dia juga tidak bertempat sepertimana wujudnya pada azaliy (Diriwayatkan oleh Abu Mansur al-Baghdadi).
7.) Al-Imam al-Mujtahid Abu Hanifah al-Numan ibn Thabit radiyallahu anhu (w. 150 H) berkata dalam kitabnya al-Fiqhul-Absat :
كَانَ اللهُ تَعَالَى وَلَا مَكَانَ قَبْلَ أَنْ يَخْلُقَ الْخَلْقَ وَكَانَ اللهُ تَعَالَى وَلَمْ يَكُنْ أَيْنٌ وَلَا خَلْقٌ وَلَا شَيْءٌ وَهُوَ خَالِقُ كُلِّ شَيْءٍ
Maksudnya: "Allah Ta’ala itu ada azali, sedangkan tempat tidak ada pun (masih belum wujud) sebelum Dia mencipta makhluk. Dan Allah Ta'ala itu ada azali dan suatu tempat pun tidak ada dan suatu makhluk yang lain pun tidak ada, dan Dia pencipta segala sesuatu".
Rujukan - Kitab al-Fiqhul-Absat karangan Imam Abu Hanifah pengasas Mazhab Hanafi - dikumpulkan dalam Majmu' Rasa'il Abi Hanifah dengan tahqiq al-Kawthari
8.) Al-Imam al-Mujtahid Muhammad ibn Idris al-Syafii radiyallahu anhu (w. 203 H) berkata:
إِنَّهُ تَعَالَى كَانَ وَلَا مَكَانَ فَخَلَقَ الْمَكَانَ وَهُوَ عَلَى صِفَةِ الْأَزَلِيَّةِ كَمَا كَانَ قَبْلَ خَلْقِهِ الْمَكَانَ لَا يَجُوْزُ عَلَيْهِ التَّغَيُّرُ فِي ذَاتِهِ وَلَا التَّبْدِيْلُ فِيْ صِفَاتِهِ
Maksudnya: " Sesungguhnya Dia ta’ala ada azali, sedangkan suatu tempat pun tidak ada (masih belum wujud), maka Dia menciptakan tempat sedangkan Dia di atas sifat keazalian sebagaimana Dia ada azali (tanpa bertempat) sebelum Dia mencipta tempat. Mustahil perubahan berlaku ke atas-Nya pada zat-Nya dan mustahil juga penukaran berlaku pada sifat-Nya".
* [Dinukilkan daripada al-Imam al-Shafi'i oleh al-Hafiz Muhammad Murtadha Azzabidi dalam kitabnya Ithafus sadatil muttaqin)
07/03/2023
🌙 *مغفرة الذنوب في ليلة النصف من شعبان*
*ورد في الحديث الشريف : "يَطَّلِعُ اللهُ إلى خلقِهِ في لَيلَةِ النِّصفِ مِنْ شعبان فَيَغْفِرُ لِجميعِ خَلقِهِ إلاَّ لِمُشْرِكٍ أو مُشاحِن”.*
*والمُشاحِنُ معناهُ الذي بينهُ وبين مُسلمٍ عَداوة و حِقد وبَغْضاء لِأَمرِ الدُّنيا أمَّا مَنْ سِوى هذين فكُلُّ المُسلِمينَ يُغفَرُ لهم يُغفَرُ لِبعضٍ جميعَ ذُنوبِهِم ولِبعضٍ بعضَ ذُنوبِهِم.*
*لأجل ذلك أرجو من كل من آذيتُهُ أو أسأتُ له أو لهُ عليّ تبعة أن يُسامِحني للهِ تعالى . كل ابن آدم خطّاء وخير الخطائين التوابون. اللهم تب علينا وارحمنا وسامحنا ولا تجعل في قلوبنا غلا للذين آمنوا.
Salah satu Hadith Rasulullaah berkaitan Malam Nisfu Sya’ban.
