Penghayatan Etika dan Peradaban

Penghayatan Etika dan Peradaban

Share

MPU1013 Group G2
Learning and Teaching at UUM

Photos from Penghayatan Etika dan Peradaban's post 21/10/2022

Setiap di antara kita pastinya pernah menyertai program bergotong royong sama ada di sekolah atau di kawasan perumahan masing-masing. Aktiviti ini melibatkan sekump**an individu bersama-sama membersihkan atau melakukan satu tugasan untuk kebaikan bersama. Jika ditelusuri, budaya ini telah pun dilakukan oleh nenek dan moyang kita apabila ingin menjalankan sebuah majlis keraian atau perkahwinan, mereka akan bersama jiran tetangga untuk memasak dan membersihkan kawasan yang digunakan selepas itu. Namun begitu, kemajuan zaman pada masa ini telah menjadikan budaya tersebut semakin dilupakan bagai kacang lupakan kulitnya. Pekhidmatan katering dan pengatur cara majlis lebih mudah untuk diupah dan memastikan majlis-majlis yang dirancang berjalan dengan lancar. Justeru, wajar untuk kita mengetahui kebaikan amalan gotong royong dalam masyarakat supaya kita dapat melaziminya kembali untuk mendapat faedah bersama.
Kebersihan kawasan persekitaran dapat dipelihara adalah salah satu kebaikan amalan gotong royong jika dilakukan dengan kerap di dalam sesebuah komuniti. Masyarakat pada hari ini merasakan tanggungjawab untuk menjaga kebersihan kawasan sekitar adalah peranana kerjaan atau pihak berkuasa. Stigma ini perlu dihentikan kerana walaupun agensi kerajaan mempunyai pekerja pembersihan untuk membersihkan kawasan perumahan, kita juga boleh membantu meringankan bebanan kerja mereka dengan aktiviti gotong royong. Sebaiknya jika kita berada dalam satu komuniti aktiviti pembersihan kawasan sekitar secara gotong royong hendaklah dilaksanakan satu atau dua kali sebulan. Hal ini kerana ia dapat membuka mata kita terhadap persekitaran tempat tinggal kita. Misalnya kita dapat memastikan saluran longkang berjalan dengan lancar dan tidak tersumbat serta tiada takungan air berlaku tanpa sedar kerana akan menyebabkan pembiakan aedes. Apabila kebersihan dijaga, nescaya kesihatan juga terjamin bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada merawat.

Pada masa yang sama, aktiviti gotong royong dapat memupuk semangat atau nilai kerjasama serta memudahkan tugas setiap individu. Sebagai contoh, aktiviti kebajikan yang dibuat secara bergotong royong memerlukan kerjasama yang baik antara peserta. Jika aktiviti kebajikan adalah untuk mengecat sebuah rumah penjagaan orang tua, sukarelawan yang menyertai aktiviti tersebut perlu mengagihkan tugas supaya misi tercapai dalam masa yang singkat. Bayangkan jika aktiviti kebajikan tersebut tidak diatur dengan baik, pastinya aktiviti mengecat tidak selesai dalam masa satu hari. Secara tidak langsung, kemahiran mengurus dan mendengar arahan dapat ditambah baik dalam diri setiap sukarelawan. Persis kata peribahasa Melayu, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Jelasnya, aktiviti gotong royong dapat menyelesaikan sesuatu tugas dalam tempoh masa yang singkat dan memupuk nilai kerjasama.

Di samping itu, menyertai aktiviti gotong royong dapat mengeratkan hubungan kita dengan masyarakat setempat. Ungkapan tak kenal maka tak cinta adalah kenyataan yang jelas menunjukkan jika kita tidak mengenali seseorang, kita tidak akan tahu tentang kebaikan atau sumbangan yang mampu mereka berikan kepada kita. Melalui aktiviti gotong royong dalam komuniti, kita dapat mengenali jiran tetangga kita dengan lebih baik. Tamsilnya, jika salah seorang anak kita mencari peluang pekerjaan dan terdapat jiran yang bekerja di dalam bidang yang sama dengan latar belakang akademik anak tersebut, kita berpeluang untuk mendapatkan temu duga dan sebagainya. Selain itu, melalui aktiviti gotong royong, kita dapat mengenal pasti dan membantu jiran tetangga yang kurang bernasib baik. Perasaaan simpati dan empati akan timbul untuk kita membantu jiran tetangga yang menghadapi kesusahan dengan kemampuan atau keupayaan yang kita miliki. Bak kata peribahasa, ringan sama menjinjing, berat sama memikul. Intihannya, semangat kejiranan akan bertambah kukuh dengan melakukan aktiviti gotong royong.

