Tahfiz Mutiara Ar-Raudah

Tahfiz Mutiara Ar-Raudah

Share

Tahfiz AlQuran Ar Raudah adalah sekolah yang mengintegrasikan bembelajaran Al Quran dengan akademik (mengikut silibus KPM). InshaAllah.

Adalah menjad wawasan & aspirasi kami untuk melahirkan generasi genius Al
Quran secara holistic.

21/11/2024

Sekolah Islam Tahfiz Mutiara Ar Raudhah.

Pendaftaran Terbuka 2025
Pendidikan alternatif berteraskan alQuran dan adab, tanpa meninggalkan pelajaran akademik .

PENDAFTARAN 2025

Sekolah Rendah Islam (SRI) Tahfiz Mutiara Ar-Raudhah.
(Mutiara Ar-Raudhah Quranic School - MRQS)
telah membuka pendaftaran MURID BAHARU bagi sesi 2025.

Pembelajaran dan Pengajaran di MRQS:

✅Pembudayaan Adab (Adab before Academic) dan "Pendekatan Kaedah Khalifah".

✅ Pelajar lebih fokus dengan

16/06/2024

وَمِنْكُمْ
،صِيَامَنَا وَصِيَامَكُمْ
كُلُّ عَامٍِ وَاَنْتُمْ بِخَيْرٍ
مِنَ العَائِدَيْنِ وَالفَائِزِيْنَ

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1445H/2024M kepada semua umat Islam khususnya di Malaysia

Marilah sama-sama kita menyambut Hari Raya Aidiladha dengan menginsafi pengorbanan Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S serta mengambil ibrah daripada kisah pengorbanan keluarga Baginda.

Semoga kita termasuk orang-orang yang sentiasa bersyukur dan semoga segala pengorbanan dan amal ibadah kita di terima Allah swt.

Semoga kita semua mendapat keredhaan, maghfirah dan rahmat dari Allah SWT sempena hari raya ini.

Di samping itu, jangan kita lupa untuk memohon doa buat saudara kita di bumi Palestin. Semoga Allah SWT memberi kemenangan kepada Umat Islam.

Dari kami keluarga Dzul Iman & MRQS( Sri Tahfiz Mutiara Ar Raudhah)

12/01/2024

Moga semuanya diberkati...

05/01/2024

PENDAFTARAN 2024

*SEKOLAH RENDAH ISLAM TAHFIZ MUTIARA AR-RAUDHAH (MUTIARA AR-RAUDHAH QURANIC SCHOOL - MRQS) KINI DIBUKA!*

Berita baik kepada Ibu Bapa yang masih tercari-cari sekolah Rendah Tahfiz untuk anak Tuan Puan.

Peluang terbuka kepada semua!

*MENGAPA ANDA PERLU MEMILIH MRQS?*

1.Adap before Academic.
Pendekatan *Kaedah Khalifah Method* dalam pembelajaran & pengajaran
2. Berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).
3. Guru yang bertauliah dan berpengalaman.
4. Sistem pembelajaran yang menggabungkan 4 teras utama iaitu Tahfiz,AdapAkademik & Diniyyah. Bermula umur 6 tahun hingga 12 tahun

KURIKULUM YANG DITAWARKAN
A.Pendekatan Kaedah Khalifah.

1. KURIKULUM TAHFIZ:
i. Tahfiz (Hafazan Juzuk Ke-30 & Juzuk Terpilih)
ii. Tilawah dan Tahsin Al-Quran
iii. Tajweed

2. KURIKULUM FARDHU AIN
(Sekolah Agama Kerajaan Johor)

3. KURIKULUM AKADEMIK (KSSR)

*WAKTU PEMBELAJARAN*
Hari: Ahad — Khamis
Masa: 7:30 pagi — 4:00 petang

Sebarang pertanyaan sila hubungi melalui WhatsApp atau talian 📱
012-626 0400
017 7689384

Tuan Puan juga dijemput hadir ke pejabat kami 🏫
No. 39, Jalan Aliff 4, Taman Damansara Aliff, 81200 Johor Bahru, Johor.

Kemasukkan pelajar adalah terhad.

27/12/2023

Kita perlu mula mendengar suara hati kita, bukan hanya mengikut panduan dan nasihat kawan-kawan kita sebagai ibu bapa. Berinteraksilah dengan anak-anak untuk memahami keperluan mereka dengan lebih mendalam. Belajar untuk memahami apa yang anak-anak perlu. Bukan memberi sesuatu kerana mengikut kehendak trend dan budaya semata-mata. Lalu meletakkan kita dalam satu persaingan status sosial dalam kasta ibubapa.

Menjadi seorang ibu bapa bukan satu perlumbaan, tetapi suatu tanggungjawab yang besar. Menjadi ibu bapa adalah tentang memberikan kasih sayang dan sokongan yang anak-anak perlukan.

