Tadika Genius Al Akid, Bandar Baru Kangar Pulai, 011 3771 7796

Tadika Genius Al Akid, Bandar Baru Kangar Pulai, 011 3771 7796

Share

πŸ“ŒTADIKA GENIUS AL AKID

(JM0713922-M)

No 37A & 39A Jln Pulai Makmur 5/2,
Bandar Baru Kangkar Pulai,
81300 Johor Bahru, Johor

TADIKA BERDAFTAR : J5A8004

Photos from Tadika Genius Al Akid, Bandar Baru Kangar Pulai, 011 3771 7796's post 10/08/2026

🐝 TADIKA GENIUS AL-AKID 🐝
Hari: JUMAAT
Tarikh:7/8/2026
Kelas: Gabungan kelas
Aktiviti:Praktikal solat fardhu zohor

09/08/2026

🐝 TADIKA GENIUS AL-AKID
Hari: Khamis
Tarikh: 6/8/2026
Kelas: 4 Mutiara, 5 Zamrud, 6 Baiduri
Aktiviti: Kolaj Jalur Gemilang πŸ‡²πŸ‡Ύ

06/08/2026

TADIKA GENIUS AL-AKID
Hari: Rabu
Tarikh: 5.8.2026
Kelas: 4 Mutiara, 5 Zamrud & 6 Baiduri
Aktiviti: Majlis Pelancaran Program Kemerdekaan Al Akid 2026

Objektif:

1.Murid dapat mengenali dan menghargai sambutan Bulan Kebangsaan serta Jalur Gemilang.

2.Murid dapat memupuk semangat patriotisme, cinta akan negara dan menghormati simbol-simbol kebangsaan.

3.Murid dapat menyertai aktiviti majlis dengan penuh semangat, yakin dan bekerjasama bersama rakan-rakan.

05/08/2026

🐝 TADIKA GENIUS AL AKID 🐝

ACTIVITY:WHAT's YOUR NAME
CLASS: Combined Class
DATE: 4/8/2026
DAY: Tuesday

04/08/2026

🐝 TADIKA GENIUS AL-AKID 🐝

Hari: Isnin
Tarikh: 3.8.2026
Kelas: 4 Mutiara & 5 Zamrud
Aktiviti: Malaysiaku Jalur Gemilang πŸ‡²πŸ‡Ύ

04/08/2026

🐝 TADIKA GENIUS AL-AKID
Hari: Isnin
Tarikh: 3.8.2026
Kelas: 6 Baiduri
Aktiviti: Kenali Warna Jalur Gemilang πŸ‡²πŸ‡Ύ

Photos from Tadika Genius Al Akid, Bandar Baru Kangar Pulai, 011 3771 7796's post 23/07/2026

🍎🍌 Minggu ke Kedua Program Sip & Crunch πŸ‡πŸ‰

Alhamdulillah, hari ini anak-anak meneruskan Program Sip & Crunch dengan penuh semangat dan keceriaan. 😊

Setiap hirupan dan setiap gigitan buah-buahan segar bukan sekadar mengenyangkan, malah menjadi satu pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan. Anak-anak belajar mengenali pelbagai jenis buah-buahan, merasai tekstur dan rasa yang berbeza serta membina keyakinan untuk mencuba makanan yang sihat.

Kami percaya bahawa amalan pemakanan yang baik perlu dipupuk sejak usia awal. Dengan pendedahan yang konsisten, anak-anak akan lebih menghargai makanan berkhasiat dan membesar dengan tubuh yang sihat serta minda yang cerdas.

Terima kasih kepada ibu bapa atas sokongan yang sentiasa memastikan anak-anak membawa buah-buahan segar dan bersama-sama menjayakan program ini. Semoga usaha kecil ini menjadi langkah besar dalam membentuk generasi yang sihat, ceria dan berakhlak mulia. ❀️

🍎 "Anak Sihat, Anak Ceria, Pembelajaran Bermakna Bermula Dengan Amalan Yang Baik." 🍌

Photos from Tadika Genius Al Akid, Bandar Baru Kangar Pulai, 011 3771 7796's post 23/07/2026

🏹 Aktiviti Memanah Bersama Coach Hisham 🏹

Alhamdulillah, semalam anak-anak Tadika Al Akid telah berpeluang mengikuti sesi asas memanah bersama Coach Hisham.

Aktiviti ini bukan sahaja memberi pengalaman baharu kepada anak-anak, malah membantu membina fokus, koordinasi, disiplin, keyakinan diri serta kesabaran dalam menyelesaikan setiap cabaran.

Melihat kesungguhan dan semangat mereka mencuba setiap panahan benar-benar membanggakan. Tahniah kepada semua anak-anak yang memberikan kerjasama yang sangat baik sepanjang aktiviti berlangsung.

Terima kasih kepada Coach Hisham atas bimbingan dan perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat. Semoga pengalaman ini menjadi kenangan indah serta menyemai minat anak-anak terhadap sukan sunnah.

🌟 Belajar sambil bermain, membina sahsiah dan mengasah potensi sejak usia kecil.

Photos from Tadika Genius Al Akid, Bandar Baru Kangar Pulai, 011 3771 7796's post 22/07/2026

πŸ† Temasya Sukan Tahunan Kompleks Pendidikan iQ Aulad 2026 πŸ†

Alhamdulillah, Temasya Sukan Tahunan Kompleks Pendidikan iQ Aulad dan Al Akid telah berlangsung dengan penuh semangat, keceriaan dan ukhuwah.

Wajah ceria anak-anak, sorakan ibu bapa serta komitmen para guru menjadikan hari ini penuh dengan kenangan yang indah. Sukan bukan sekadar mengejar kemenangan, tetapi membentuk keyakinan diri, semangat berpasukan, disiplin dan nilai sportiviti dalam diri setiap anak.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ibu bapa, guru, kakitangan, para sukarelawan serta semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini. Sokongan anda amat bermakna dalam membentuk generasi yang sihat, cergas dan berakhlak mulia.

Semoga segala usaha ini menjadi asbab kepada kejayaan anak-anak pada masa hadapan.

"Bersukan, Berakhlak, Berjaya."

22/07/2026
Want your school to be the top-listed School/college in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


No 37A & 39A Jalan Pulai Makmur 5/2
Johor Bahru
81300

Opening Hours

Monday 06:50 - 06:00
Tuesday 06:50 - 06:00
Wednesday 06:50 - 06:00
Thursday 06:50 - 06:00
Friday 06:50 - 06:00