Pada masa yang sama, umum mengetahui bahawa Malaysia merupakan negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Maka, aktiviti yang melibatkan kebanyakan anggota masyarakat seperti gotong royong dapat melahirkan perpaduan antara kaum, bangsa dan agama. Kita sering kali dipermainkan dengan anasir jahat yang sengaja ditimbulkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab untuk menjadikan kucar-kacir dalam keharmonian negara. Namun begitu, isu tersebut sering kali disangkal oleh ahli masyarakat kita kerana apabila berlaku bencana seperti banjir kita dapat lihat dengan mata kasar bahawa pertolongan diberikan antara satu sama lain tanpa sebarang prejudis. Natijahnya, aktiviti seperti gotong royong dapat menyemarakkan perpaduan antara masyarakat terutamanya dalam kalangan kanak-kanak dan belia yang mustahak demi masa hadapan tanah air. Persis kata peribahasa, hidup dikandung adat, mati dikandung tanah yang bermaksud, jika adata atau budaya yang diamalkan oleh nenek dan moyang kita memberikan kebaikan, tiada sebab untuk kita tidak meneruskan amalan tersebut.

Sebagai kesimp**an, amalan gotong royong memberikan pelbagai kebaikan secara langsung dan tidak langsung. Oleh itu, setiap organisasi khususnya yang melibatkan masyarakat dan golongan muda seharusnya menggalakkan aktiviti gotong royong dalam gerak kerja yang boleh dilaksanakan. Ia mampu memberikan impak yang positif bukan sahaja kepada individu yang terlibat tetapi mewujudkan suasana yang harmoni dan meriah dalam komuniti yang mengamalkan gotong royong. Malah, keharmonian antara masyarakat dalam negara akan kekal utuh dan menjadi tunjang kepada kemajuan negara pada masa kini dan masa hadapan.

18/10/2022

SEJARAH & LATAR BELAKANG PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

Malaysia mempunyai penduduk yang berbilang kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain. Setiap kaum mempunyai latar belakang dan identiti yang berbeza. Mayarakat majmuk biasanya dikaitkan dengan Malaysia. Ini kerana negara Malaysia terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum dan budaya yang tersendiri. Kini, negara Malaysia telah didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Corak masyarakat Malaysia berlaku disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan perubahan struktur politiknya. Dengan adanya kepelbagaian kaum, maka wujudlah kepelbagaian adat resam, budaya, bahasa, agama dan sebagainya.

Masyarakat majmuk merupakan mayarakat yang terdiri daripada pelbagai lapisan kaum yang mempunyai kepercayaan, adat resam dan budaya yang tersendiri. Setiap kaum di negara Malaysia ini mempunyai latar belakang dan sejarah kemasukannya. Masyararakat majmuk dibahagikan mengikut garis-garis pemisah seperti ras, etnik, agama, ideologi, bahasa dan budaya. Menurut Kamus Dewan (2005), masyarakat majmuk ialah kump**an manusia yang hidup bersama-sama di sesuatu tempat dengan atur dan cara-cara tertentu. Jaringan erat wujud dalam kalangan anggota tersebut, khususnya melalui hubungan bersemuka. Contohnya seperti pergaulan masyarakat di Malaysia yang terdiri daripada bangasa Melayu, Cina, India dan lain-lain. Pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia yang berbilang kaum pada abad ke-19 adalah kesan daripada Kolonialisme yang mutlak. Masyarakat majmuk di Malaysia terjadi secara tidak sengaja. Pada awal abad ke-19, lebih 90% penduduk di Tanah Melayu adalah Melayu. Namun pada pertengahan abad ke-19, imigrasi kaum Cina dan India secara beramai-ramai ekoran dasar liberal Inggeris telah mengubah struktur kependudukan asal Tanah Melayu. Masyarakat majmuk di Malaysia terdiri dari pelbagai etnik yang dikategorikan mengikut cara hidup, pola penempatan,pekerjaan dan pendidikan.

