SK SRI TEBRAU, JB

SK SRI TEBRAU, JB

Share

Official Page Of SK SRI TEBRAU, JOHOR BAHRU. Sekolah Kluster Kecemerlangan. #HidupSentosa

21/04/2026

RASMI UNTUK HEBAHAN
🌸Assalamualaikum dan salam sejahtera 🌸
# Salam 🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾 MADANI,
# Salam Makmur Johor,

Semua Ibu Bapa / Penjaga
Murid-murid Sekolah Kebangsaan Sri Tebrau,
Johor Bahru.

📍 SUMBANGAN PIBG TAHUN 2026

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Dimaklumkan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-41 (04 April 2026) telah menetapkan sumbangan PIBG sebanyak RM100.00 setiap keluarga.

3. Bagi memudahkan ibu bapa/penjaga, bayaran boleh dibuat secara ansuran sebanyak 4 kali.

4. Bayaran boleh dibuat secara:
- 💳 Online Transfer (digalakkan) ke akaun PIBG SK Sri Tebrau
_CIMB: 8005925879_
- 👉 Bendahari PIBG (Recipient Reference)
- 👉 Nama anak/Kelas/Sumbangan PIBG (Payment Details)

5. 📸 Sila hantar screenshot resit kepada guru kelas sebagai rujukan.

6. 💵 Bayaran tunai boleh diserahkan kepada Bendahari PIBG atau kerani kewangan sekolah (waktu pejabat).

7. 🔗 Ibu bapa/penjaga yang telah membuat bayaran diminta mengisi Google Form yang disediakan.

- https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScfdoTSwuQ4h_4I_ErjOAnnUx__GvD8jQf-ukEG6eJcQ2ni4g/viewform?usp=dialog

8. 📞 Sebarang pertanyaan:
Cikgu Kamaliah (0127590896)

Kerjasama dan kebersamaan tuan/puan sangat diharapkan agar pengurusan PIBG SKeST dapat menyokong program sekolah dengan jayanya serta memartabatkan kejayaan SKeST ke persada kecemerlangan.

Sekian, Terima kasih

Yang menjalankan tugas,
BENDAHARI PIBG SKeST 2026

10/04/2026

10 FAKTA SEDIH mengenai PIBG.

1. Mesyuarat Agung PIBG tiada sambutan. Ramai guru dari ibu bapa yang hadir biasanya.

2. Ahli yang tidak hadir mesyuarat paling banyak mempersoalkan keputusan PIBG yang ditetapkan pada hari mesyuarat. Ini paling menjengkelkan.

3. Tidak ramai yang bayar sumbangan PIBG semata-mata kerana ianya sumbangan, bukan yuran.
"Anak aku tak bayar pun, semua program sekolah dia boleh masuk.
Semua kemudahan yang PIBG sediakan seperti kipas, dewan, hadiah, motivasi, apa jua yang mengguna dana PIBG, anak aku tetap dapat nikmati seperti murid lain. Buat apa aku bayar?"
Hal ini disebarkan p**a supaya kawan-kawan dia dan ibu bapa lain turut serta tidak bayar sumbangan PIBG.
Berbahagialah kalian mengambil dan menggunakan hak orang lain. 😏

4. Kebanyakan sekolah hanya dapat collect 30-40% sahaja sumbangan PIBG. Selebihnya buat keras macam tunggul kayu.

5. Duit BAP RM100 untuk seorang murid, 100% ibu bapa datang ambil. Tiada alasan bekerja, sakit dan sebagainya. Tiba hari mesyuarat PIBG, berjuta alasan sampai. Sedih lagi. 😭😭

6. Guru dan AJK PIBG difitnah makan duit PIBG. Duit PIBG kalau nak keluar waima RM1 mesti ada tanda tangan Bendahari dan YDP PIBG. Dan semua duit yang masuk dan keluar diaudit dan dibentangkan dalam mesyuarat agung PIBG. YDP dan NYDP p**a adalah daripada kalangan ibubapa.
Tak datang mesyuarat, kemudian buat fitnah dan sebarkan. Yehuda betul perangai itu.

7. AJK PIBG dan guru-guru bertungkus lumus kumpul dana untuk tabung PIBG. Turun naik syarikat dan kedai cari sponsor. Buat jualan dan sebagainya.
Bila ada dana dan baik pulih sekolah atau buat program untuk murid, yang tak bayar sumbangan itu paling banyak mempertikai. Kenapa panggil penceramah tu bukan hat ini. Kenapa tak tukar kipas jenis itu ini dan pelbagai lagi.
Itu tak kena ini tak kena. Serba serbi tak kena dan nak kondem je kerjanya. Meeting PIBG tak pernah datang bersuara p**a.

