SEJARAH SMK DATO' JAAFAR Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Jaafar pada asalnya adalah Sekolah Menengah Inggeris yang ditubuhkan pada 2 Januari 1961. J. G. En. Tn.
Bangunan asal yang digunakan sebagai bangunan sekolah ialah Istana Bukit Senyum yang pernah didiami oleh Allahyarham Dato' Jaafar, Menteri Besar Johor yang pertama dan sebuah lagi bangunan yang terletak berhampiran dengannya. Pada 2 Januari 1964, sekolah ini telah ditukar nama kepada Sekolah Dato' Jaafar. Pada awalnya, sekolah ini hanya mempunyai 12 bilik darjah, sebuah bengkel kerja kayu, sebuah
bengkel kerja logam dan kantin. Ketika itu terdapat seramai 625 orang pelajar dan 25 orang guru sahaja termasuk pengetuanya En. Putucheary. Sejak ditubuhkan, SMK Dato' Jaafar sehingga kini telah ditadbir oleh sembilan orang pengetua iaitu :-
1. Putucheary (1961-1970)
2. Austin Hooi Peng Chein (1971-1972)
3. Harbhajan Singh (1972-1991)
4. Ahmad Atil (1991-1992)
5. Hj. Abdullah Idrus (1992-1995)
6. Hamid Abu Hassan (1995-1999)
7. Mohd Sharipudin Mahmod (1999-2004)
8. Siow Yee Woo (2004-2006)
9. Goh Chee Kiat (2006-sekarang)
Kemudahan infrastruktur di SMK Dato' Jaafar semakin bertambah baik. Pada tahun 2001, dua buah blok tambahan baru iaitu blok F dan blok G telah dibina khusus untuk menempatkan pelajar tingkatan enam. Seawal tahun 1987 lagi, sekolah ini telah memulakan pengambilan pelajar tingkatan 6 dalam aliran sastera dan pada tahun 2002 p**a bermulanya pengambilan pelajar tingkatan 6 dalam aliran sains. Pada tahun 2004, SMK Dato' Jaafar telah dilengkapkan dengan sebuah makmal komputer untuk para pelajar. Pada tahun 2005, pihak Jabatan Pelajaran Johor telah meluluskan pembukaan 2 kelas 'Rancangan Khas' atau premier untuk pelajar tingkatan satu di sekolah ini dan sehingga sekarang SMK Dato' Jaafar merupakan salah sebuah sekolah pemier yang terkenal di Johor Bahru. Adalah diharapkan SMK Dato' Jaafar akan terus menerajui kecemerlangan dalam bidang akademik, s**an dan juga kokurikulum bersesuaian dengan motto sekolah iaitu "Berilmu Bersasa". SEJARAH HIDUP
DATO' JAAFAR BIN HAJI MUHAMMAD (DK,SPMJ) SMG
Jaafar Bin Haji Muhammad (1838-1919) merupakan Menteri Besar Johor yang pertama yang telah dilantik oleh Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim pada tahun 1882. Kehidupan Awal
Beliau dilahirkan pada tahun 1838 di Teluk Belanga, Singapura dan dipercayai berketurunan Bendahara Paduka Raja Johor dan Bendahara Kerajaan Melaka. Pendidikan awal beliau adalah di Sekolah Melayu dan Kolej Temenggong Ibrahim di Teluk Belanga. Beliau amat gemar membaca dan berjaya menguasai tulisan jawi cara Johor Lama. Beliau juga s**a bercerita mengenai keturunannya dan sentiasa mengingatkan anak-anaknya bahawa beliau bukan dari golongan bangsawan malah beliau pernah menjaja kuih dan menenun kain untuk menyara hidup keluarganya. Oleh itu, beliau sentiasa mengingatkan anak-anaknya supaya tidak sombong dan sentiasa menyumbangkan bakti mereka kepada raja, bangsa dan negara. Kerjaya
Beliau mula berkhidmat dengan kerajaan negeri Johor ketika berumur 16 tahun sebagai kerani
pelatih di pejabat saudaranya iaitu En. Long, Menteri kepada Temenggong Ibrahim. Pada tahun 1856, beliau telah dilantik sebagai Kerani Besar di Pejabat Menteri. Selepas itu beliau terus memangku jawatan Dato' Menteri sehingga tahun 1882 dan kemudiannya dikurniakan gelaran Datuk Bentara. Akhirnya, berdasarkan kebolehan beliau dalam pentadbiran negeri, Maharaja Abu Bakar telah melantik beliau sebagai Datuk Menteri Besar Johor yang pertama dalam sejarah kesultanan Johor Moden pada tahun 1882. Beliau ialah pengiring Maharaja Abu Bakar dalam lawatan pertama baginda ke Eropah pada tahun 1866. Ketika memegang tugas sebagai Menteri Besar, beliau pernah memangku tugas Sultan Johor untuk menjalankan pentadbiran negeri, ketika baginda ke luar negeri. Pada tahun 1904 beliau telah dilantik oleh Sultan Ibrahim sebagai Pemangku Raja dan telah meraikan lawatan Yang Maha Mulia Putera Arthur Of Connaunght ke Tanah Melayu. Sumbangan
