14/03/2026
Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah dirakamkan kepada pihak penganjur, Yayasan Ikhlas Sandakan, pihak pentadbiran Sekolah Kebangsaan Segaliud, para pendidik, ibu bapa, serta seluruh hadirin yang telah bersama-sama menjayakan program ini dengan penuh dedikasi dan semangat kebersamaan.
Penganjuran program seumpama ini bukan sahaja mencerminkan keindahan ukhuwah dan nilai keprihatinan dalam masyarakat, malah menjadi wadah yang amat bermakna dalam memupuk semangat kasih sayang, tanggungjawab sosial serta kebersamaan.
Semoga setiap usaha, sumbangan dan pengorbanan yang dicurahkan diterima sebagai amal kebajikan serta dikurniakan keberkatan oleh Allah SWT.