Tadika al-Hikmah SRI Johor Bahru

Tadika al-Hikmah SRI Johor Bahru

Share

Taman Asuhan & Didikan Kanak-kanak Islam seawal 4 hingga 6 tahun untuk menjadi insan dan anak yang soleh/ah.

21/03/2026

SELAMAT HARI RAYA!

Berbahagialah mereka yang berpuasa kerana mengharap redha dan rahmat-Nya.

الله أكبر ولله الحمد
Ayuh tanamkan rasa syukur dan tauhid bersama dengan anak-anak dengan laungan buat yang Maha Esa dalam menyambut aidilfitri ini.

تقبل الله منا ومنكم
Sebulan sudah kita berpesta ibadah, semoga amal ibadat kita semua diterima oleh-Nya kerana bukanlah kuantiti yang kita kejarkan, tapi kualiti yang kita harapkan. Sehingga akhirnya Ramadan ini memandu kita menjadi hamba bertaqwa menjelang 11 bulan seterusnya dan sebelum bertemu Ramadan seterusnya insyaAllah.

Pihak Tadika Al Hikmah SRI JB turut ingin memohon ribuan kemaafan atas kekhilafan, kekurangan dan kelemahan sepanjang berurusan atau bersama dengan kami.

Semoga berbahagia dan sejahtera dalam menyambut lebaran ini.

"KE ARAH ANAK YANG SOLEH"

18/03/2026

Aktiviti Ihya' Ramadan

Anak2 diperkenalkan dan menyanyi bersama lafaz niat puasa. Alhamdulillah tahniah juga buat ibubapa yang sudah mula melatih anaknya berpuasa.

Anak-anak juga bersama membuat bulan dan masjid yang menjadi lamban bagi agama Islam.

"KE ARAH ANAK YANG SOLEH"

17/03/2026

Antara aktiviti Ihya' Ramadan; Membuat Tasbih DIY 📿

Membuat tasbih DIY dapat membantu murid memahami kepentingan berzikir terutama pada bulan Ramadan. Berzikir dapat menenangkan hati, mengingatkan kita kepada Allah dan menambah pahala. Melalui aktiviti ini, murid juga dapat meningkatkan kreativiti dan kemahiran motor halus. 🌙✨

"KE ARAH ANAK YANG SOLEH"

03/03/2026

"Kecil kecil jadi kawan, bila besar jadi lawan"

Alhamdulillah telah berlangsung latihan simulasi kebakaran TAH pada 12 Feb 2026 lalu. Latihan simulasi ini bertujuan mendedahkan murid-murid akan kesedaran dan penjagaan keselamatan diri semasa berlaku kebakaran.

Murid-murid diberi taklimat awal oleh guru sebelum simulasi bermula. Murid juga turut berpeluang melakonkan semula simulasi kebakaran sebagai pengukuhan.

Semoga anak-anak semua sentiasa terjaga dan dilindungi oleh-Nya walau dimana mereka berada insyaaAllah.

"KE ARAH ANAK YANG SOLEH"

17/01/2026

Sekitar suasana seminggu berorientasi. Alhamdulillah perjalanan seminggu ini sangat baik. Harap semangat tahun baru dapat dikekalkan sehingga ke hujung tahun sesi persekolahan

Photos from Tadika al-Hikmah SRI Johor Bahru's post 12/01/2026

SELAMAT DATANG!

Selamat datang murid-murid semua bagi sesi 2026. Alhamdulillah perjalanan hari pertama persekolahan sangat baik. Semoga anak-anak terus gembira dan bersemangat sehingga hujung tahun!

Sepanjang dua minggu ini anak-anak akan diisi dengan pelbagai pengisian dan aktiviti yang menarik. Nantikan!

Photos from OTKK Johor's post 11/11/2025
Photos from Tadika al-Hikmah SRI Johor Bahru's post 31/10/2025

BADAN SIHAT, OTAK CERDAS

Alhamdulillah telah berlangsungnya acara sukan tahunan Tadika Al-Hikmah SRIJB sesi 2025/2026 pada 12 Oktober 2025 lalu di Dewan Perdana PIBG, SMK Bandar Baru Uda.