Semasa beliau menjadi Menteri Besar dari tahun 1882 hingga 1919, semua pegawai British yang berkhidmat di Johor diwajibkan memakai pakaian rasmi Kerajaan Johor. Bendera Union Jack iaitu bendera kerajaan British tidak boleh dikibarkan lebih tinggi daripada bendera negeri Johor. Disamping itu, semua urusan surat-menyurat mestilah ditulis dalam Bahasa Melayu. Bagi mengenang jasa dan bakti beliau kepada kemajuan negeri Johor, Sultan Abu Bakar telah menganugerahkan Darjah Seri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) kepada beliau pada 31 Januari 1886. Pada mulanya, pingat kebesaran itu adalah daripada Darjah Kerabat yang ke-2 tetapi pada tahun 1904 ianya telah dinaikkan kepada Darjah Kerabat yang pertama oleh Sultan Ibrahim. Disamping itu juga, kerajaan Inggeris telah memberikan penghormatan di atas jasa baik beliau dan dikurniakan Darjah ke-3 Bintang ST. Michael dan St. George (SMG) oleh Queen Victoria England. Meninggal Dunia
Beliau meninggal dunia pada 3 Julai 1919 di rumahnya di Bukit Senyum dan telah dikebumikan dengan penuh istiadat di Makam Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor. Jasa beliau tetap dikenang dan mendapat tempat yang istimewa di dalam sejarah negeri Johor. DASAR KUALITI
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Jaafar komited untuk menyediakan dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti bagi memenuhi keperluan pelanggan. Adalah menjadi komitmen pihak pengurusan dan semua anggota untuk mematuhi keperluan-keperluan "Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti" (SPSK) dan meningkatkan keberkesanan secara berterusan. OBJEKTIF KUALITI
Melaksanakan 100 peratus pengajaran dan pembelajaran. Memastikan pencapaian murid mencapai 90 peratus lulus keseluruhan atau tiga peratus dari tahun sebelumnya. Memastikan 100 murid mendapat Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Seratus peratus aduan dan maklum balas pelanggan akan dilayan. Melaksanakan pengurusan kewangan dengan cemerlang. PIAGAM PELANGGAN
Kami warga Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Jaafar, Johor Bahru berikrar dengan sesungguhnya akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami bagi :
-Melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamahkan dengan cekap, mesra, inovatif dan berkualiti.
-Memberi pendidikan yang berkesan kepada setiap pelajar selaras dengan objektif pengajaran dan pembelajaran yang ditetapkan.
-Meningkatkan pencapaian akademik dan kokurikulum ke tahap yang cemerlang untuk menjadikan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Jaafar yang terbaik di Johor.
-Membimbing pelajar untuk membentuk dan mengamalkan sahsiah mulia dan memiliki harga diri yang tinggi.
-Membentuk budaya pembelajaran cemerlang mengikut keperluan zaman.
-Mewujudkan iklim sekolah yang kondusif selaras dengan konsep sekolah yang berkesan, ceria, selamat dan sihat. LAMBANG
Lambang sekolah berlatar belakangkan Bangunan Dato' Jaafar. EMPAT BATANG GADING GAJAH
Melambangkan empat matlamat sekolah:
a) Kecemerlangan Akademik. b) Kecemerlangan Perusahaan. c) Kecemerlangan Kerohanian. d) Kecemerlangan Jasmani. PELITA di kepala melambangkan sinar ilmu pengetahuan. WARNA :-
KUNING bermaksud Kepimpinan
HITAM bermaksud Kesetiaan
MERAH bermaksud Keberanian
COGAN KATA
BERILMU BERSASA yang membawa maksud
“Manusia yang berilmu itu, kukuh kedudukannya”
14/06/2018
Amirul Mukminin Imam Ali bin Abi Thalib as pada hari raya memakai pakaian yang sederhana dan makanan yang sederhana. Ketika itu sahabat melihat beliau dalam keadaan tersebut mereka bersedih dan berkata,
"Wahai Amirul Mukminin bukankah hari ini hari raya?"
Beliau as menjawab,
"Ya benar, sekarang adalah hari raya dan setiap hari dimana ketaatanku bertambah bagiku adalah hari raya."
"Hari raya bukanlah bagi orang yang memperindah dirinya dengan pakaian dan kenderaan, Akan tetapi hari raya bagi orang yang dosa-dosanya mendapatkan ampunan.."
"Bukanlah hari raya bagi orang menyantap makanan yang lezat, Bersenang-senang dengan syahwat dan yang lezat-lezat. Akan tetapi bagi orang yang diterima taubatnya dan kejelekannya diganti dengan kebaikan.."
ﺻﺪﻗﺖ ﻳﺎ ﺃﺏ ﺍﻟﺤﺴنين ﻳﺎ ﺃﻣﻴﺮﺍﻟﻤﺆﻣﻨﻴﻦ
تقبل الله منا ومنكم صالح الاعمال
من العائدين والفائزين..كل عام وانتم طيبين
Semoga Allah SWT menjadikan kita diantara orang yang benar-benar ber-Hari Raya....
Mohon Maaf Zahir dan Batin.