Menjadi mak bapak adalah tugas paling mencabar.
Nak-nak lagi di zaman sekarang bila mak bapak mula melabelkan kejayaan anak has something directly to do with the parent's abilities.

Ada parents yakin pendapat mereka is the only right way. Itulah punca mereka jadi sangat competetive. Parents yang s**a membanding-bandingkan development anak-anak boleh jadi merupakan kelompok parents yang insecure.

Maybe ada expectation mereka yang anak-anak tak dapat penuhi. Lalu mak bapak ini rasa kecewa tapi malu nak mengaku kekecewaan. At the same time merasa 'loser' bila anak sendiri tak sehebat anak orang lain. Maka, jalan paling sesuai adalah mencipta teori sendiri untuk menjustifikasi kekurangan anaknya.

Kita perlu sedar bahawa setiap anak adalah unik dan berkembang pada kadar yang berbeza. Tiada satu kaedah yang sesuai bagi semua. Sesetengah anak mungkin dapat belajar dengan mudah tanpa perlu bantuan tuisyen, sementara yang lain mungkin memerlukan lebih banyak bimbingan.

Menjadi mak bapak adalah tugas yang mencabar, dan kita perlu akur bahawa setiap anak adalah istimewa dan memiliki kelebihannya masing-masing.

Banyak kali kita mendengar kisah-kisah ibu bapa yang menilai kejayaan anak mereka dengan prestasi akademik. Mereka merasakan bahawa hanya keputusan cemerlang yang boleh membawa kejayaan dalam hidup. Namun, kejayaan sebenar bukan hanya terletak pada pencapaian akademik semata-mata. Kita perlu melihat lebih holistik dan memahami bahawa setiap anak mempunyai kelebihan tersendiri.

Keluarlah dari perdebatan "siapa lagi bagus".
Jangan pernah merasa apa yang kita buat pada anak-anak kurang bagus berbanding orang lain.

Kalau betul belum cukup bagus, biarlah itu datang dari comparison dengan our previous tindakan, bukan compare dengan orang lain.

Mencari kekuatan dari agama dan memahami bahawa sebagai ibu bapa, kita perlu mengambil keputusan yang terbaik untuk anak-anak. Kita tidak perlu merasa rendah diri atau bimbang dengan pandangan orang lain.

Kejayaan sebagai ibu bapa bukanlah mengenai apa yang anak-anak dapat berikan sebagai balasan, tetapi apa yang kita boleh lakukan untuk anak-anak. Jadi, bersikaplah yakin dengan keputusan kita sendiri dan lakukan yang terbaik untuk anak-anak kita.

So just be secure in your own decisions.
Bila kita rasa senang dengan keputusan kita, kita tak perlu justify our action to others.

Dari anak mula meniarap, merangkak, berjalan, tumbuh gigi, bercakap, pandai berak dalam toilet, pandai membaca....sampailah anak berjaya masuk universiti (belum grad lagi, baru diterima masuk je), menjadi fitrah manusia untuk membandingkan anak sendiri dengan anak orang lain.

It's human nature.

Walaupun some parents menerima kelebihan dan kekurangan anak masing-masing dengan hati terbuka dan berlapang dada, ada parents yang get agigated dan jadikan parenting satu competition.

Jangan berasa pelik setiap kali exam atau setiap kali ada kisah anak-anak berjaya dalam exam, akan muncul pendapat-pendapat di kalangan ibubapa tentang patut ke tak patut score straight As, atau patut tak anak-anak dihantar ke sekolah berasrama, atau patut tak hantar anak ke kelas tusyen.

Jangan merasa tertekan. Ini adalah benda biasa.
Bolehlah dianggap sebagai "upacara tahunan".

Dia punya "kemeriahan" arguing tu sama meriahnya dengan competition antara ibu bekerja vs ibu surirumah, jaga anak sendiri vs hantar pengasuh, bawa bekal vs beli makanan kat kantin, beranak normal vs beranak operate, kawen grand vs kahwin kecil-kecilan, hantaran murah vs hantaran mahal...and the list goes on.

Kalau ada yang kata "Aku buat X, Y, Z untuk anak-anak aku", itu tak bermakna kita pun kena buat benda yang sama.

Kalau rasa perlu buat, buat.
Rasa tak perlu, jangan buat.
No need to rasa tertekan or left behind.
We all have our own strengths as parents.

Abang ambil peluang nak ajak ibubapa sekalian untuk melihat pendidikan anak-anak sebagai sesuatu berbentuk kembara kehidupan. Menyorot pendidikan Nabi Muhammad dibentuk jatidirinya sebagai seorang Rasul. Semua itu melalui satu proses kematangan.

Kami menjadikan modul pembangunan insan di dalam Al-Quran dan Sunnah Nabi sebagai satu dasar pendidikan anak-anak di RPWP, menjadi satu model untuk dikembangkan kepada masyarakat.