Terima kasih kepada semua para ibu, bapa dan penjaga yang memberi sokongan penuh dan galakkan kepada anak-anak.

Semoga anak-anak semua terbentuk menjadi generasi aktif dan sihat.

======================================
PENDAFTARAN MURID TADIKA SESI 2026 MASIH DIBUKA!
TEMPAT ADALAH TERHAD. AYUH WHATSAPP KAMI SEGERA 019-602 2024 UNTUK MENDAFTAR DAN PERTANYAAN LANJUT
======================================

15/10/2025

"𝐀𝐥𝐡𝐚𝐦𝐝𝐮𝐥𝐢𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐚𝐧𝐚𝐤 𝐬𝐚𝐲𝐚 𝐝𝐚𝐡 𝐩𝐚𝐧𝐝𝐚𝐢 𝐬𝐨𝐥𝐚𝐭, 𝐛𝐚𝐜𝐚𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐬𝐨𝐥𝐚𝐭 𝐩𝐮𝐧 𝐝𝐚𝐡 𝐝𝐢𝐡𝐚𝐟𝐚𝐥"

Haa ibu ayah yang nak anak-anak pandai solat, dan belajar dalam suasana islamik, Tadika Al-Hikmah SRI Johor Bahru lah jawapannya

𝐊𝐚𝐦𝐢 𝐦𝐞𝐦𝐟𝐨𝐤𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 :
✅Kurikulum Akademik
✅Kurikulum Islami
✅Program "Smart Tahfiz"
✅Kelas Bimbingan Membaca

Jom Daftarkan anak-anak anda sekarang, 𝐓𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐚𝐧𝐠𝐚𝐭 𝐭𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝 !

𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧 :
https://asis.awfatech.com/asis0186/

𝐒𝐞𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐲𝐚𝐚𝐧 :
https://go.wasap.my/alhikmahJB



02/10/2025

𝐑𝐞𝐠𝐢𝐬𝐭𝐫𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧 𝐟𝐨𝐫 𝐏𝐫𝐞𝐬𝐜𝐡𝐨𝐨𝐥 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐢𝐬 𝐧𝐨𝐰 𝐎𝐏𝐄𝐍

Assalamualaikum W.B.T

We would like to inform that the registration for 𝐓𝐚𝐝𝐢𝐤𝐚 𝐀𝐥-𝐇𝐢𝐤𝐦𝐚𝐡 𝐒𝐑𝐈 𝐉𝐨𝐡𝐨𝐫 𝐁𝐚𝐡𝐫𝐮 Academic Year 2026 is now open.


Prepare your little one for the best journey in islamic education, and academic.


𝐖𝐞 𝐚𝐫𝐞 𝐟𝐨𝐜𝐮𝐬𝐢𝐧𝐠 𝐨𝐧 :
✅Academic Curriculum
✅Islamic Curriculum
✅smart tahfiz Programme
✅reading coaching


Register your child now “𝑳𝑰𝑴𝑰𝑻𝑬𝑫 𝑺𝑬𝑨𝑻”
4, 5 & 6 years old only

𝐅𝐨𝐫 𝐑𝐞𝐠𝐢𝐬𝐭𝐫𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧
https://asis.awfatech.com/asis0186/

𝐅𝐨𝐫 𝐚𝐧𝐲 𝐞𝐧𝐪𝐮𝐢𝐫𝐞𝐬:
https://go.wasap.my/alhikmahJB



Photos from Bahagian Pembangunan Kurikulum's post 29/09/2025
16/09/2025

Selamat Hari Malaysia!

Bermula 16 September 1963 sehingga kini dan moga terus selamanya, perpaduan dan kesatuan yang terbentuk kekal terbina dan utuh.

Malaysia Madani: Rakyat Disantuni

Want your school to be the top-listed School/college in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Johor Bahru
81200

Opening Hours

Monday 08:30 - 16:00
Tuesday 08:30 - 16:00
Wednesday 08:30 - 16:00
Thursday 08:30 - 16:00
Friday 08:30 - 16:00