Rasulullaah Shallaahu ‘alaihiwasallam bersabda:-
يَطَّلِعُ اللهُ إِلَى خَلْقِهِ فِي لَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيعِ خَلْقِهِ إِلاَّ لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ". وَرَوَاهُ الطَّبَرَانِيُّ فِي الأَوْسَطِ وَالْبَيْهَقِيُّ
Mafhumnya:- Allah menganugerahkan / memberikan keistimewaan bagi hamba hambaNya pada malam nisfu Sya'ban, lalu Dia mengampuni semua makhluk-Nya kecuali orang *MUSYRIK* dan orang yang *BERGADUH/BERMUSUHAN* benci membenci, dengki sesama muslim dalam urusan dunia”-Riwayat Ib Hibban, At-Thabrani dlm Awsat dan jugak Al-Baihaqi.
Keterangan Hadith tersebut ialah,Allaah mengkhususkan pada malam nisfu sya’ban di berikan keistimewaan dengan di berikan rahmat kepada hamba hambaNya keampunan, kepada sebahagian orang orang Muslimin.Adapun orang2 kafir dan orang orang yang bermusuhan,dengki dan membenci sesama Muslim kerana perkara dunia maka mereka tidak mendapat keampunan dari Allaah.
Justeru itu, saya sekeluarga ingin meminta maaf kepada semua sahabat sahabat dan saudara saudara dan al-faqir memaafkan semua kerana Allāh.
Semoga kita semua di ampunkan Allāh Dan di mustajabkan doa2 kita.
Ingat! Taqdir Allāh tidak berubah Dan yang hanya berubah adalah makhluk. Allah ada tanpa tempat.❤️
19/02/2023
Tanbih !!
Berhati hati dengan segelintir penceramah yang tidak cermat atau cuba membawakan riwayat palsu atau salah tafsir ayat Al quran sehingga membawa kepada mntajsimkan Allah Subhanahu Wa Ta^ala. Dikatakan: terdapat segelintir penceramah yang mengatakan apabila nabi sampai ke sidratul muntaha,jarak nabi dengan Allah adalah sejauh 2 busur panah sedangkan akidah ahlussunnah wal jamaah menyakini Allah tidak dilingkungi oleh arah,jarak,masa dan juga tempat.
Adapun tafsir firman Allah Ta^ala dalam Alquran:
قوله تعالى ﴿ثُمَّ دَنَا فَتَدَلَّىٰ ٨ فَكَانَ قَابَ قَوۡسَيۡنِ أَوۡ أَدۡنَىٰ ٩﴾ [سورة النجم]
وقال تعالى ﴿وَلَقَدۡ رَءَاهُ نَزۡلَةً أُخۡرَىٰ ١٣ عِندَ سِدۡرَةِ ٱلۡمُنتَهَىٰ ١٤﴾ [سورة النجم] .
maknanya: (( kemudian Jibril mendekati kemudian bertambah dekat lagi dengan محمد sehingga jadi antara kedua-duanya jarak dua busur panah atau lebih dekat lagi)), maka yang dimaksudkan dengan ayat ini adalah jibril ketika Rasulullah melihatnya dekat Sidratul Muntaha.
Rasulullah ﷺ pernah melihatnya di Mekah di sebuah tempat bernama Ajyad dan malaikat Jibril mempunyai enam ratus sayap, bentuk Jibril yang begitu besar menutupi ufuk timur dan ufuk barat.
Rasulullah ﷺ pernah melihat Jibril pada kali yang lain berdekatan Sidratul Muntaha. Allah berfirman maknanya: ((Sesungguhnya محمد telah melihat Jibril; dalam rupanya yang asli pada waktu lain dekat Sidratul Muntaha)).
Moga Allah melindungi kita dari sebarang fahaman yang tersimpang dari akidah ahlussunah wal jamaah..🤲
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Telephone
Website
Address
Kempas
Johor Bahru
81200