Pada umur anak-anak RPWP boleh mengembara sendiri, mereka telah dihantar ke seluruh pelusuk dunia untuk menjadi “teamplayer” dengan budaya caravanserai sambil mengutip mutiara berharga iaitu pelajaran di tempat orang. Membawa resmi mata lebah yang mengutip madu berharga di tempat orang dan bukannya mata lalat yang sentiasa mencari keburukan. Ternyata, mereka matang lebih pantas dari umurnya.

Perjalanan ialah pembelajaran. Orang Melayu sendiri mengatakan “jauh perjalanan luas pemandangan”. Jalan yang bagaimana? Jika jalan sekadar jalan untuk memenuhi Instagram dan Tiktok, itu tidak menambah pengalaman.

Maka kami padatkan taqwim pendidikan untuk anak-anak malah istimewa buat ibubapa juga di dalam Sekolah Alam Caranvanserai. PELABURAN TERBAIK UNTUK ANAK-ANAK KITA IALAH PELABURAN KEPADA PEMBANGUNAN SIKAP. SIKAP YANG BAIK HANYA TERBENTUK SECARA NAHNIYAH ATAU BAHASA BARAT DIPANGGIL SECARA KOLEKTIF. INI YANG KAMI LAKUKAN DI SEPANJANG ARTCAMP CARAVANSERAI DI WESTERN AUSTRALIA.

Jika berminat boleh lihat maklumat program di bahagian komen. Terima kasih kerana share, mungkin dapat membantu para ibubapa yang sedang mencari kekuatan dan solusi untuk membantu anak-anak bangkit dari satu perlumbaan dan persaingan akademik yang menjauhkan mereka dari potensi sebenar diri mereka.

Kita yang dah tua ni pun kalau dibanding-bandingkan oleh boss, sakit hati kan?
Maka, janganlah buat.

Anak-anak ni walaupun kat sekolah dia tak sepandai orang lain, tapi kalau mak bapak support, suasana rumah yang harmoni, environment pendidikan yang condusive, insha Allah dia boleh improve.

Tak sepandai orang lain tak apa, asalkan anak kita jangan lost di dunia semakin mencabar hari demi hari.



Shauqi Hasan
Panitia Artcamp Caravanserai Australia

Photos from Tahfiz Mutiara Ar-Raudah's post 11/10/2023

Mohon doakan pelajar-pelajar Sr Tahfiz Mutiara Ar Rsudhah dapat menjawab Ujian lisan dengan baik dan dilapangkan hati mereka ketika menjawab peperiksaan dan di beri kejayaan.

Ujian Lisan/ Hafazan SDEA
Tahun 6
11 - 12 Okterber

Doa Penerang Hati :
“Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, Supaya mereka faham perkataanku”

“Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu, dan limpahkanlah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; Dan mudahkanlah bagiku, tugasku.”
Aminn Ya Rabb.

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

Jazakumullahu Khoyr.
Tahfiz Mutiara Ar-Raudah
Al Quran beradap dan berilmu.

25/02/2022

Dzul Iman Information Day

🌟Ibu ayah sedang mencari tadika untuk anak?
🌟 Ibu ayah nak tahu silibus yang ada di Dzul Iman?
🌟 Kalau PKP, tadika macam mana?
🌟 Anak boleh cepat pandai baca ke?🤔

Ada banyak persoalan yang ibu ayah nak tahu sebelum hantar anak ke tadika kan.
Jom sertai Information Day Dzul Iman.

Sesi secara virtual di platform google meet ini akan
di adakan pada

26 Feb 2022, Sabtu, 10 AM.
5 Mac 2022, Sabtu, 10 AM

Ibu ayah boleh pilih tarikh sesuai :)

Dapatkan akses ke sesi percuma ini dengan mendaftar di

https://dzulimanhq.onpay.my/order/form/dzinformationday

28/01/2022

Jumaat penghulu segala hari.

24/01/2022

ILMU PENYULUH HIDUP!
===============

Pendaftaran telah di buka sekarang di Tahfiz Mutiara Ar Raudhah untuk sesi 2022.

*Terbuka pada pelajar yang berminat Al Quran*

Gabung 4 elemen penting.
Adap, Al Quran,Fardhu Ain(KAFA) dan Akademik.

Sebarang pertanyaan sila hubungi melalui WhatsApp atau talian 📱
*012-626 0400* atau 017 768 9384

Tuan Puan juga dijemput hadir ke pejabat kami 🏫
No. 39, Jalan Aliff 4, Taman Damansara Aliff, 81200 Johor Bahru, Johor.

Jangan lepaskan peluang ini. Kemasukkan pelajar adalah terhad.

www.wasap.my/60126260400/infoTahfizAraudah

Want your school to be the top-listed School/college in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


No. 39, Jalan Aliff 4, Taman Damansara Aliff Bahru
Johor Bahru
81100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00