Maahadtahfizriyadhussolihin

Maahadtahfizriyadhussolihin

Share

MADRASAH TAHFIZ RIYADHUS SOLIHIN (MTRS) - Pusat Tahfiz yang sentiasa melahirkan para Huffaz 30

31/05/2026

Membawa anak kecil ke masjid pada asalnya adalah dibenarkan dalam Islam, malah terdapat dalil yang menunjukkan Rasulullah SAW pernah membawa cucu baginda ke masjid.
Antaranya, Rasulullah SAW pernah mendukung cucunya, Umamah binti Zainab ketika solat. Baginda juga pernah memanjangkan sujud kerana cucunya, Al-Hasan bin Ali atau Al-Husain bin Ali, menaiki belakang baginda ketika solat.
Kelebihan membawa anak ke masjid
Membiasakan anak mencintai masjid sejak kecil.
Mendidik anak mengenali solat dan ibadah berjemaah.
Menghidupkan suasana masjid dengan generasi muda.
Membentuk hubungan anak dengan masyarakat Islam.
Namun ada beberapa adab yang perlu dijaga
Pastikan anak dalam keadaan bersih dan pakaiannya suci.
Jika anak terlalu kecil sehingga sering menangis atau mengganggu jemaah, ibu bapa hendaklah berusaha menenangkannya.
Jangan biarkan anak berlari, menjerit atau bermain sehingga mengganggu orang yang sedang solat atau mendengar kuliah.
Jika anak masih memakai lampin, pastikan kebersihannya terjamin.
Pandangan Mazhab Syafi'i
Ulama Mazhab Syafi'i umumnya membenarkan membawa kanak-kanak ke masjid selagi tidak menyebabkan najis atau gangguan kepada jemaah. Jika dikhuatiri berlaku gangguan yang ketara, maka menjaga ketenteraman masjid perlu diutamakan.
Kesimpulannya, membawa anak kecil ke masjid adalah suatu perkara yang baik dan digalakkan untuk tujuan pendidikan dan pembiasaan ibadah, selagi ibu bapa menjaga adab serta memastikan tidak mengganggu jemaah lain. Masjid bukan hanya tempat orang dewasa, tetapi juga tempat mendidik generasi Islam yang akan datang.



18/05/2026

Dengan Fahdi Ghazali – Saya baru sahaja diiktiraf sebagai salah seorang peminat teratas mereka! πŸŽ‰

18/05/2026

Dengan Azri Rosnin – Saya baru sahaja diiktiraf sebagai salah seorang peminat teratas mereka! πŸŽ‰

17/05/2026

Dengan Shariffudin Sahedan – Saya baru sahaja diiktiraf sebagai salah seorang peminat teratas mereka! πŸŽ‰

Terima kasih atas penghargaanya..setiap penghargaan besar nilainya dilation kenalan2 kita

Photos from Maahadtahfizriyadhussolihin's post 17/05/2026

πŸ“’ PENGAMBILAN PELAJAR BARU SESI 2026 KINI DIBUKA!

​"Bila dunia makin sibuk, ke mana arah anak-anak kita dibawa?"

​Ayah dan Ibu impikan anak yang bukan sahaja cemerlang di dunia, malah menjadi pelaburan saham akhirat yang berterusan? Sertai kami di Maahad Tahfiz Riyadhus Solihin, Kampung Bakar Batu, Johor Bahru!
​"Barang siapa menempuh jalan untuk mencari ilmu, Allah akan memudahkan baginya jalan menuju syurga." (HR. Muslim)

β€‹πŸŒŸ SYARAT & KRITERIA KEMASUKAN
​Jantina: Lelaki sahaja
​Umur: 10 tahun ke atas
​Sifat: Berdikari & mempunyai minat yang mendalam dalam pengajian
​Kemahiran Asas: Boleh membaca Al-Quran & boleh menulis Jawi

β€‹πŸŽ TAWARAN ISTIMEWA (EARLY BIRD)
​πŸ’₯ DISKAUN RM300 bagi pendaftaran terawal! Slot adalah terhad.

β€‹πŸ“ LOKASI KAMI
​MTRS, No 157, Jalan Pantai, Kampung Bakar Batu, 80150 Johor Bahru, Johor.

β€‹πŸ“ž DAFTAR SEKARANG!

​Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Hubungi kami segera untuk urusan pendaftaran atau pertanyaan lanjut:
​Pejabat: 011-7076 1190
​Ustaz 'Areef: 019-781 6364

β€‹πŸŒ Facebook Rasmi: maahadtahfizriyadhussolihin
​Membentuk Generasi Al-Quran, Berakhlak Mulia, dan Berdikari.

06/05/2026

Alhamdulillah,
Pondok Tahfiz Kampung Lukut (PTKL) bersama MTRS membuka penyertaan ibadah korban bagi tahun 1447H.

