Resepi Sedap

Resepi Sedap

Share

Provides new quality recipes, cooking,baking guide, assemble the food and cost of the product

18/10/2022

RESEPI AYAM BAKAR

Bahan A
👉 1/2 ekor ayam, cuci bersih & toskan

Bahan B
1 batang serai
5 ulas bawang putih
Sedikit halia

👉 Boleh kisar atau tumbuk.

Bahan C (kuantiti sesuai selera ye)
Sedikit sos tiram
Sos cili
Sos tomato
Serbuk kunyit
Lada hitam serbuk
Lada hitam hancur
Sedikit lada putih
Garam
Sedikit minyak masak @ minyak bijan
Lebih kurang 1 sudu besar planta

👉 Sediakan mangkuk, gaul sebati semua bahan C, masukkan bahan B gaul sebati kemudian perap pada ayam sekurangnya 30min.

Bahan D
👉 Gula atau madu. Boleh skip kalau x s**a, sy letak madu supaya tak de la nnt rasa masin je. Kalau guna gula terus masuk & kacau bersama dalam bahan perap td.

👉 Kalau guna madu, sapu bila ayam lagi 10-15min nak masak baru ayam nampak cantik berkilat.

👉 Bakar dalam oven ikut suhu masing² ye. Sy guna suhu bawah 180, atas 150. Lebih kurang 1 jam 30min.

Sumber : Duang Promlikit

18/10/2022

Resepi Sambal telur hancur

Bahan - bahan
4 biji telur
4 sudu besar cili kisar
1 biji bawang besar dipotong dadu
1 cawan air

Cara Memasak
1. Seidakan Bahan - bahan
2. Panaskan minyak dan masukkan bawang. Setelah bawang agak layu, masukkan cili kisar.
3. Gaul rata. Masukkan air sedikit jika sambal agak pekat.
4. Masukkan telur dan gaul rata. Pastikan api perlahan.
5. Perasakan dengan garam dan tutup api. Siap untuk dihidang.

Credit: mardiana_jaafar

11/10/2022

RESEPI IBU SAMBAL KICAP MABELESS

1. Bahan-bahan yang diperlukan;
- dua genggam cili padi hijau
- 8 ulas bawang putih

* Tips sambal kicap lebih sedap dan tahan lama,
- Goreng seketika dua bahan di atas.
- Cili padi perlu dipatah-patahkan supaya tidak meletup semasa menggoreng.

2. Masukkan bahan tadi dalam bekas pengisar.

3. Tambahkan kicap. Cikgu s**a guna kicap
Jalen lemak manis. Nak guna kicap cap apa pun boleh. Kuantiti kicap menutupi paras bahan tadi.

4. Cikgu tambahkan juga dua sudu kicap pekat dan kicap cair untuk seimbangkan rasanya.

5. Untuk menambahkan kepekatan dan rahsia sambal lebih sedap, cikgu tambahkan 1/2 genggam kismis dan 3 sudu besar bawang goreng untuk dikisar sekali. Perasakan dengan sedikit gula mengikut citarasa.

6. Kisar semua bahan tersebut sehingga lumat. Selepas itu, tuang dalam mangkuk. Kacau sebati. Boleh tambah baik rasa jika perlu.

7. Cara simpan ibu sambal kicap supaya tahan lama:
*masukkan ke dalam bekas yang bertutup. Guna sudu kering setiap kali mengambilnya. Hidang dalam bekas berasingan.*
*kalau simpan terlalu lama dalam peti, sambal kicap akan memekat. Jadi boleh tambah air masak. Kacau sebati. Perasakan lagi sekali jika tidak memadai*

Kredit Afy Al Habibi

09/10/2022
09/10/2022

KERANG PEDAS SOS TIRAM BEREMPAH

BAHAN BAHAN

Kerang 1 kilo fresh(direbus dahulu)
Tumis bawang putih 3 ulas
Bawang merah 2 biji dihiris,,
Cili merah 1 biji( dihiris)
Cili hijau 1 biji( dihiris)
Cili padi 2@ 3 biji(katok)
Daun kari 2 batang,
Serbuk Kari ikan 1@2sudu besar
cili kisar 5@6 sudu besar
SOS tiram 3-4 sudu besar
air masak(agak2 kuah dah pekat)
Serbuk belacan sedikit(jika s**a)
Serbuk perasa
Garam
Minyak masak
Cara memasak:
1)panaskan minyak kedalam kuali,Dan tumiskan bawang putih,bawang merah Dan daun kari sehingga kekuningan
2)masukkan cili kisar Dan masak sehingga pecah minyak@sehingga cilinya masak
3)apabila cili Sudah masak,masukkan Serbuk Kari Dan biarkan rempahnya masak
4)masukkan SOS tiram,serbuk belacan,serbuk perasa,cili padi,cili merah,cili hijau..Gaul sebati..Dan masukkan kerang Yang telah direbus tadi Dan Gaul sebati..jika terlalu kering,masukkan sedikit air..
5)tutup api,siap dihidang
CARA MEREBUS KERANG
1.didihkan air dahulu
2.masokkn kerang
3.masak kerang dlm 5-10 mnit
4.Angkat kerang Dan rendamkan kerang bersama air sejuk/atau air Yang ade AIS
5.baru dikopek kulit..nanti cantik hasilnya😊

