21/12/2021
Subhanallah
Alhamdulillah
Allahu Akbar
Qiamuallail dan puasa sunat suatu amal yang agak berat untuk anak . Tetapi bilamana ia diperkenalkan lebih awal, walau solat fardhu pun masih belum sempurna, tetapi ia pasti ada kebaikan baik untuk sikap juga kematangan anak.
Bersama dengan anak anak ini selama 3H 2M dlm Qimulallail bertemakan Saya Sudah Baligh membuka ruang bagi mereka bercakap cakap dengan lebih terbuka dan dapat maklumat dengan lebih terbimbing.
Bila ilmu sains anatomi badan dan keistimewaannya mengikut jantina dilihat dengan kacamata we as Abdullah we as khalifatullah, tiada istilah "Eww gross!" atau menjemput gelak ketawa nakal.
Hukum berkait baligh of course tak dapat lari dari ilmu seksualiti dan akhlak islam kita dengan diri sendiri, kita sesama jantina dan kita dengan jantina lain. Dan pastinya Quran hadis jadi rujukan utama, solat puasa sebagai perisainya.
Tahniah buat anak anak yang join! Ala barakatillah.
8-10 Disember 2021
Setia Tropika, Johor Bahru.