Dari Masyarakat Melayu:
Setiap bangsa Malaysia mempunyai sejarah yang tersendiri seperti Kaum Melayu dahulunya tinggal di perkampungan.Selain itu,mereka juga bekerja sebagai petani,peternak, menangkap ikan dan mengutip hasil hutan.Pada mulanya kaum Melayu menganut agama buddha.Namun sejak kedatangan Islam datang ke tanah Melayu, kaum Melayu telah menganut agama Islam. Dengan kedatangan Islam juga, masyarakat Melayu telah mengamalkan syariat yang wajib diamalkan dalam Islam contohnya solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengerjakan haji dan lain-lain lagi.

Dari Masyarakat Cina:
Seterusnya, masyarakat Cina biasanya menetap di perbandaran. Kedatangan buruh dari Cina secara besar-besaran bermula sejak awal abad ke-19 yang kebanyakkan mereka berasal dari wilayah selatan China seperti Kwangtung, Fukien dan Kwangsi. Kebanyakan masyarakat Cina bekerja sebagai peniaga. Sesetengah kaum Cina bekerja sebagai pelombong semasa era penjajahan British. Kedatanagn buruh ini ke Tanah Melayu adalah melalui beberapa cara seperti sistem tiket kredit, sistem pengambilan kakitangan dan pengambilan rumah kongsi. Sesetengah kaum Cina menganut agama Kristian namun kebanyakan kaum Cina menganut agama Buddha.

Dari Masyarakat India:
Kebanyakan kaum India di Tanah Melayu tinggal di kawasan ladang atau estet. Kaum India mula memasuki Tanah Melayu sejak dari pembukaan Selat Melaka terutamanya sebagai pedagang kain dan peminjam wang. Pada akhir abad ke-19 dan pada awal abad ke-20, penjajah British mendapati India sebagai tempat mendapatkan buruh-buruh yang murah, patuh dan senang untuk dikawal. Dalam tahun 1880, Hugh Low dan Frederick Weld telah mendapatkan permit daripada kerajaan British untuk mengimport buruh-buruh dari India dan bekerja di ladang-ladang milik mereka di Tanah Melayu. Kaum India terbahagi kepada beberapa suku etnik diantaranya terdiri daripada Tamil, Telegu, Ceylon dan lain-lain. Kebanyakan mereka yang diambil bekerja di ladang-ladang adalah dari golongan Tamil.

18/10/2022

Pembentukan Masyarakat Majmuk di Malaysia

Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Kepelbagaian Kaum dan Etnik inilah maka wujud p**a kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam.

Tiga kaum yang terbesar di Tanah Melayu ialah Melayu, Cina dan India. Sebelum penemuan tapak bijih timah oleh Long Jaafar pada tahun 1848, majoriti penduduk di Tanah Melayu ialah orang Melayu. Hanya sebilangan kecil orang Cina datang ke Tanah Melayu sebagai pedagang manakala sebilangan kecil orang India p**a bekerja sebagai buruh.

Pada pertengahan abad ke-19, berlaku penghijrahan masuk kaum Cina dan India secara beramai-ramai ke Tanah Melayu ekoran dasar kolonial British yang membawa masuk kaum-kaum tersebut untuk bekerja di tapak-tapak perlombongan dan dalam sektor ekonomi.

Senario ini didapati berterusan sehinggalah sebelum tercetusnya Perang Dunia Kedua. Kesan yang jelas melalui dasar liberal British ialah pembentukan masyarakat negara yang berbilang kaum dan kepelbagaian cara hidup dan keturunan. Penghijrahan secara besar-besaran ini telah mengubah struktur kependudukan asal Tanah Melayu.

Pemajmukan masyarakat menyebabkan British mentadbir berdasarkan pendekatan ‘pecah dan perintah’ di Tanah Melayu. Kaum pendatang dibiarkan untuk mengekalkan identiti dan budaya masing-masing sementara perhubungan langsung dengan kaum-kaum lain tidak digalakkan. Hasilnya terbentuklah masyarakat majmuk seterusnya berbilang kaum di negara ini dari semasa ke semasa.

Want your school to be the top-listed School/college in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


Johor Bahru
81200