8. Ibu bapa yang pendapatan rendah lebih ramai yang bayar sumbangan PIBG. Yang hanya punya motor buruk, yang hanya kerja buruh. Ada yang bayar ansuran RM10 sebulan. Bahkan parent yang kategori asnaf dan penerima zakat pun bayar sumbangan PIBG.
Yang kerja dalam aircond dan datang dengan kereta menjalar, itu yang ramai liat nak bayar.
Ini realiti yang sangat menyedihkan.

9. PIBG yang disokong kuat oleh ibu bapa mampu berikan keselesaan pada infrastruktur sekolah dan kemudahan untuk murid.
Lihat sekolah cina, hampir semuanya ada dewan tertutup siap aircond dan dewan terbuka berbumbung untuk aktiviti outdoor. Semuanya dibuat guna dana PIBG. PJK masih boleh dijalankan walau hari hujan atau panas terik.
Tapi kebanyakan dana PIBG sekolah kebangsaan, nak tukar meja murid yang reput pun tak lepas. Kipas dah rosak berbulan tak boleh tukar.

10. Anda hanya perlu menyimpan 14 sen sehari untuk bayar duit sumbangan PIBG berjumlah RM50 setahun. Tapi itu pun ramai yang gagal buat. Dan sangat ramai yang merungut mahal.
Inilah dia 10 FAKTA SEDIH tentang PIBG.

Baca dan hayatilah elok-elok. Kongsilah agar ramai yang tahu fakta sedih ini. Jangan biarkan 10 fakta ini terus bersedih selamanya.
Kita dah berada di abad ke 21, mentaliti zaman Firaun itu buanglah.

Sokong PIBG untuk anak-anak kita juga. Usah berkira lagi untuk pendidikan anak-anak kita.
Ibu bapa cakna, anak-anak terbela. Begitulah.

Copy paste : FB Ali Ujang

Photos from SK SRI TEBRAU, JB's post 06/04/2026

Sabtu 04.04.2026
Selesai 1 daripada program rasmi dan wajib sekolah utk tahun ini :
1. Mesyuarat Agong PIBG 2026/2027.
2. Hari Anugerah Kecemerlangan 2025.

Terima kasih kepada Penyelaras dan AJK yang melaksana.

Terima kasih kpd ibubapa/penjaga yg hadir.

Terima kasih kpd YDP dan AJK PIBG lantikan 2025/2026.

Tahniah kepada YDP dan AJK PIBG lantikan 2026/2027 yg baharu.

Tahniah kpd semua penerima Anugerah Kecemerlangan:
Akademik
Hem/ sahsiah
Kokurikulum
PPKI

Lihat gambar lain-lan di sini:
1. Mesyuarat Agong PIBG
https://drive.google.com/drive/folders/1Y5zb4qxpoBlWrgtwEEI5VnQmQzqbuNVI?usp=drive_link

2. Majlis Anugerah Kecemerlangan
https://drive.google.com/drive/folders/1Y5zb4qxpoBlWrgtwEEI5VnQmQzqbuNVI?usp=drive_link

We❤️SKeST

30/03/2026

Makluman kepada semua
Ibubapa/penjaga murid

Jadual Pemakaian Kemeja Tshirt sepanjang cuaca panas yang melanda Malaysia berpandukan kebenaran dan surat edaran KPM bertarikh 26 Mac 2026 sehingga tarikh yang akan diberitahu

Untuk Guru, Murid, PPM dan AKP

Isnin - Tshirt SKeST Pride
Selasa - Tshirt KrMJ
Rabu - Tshirt Unit Beruniform (Tahap 2)
- Tshirt Sukan Sekolah (Tahap 1)
Khamis - Tshirt KrMJ
Jumaat - Tshirt SKeST Pride

Kebenaran ini bermula pada Rabu 01 April 2026 bagi memastikan kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid dan warga sekolah diberi perhatian.

Sila bawa bekalan air minum yang secukupnya pada setiap hari persekolahan.

Harap maklum dan Terima kasih.