πŸ“ Lokasi:
Pondok Tahfiz Kampung Lukut
Kota Tinggi, Johor
βœ”οΈ Penuntut ilmu
βœ”οΈ Warga pondok
βœ”οΈ Golongan memerlukan
🀲 Semoga ibadah ini menjadi asbab pahala berpanjangan & keberkatan hidup, insyaAllah.

πŸ’‘ JOM PAKAT-PAKAT KONGSI
πŸ‘₯ Seorang RM100 sahaja
πŸ„ Cukup 9 orang = 1 bahagian korban
πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘§β€πŸ‘¦ Gilir penama ahli keluarga setiap tahun
✨ 1 keluarga 1 bahagian setiap tahun
➑️ Jadikan amalan istiqamah keluarga ❀️

πŸ’° HARGA KORBAN
πŸ„ 1 bahagian lembu – RM900
πŸ„ 1 ekor lembu – RM6,250
🐐 Kambing – RM1,400 – RM1,600
(bergantung stok & saiz)

πŸ“ž HUBUNGI
πŸ“± Ustaz Areef: 019-781 6364
πŸ“± Pejabat PTKL: 017-709 1307
πŸ’³ PEMBAYARAN
Maybank
5510 7042 3517
Pondok Tahfiz Kampung Lukut

✨ Jom berkorban demi manfaat ummah
🀲 Rebut peluang pahala sebelum terlambat

04/08/2025

Duhai Mak Ayah, bayangkan anak anda membesar dengan akhlak yang mulia, fasih membaca Al-Quran, dan berilmu agama. Alangkah senangnya hati...❀️

✨ Jangan biarkan masa terbuang! Daftarkan Anak Anda ke Maahad Tahfiz Riyadus Solihin! ✨

πŸ“– Keistimewaan:
βœ… Program hafazan Al-Quran yang tersusun
βœ… Pembentukan akhlak & disiplin unggul
βœ… Bimbingan untuk menjadi insan soleh

πŸ’° PROMO PENDAFTARAN TERAWAL: DISKAUN RM300!

πŸ“ Lokasi: MTRS, LOT 505, Batu 17 Jalan Sg Tiram, 81800 Ulu Tiram, Johor Bahru

πŸ’‘ Didik anak dengan ilmu agama, bina masa depan cemerlang!

πŸ“± Klik number di bawah untuk mendaftar!! πŸ‘‡πŸ»

+601170761190

Photos from Maahadtahfizriyadhussolihin's post 01/05/2025

*|IBADAH KORBAN BERSAMA MTRS|*

Alhamdulillah, MTRS telah membuka slot korban bagi tahun ini (1446H),

Pada tahun ini ibadah korban di adakan di Madrasah Tahfiz Riyadhus solihin(MTRS),hasil dari daging korban ini akan digunakan untuk manfaat penuntut ilmu dan warga MTRS ..semoga besar ganjarannya kerana memberi manfaat kepada anak2 yang sedang mempelajari ilmu agama In sya Allah..

Harganya Lembu
1 bahagian RM860
1 ekor RM6000

Harga seekor kambing RM1200-1500 mengikut stok dan saiz

MTRS juga ada melaksanakan ibadah korban mampu milik diKemboja bagi memberi manfaat dan menghulurkan bantuan makanan kepada saudara kita yang lebih memerlukan. Semoga segala amalan kita diterima Allah dan kekal subur sehingga ke syurga.

Harga LEMBU :
1 BAHAGIAN RM450
1 EKOR RM3100

Harga KAMBING :
1 EKOR RM1000 - RM1200 mengikut stok dan saiz yang ada

Jika berminat boleh hubungi :

Ustaz Areef : http://www.wasap.my/6019-7816364/Korbanmtrs

Bayaran boleh di buat ke akaun : *Akaun bank Islam*

*Madrasah Tahfiz Riyadhus solihin*

*01087010054414*

23/03/2025

πŸ’­ Bayangkan..sumbangan kecil anda hari ini menjadi atap yang melindungi para penuntut ilmu. πŸ“Ώ Setiap huruf Al-Quran yang mereka baca, setiap sujud yang mereka lakukan, anda akan turut mendapat bahagianya! πŸ₯°

Jangan lepaskan peluang keemasan 10 malam terakhir Ramadan! Inilah masa terbaik untuk menanam benih pahala yang terus bercambah hingga ke akhirat.

πŸ’‘ Hanya RM10 untuk infaq kemudahan asas, ringan di tangan, berat nilainya di sisi Allah.

πŸ“– β€œSedekah jariah yang tidak terputus pahalanya adalah ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakan.” (HR Muslim)

🀲 Satu sumbangan kecil, satu langkah lebih dekat ke syurga.

Want your school to be the top-listed School/college in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


No 157, Jalan Pantai, Kampung Bakar Batu
Johor Bahru
80150JOHORBAHRU