01/10/2022

Resepi Spageti Meatball Bolognese 🍝

Jika nak resepi details coment 'nak'☺️

01/10/2022

Jom cuba Ikan Pari Masak Lemak Cili Api cara saya..simple tapi SEDAP...🫰🏻

01/10/2022

Mee Lidi sesuai untuk anak-anak yg tak makan pedas☺️

30/09/2022
30/09/2022

Resepi Sizzling Tauhu Telur Tanpa“Hotplate”

5peket tauhu telur
4ulas bawang putih
2ulas bawang merah
Carrot
Cendawan sh*take
Isi ayam
Kiub pati ayam
Tepung jagung
Serbuk lada sulah

1- potong kecil tauhu dan goreng hingga keperangan.
2-cincang kasar bawang putih, bawang merah, cendawan dan karrot.
3-panaskan minyak dan tumis bawang hingga garing, mas**an isi ayam, karrot dan cendawan.
4- mas**an 2 cawan air dan biar mendidih.
5- perasakan dengan kiub pati ayam, garam gula dan lada sulah.
6- akhir sekali mas**an bancuhan tepung jagung dan tauhu yang telah digoreng td.

Optional: boleh tambah sayur lain spt brokoli, mix vege, atau apa2 sayur faveret korang.
Boleh dimakan bersama nasi atau begitu shj.

*Credit to owner recipe❤️

30/09/2022

Cekodok Pisang Simple

*by Home Kitchen

30/09/2022

❤️RESEPI SHERPERD PIE❤️

Bahan Asas Pie :

5 biji kentang,
1 sudu mentega,
1/4 cawan susu cair,
Lada hitam,
Garam.

Bahan Inti Pie :

1 biji bawang holland,
5 ulas bawang putih,
1 biji tomato,
1/4 biji carrot.
*Semua dipotong dadu.
Daging cincang,
Lada hitam,
Mozarella cheese,
Garam,
2 sudu mentega.

Cara Membuat :

Mula-mula buat mash potato untuk base.

Cara membuat mash potato adalah dengan merebus 5 biji kentang.
Kemudian toskan air dan lenyekkan kentang yang direbus tadi.
Boleh tambah 1 sudu mentega, 1/4 cawan susu cair, lada hitam, dan garam.
Kemudian lenyek lagi dan gaul sampai sebati. Jika sudah siap boleh letak tepi.
Seterusnya buat inti pie.

Mula-mula cairkan dalam 2 sudu butter/mentega di dalam kuali.
Kemudian masukkan bawang holland dan bawang putih yang dipotong dadu tadi dan goreng sehingga kekuningan.
Setelah itu, masukkan daging cincang. Kalau ada ayam cincang masukkan ayam cincang. Kalau ada kambing cincang masukkan kambing cincang. Semua pun boleh.
Goreng sampai bertukar warna.
Setelah itu, masukkan carrot.
Masakkan sekejap baru campurkan tomato.
Boleh masukkan lada hitam tumbuk sedikit untuk bagi rasa sedap.
Letak garam secukup rasa.
Kalau sudah siap semua, boleh ambil loyang/bekas untuk layerkan pie.

Cara Layerkan Pie :

Mula-mula, layerkan mash potato. Layerkan nipis saja.
Kemudian letakkan inti daging.
Akhir sekali layerkan balik dengan baki-baki mash potato di atas inti.
Kalau s**a creamy/cheese boleh tabur mozarella cheese.
Cakar-cakar sedikit pie menggunakan garpu.
Lalu bakar dalam oven dengan suhu (160-180)’C (saya guna 170C).
Api atas bawah selama 40 minit.
Kalau sudah garing dan kekuningan boleh keluarkan daripada oven.
Kalau mahu sedap lagi, bubuh sos prego/tomato pure dalam inti.
Siap.

*credit to owner recipe❤️

Want your school to be the top-listed School/college in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Pasir Gudang
Johor Bahru