Guru Besar
SK Sri Tebrau
Selasa/31.03.2026

Photos from SK SRI TEBRAU, JB's post 18/03/2026




Selasa 1 Mac 2026
Majlis ringkas:
1. Penyerahan sumbangan bakul ramadan + duit raya kepada Pekerja swasta Sekolah yang terdiri daripada Pengawal Keselamatan dan Pekerja Pembersihan.
2. Penyerahan Baju dan kasut raya kepada anak yatim
3. Duit raya daripada pentadbir sekolah kepada semua anak-anak yang hadir.

Tahniah dan terima kasih kepada Penyumbang, Panitia Pendidikan Islam dan Pengurusan Program Ihya' Ramadan 1447Hijrah/2026

Moga semua usaha kita memberi seribu kebahagiaan dan kegembiraan kepada penerima.

We❤️SKeST

Photos from SK SRI TEBRAU, JB's post 18/03/2026




Khamis 12 Mac 2026
Majlis Iftar dan sumbangan bakul Ramadan + duit raya kepada anak yatim/asnaf peringkat SK Sri Tebrau

Terima kasih kepada semua penyumbang dan ibubapa/penjaga yang bersama-sama merealisasikan program pada hari ini.

Sedikit tapi ada. Moga Hari Raya Aidilfitri tahun ini dapat disambut dengan lebih meriah dan membahagiakan untuk semua penerima.

We❤️SKeST

13/03/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

*MAKLUMAN CUTI TAMBAHAN SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI*

Tarikh: 18 Mac 2026
Hari: Rabu

Untuk makluman dan tindakan semua ibubapa/penjaga murid SK Sri Tebrau.

Selamat Berpuasa
Selamat Hari Raya
Selamat p**ang ke Kampung
Selamat Bercuti dan
Berhati-hati di Jalan Raya

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang Menjalankan Amanah
GURU BESAR
SK SRI TEBRAU
JOHOR BAHRU

28/02/2026

📚 PENDAFTARAN JOM KE PRASEKOLAH KPM SK SRI TEBRAU 📚

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pendaftaran Prasekolah KPM SK Sri Tebrau kini dibuka kepada kanak-kanak yang layak untuk sesi persekolahan akan datang. Ibu bapa yang berminat dijemput untuk membuat pendaftaran mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

🌟 Tempat terhad
🌟 Keutamaan kepada yang memenuhi syarat kelayakan KPM
🌟 Dokumen sokongan perlu disediakan semasa pendaftaran

Sebarang pertanyaan boleh hubungi pihak sekolah atau hadir terus ke pejabat SK Sri Tebrau untuk maklumat lanjut.

Jom daftarkan anak anda dan mulakan langkah pertama dalam dunia pendidikan!

28/02/2026

INFAQ RAMADAN 1447H | SK SRI TEBRAU

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Bersempena kedatangan Ramadan 1447H yang penuh keberkatan ini, pihak SK Sri Tebrau membuka peluang kepada ibu bapa, warga sekolah dan masyarakat untuk bersama-sama menyumbang dalam Tabung Infaq Ramadan.

Sumbangan tuan/puan akan digunakan bagi menjayakan program kebajikan dan aktiviti Ramadan murid-murid. Semoga setiap infaq yang diberi menjadi saham akhirat dan dilipatgandakan ganjarannya oleh Allah SWT.

Jom rebut peluang beramal di bulan mulia ini. 🤲

We❤️SKeST

28/02/2026

Kenali anak anda

Photos from SK SRI TEBRAU, JB's post 25/02/2026




Rabu - 25.02.2026

Terima kasih KSIB yg hadir pd hari ini. Kehadiran tn/pn menyokong rancangan & saranan sekolah untuk program Sambutan Hari Guru 2026 amat kami hargai. Terbaik!

Jom kembalikan kegemilangan SK Sri Tebrau sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan

We❤️SKeST

25/02/2026

PENGUMUMAN RASMI KEPUTUSAN UPKK 2025
Tarikh : 25/2/2026
Masa: 12.00 tengah hari
Laman sesawang:
https://semakan.islam.gov.my/
Cara semak - perlu ada : mykid dan no angka giliran.

Want your school to be the top-listed School/college in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Jalan Sutera, Taman Sentosa
Johor Bahru
80150

Opening Hours

Monday 06:30 - 17:00
Tuesday 06:30 - 17:00
Wednesday 06:30 - 17:00
Thursday 06:30 - 17:00
Sunday 06:30 - 17:00