Akademi Al-Furqan

Akademi Al-Furqan

Share

Pusat Pengajian Al-Quran

30/11/2024

✨ MUSLEH TRAINING FOR KIDS 1.0 ✨
*Kem Jati Diri Muslim*

📣 Ada Anak Berumur 7-12 Tahun?
Jom sertai program cuti sekolah yang bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga membina asas jati diri Islam yang kukuh!

📆 Tarikh: *16-17 / 23-24 Disember 2024* (Isnin & Selasa - Cuti Sekolah)
📍 Lokasi: Furqan Quranic Centre (Akademi Al-Furqan), Taman Daya, Johor Bahru

💡 Apa yang anak-anak akan pelajari?

🔵 Aqidah:
- Rukun Iman
- Rukun Islam

🔴 Syariah:
- Syahadah
- Wudhuk
- Solat

🟢 Sirah:
Lawatan eksklusif ke
- Galeri Masjid Sultan Iskandar
- Galeri Aura Islam

💰 Yuran Penyertaan: RM100 sahaja
🚸 Terhad: 10 peserta sahaja (pastikan anak anda salah seorang daripadanya!)

🌟 Kenapa pilih program ini?

- Aktiviti bermodul & pembelajaran santai
- Meningkatkan kefahaman asas Islam
- Membentuk jati diri Muslim sejak kecil
- Lawatan bermakna yang pasti meninggalkan kesan

📞 Daftar sekarang sebelum tempat penuh!
Hubungi: 019-8735391 (Ustaz Amin)
📍 Alamat: 113, Jalan Rumbia 39, Taman Daya, Johor Bahru

Jom mulakan langkah kecil menuju generasi Muslim yang hebat!

Photos from Akademi Al-Furqan's post 28/04/2024

Alhamdulillah, majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri semalam berjalan dengan lancar. Terima kasih kami ucapkan kepada semua yang hadir meraikan majlis yang serba kekurangan ini. Ribuan terima kasih juga kepada ibubapa yang sudi menyumbangkan makanan bagi memeriahkan lagi majlis. Semoga majlis ini menjadi asbab mengeratkan lagi silaturrahim antara kita semua in Shaa Allah 🤲

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kami, maaf zahir dan batin 😇😃

22/03/2023

Ramadhan Kareem ✨

Kami dari Akademi Al-Furqan mengucapkan selamat menyambut bulan yang mulia dan penuh keberkatan ini. Semoga kita tergolong dalam golongan yang mendapat rahmat, keampunan dan terlepas daripada azab neraka dengan keberkatan bulan ini.

اللَّهُمَّ سَلِّمْنِي لِرَمَضَانَ، وَسَلِّمْ رَمَضَانَ لِي، وَتَسَلَّمْهُ مِنِّي مُتَقَبَّلًا

Maksudnya: “Ya Allah, sejahterakanlah aku sehingga datangnya Ramadhan, sejahterakanlah Ramadhan bagiku dan terimalah dariku (ibadat pada bulan itu).”

Diriwayatkan oleh al-Tabarani


Photos from Akademi Al-Furqan's post 07/03/2023

Ihya' Malam Nisfu Syaaban.

Kelas malam ini dimulakan dengan sedikit amalan umum (bacaan Surah Yaasin) bagi memperbanyakkan amalan pada malam mulia ini.

Semoga kita semua diberkati dan dirahmati.

Photos from Akademi Al-Furqan's post 24/02/2023

Alhamdulillah, sekitar suasana Majlis Sanad Al-Fatihah yang berlangsung tadi di Akademi Al-Furqan.

Terima kasih kepada Syeikh Ahmed Ali atas kesudian meluangkan masa untuk mengajar dan menyampaikan Sanad Al-Fatihah kepada kami.

Terima kasih juga buat para hadirin yang turut serta dalam majlis ini, terutama Tuan Johari, pengerusi PIBG Academy Darul Huffaz.

Semoga majlis kecil-kecilan ini memberikan manfaat buat semua yang hadir.

19/02/2023

5 HARI SAJA LAGI..

Assalamualaikum wbt,

Memandangkan berbaki beberapa hari saja lagi, Majlis Sanad Al-Fatihah yang kami anjurkan, kami bawakan kepada anda sedikit perkongsian dan pencerahan mengenai "Sanad" dan kepentingannya dalam pembacaan Al-Quran.

Perkongsian ini dibawakan oleh Ustaz Muhammad Aiman, mahasiswa Tahfiz dan Qiraat UPSI, yang berkongsi serba sedikit tentang apa itu sanad dan apa p**a kepentingannya bagi kita.

Semoga bermanfaat buat semua.

19/02/2023

Assalamualaikum wbt,
Tuan dan puan yang dikasihi,

📖 *Majlis Sanad Al-Fatihah* 📖

Pusat Mengaji dan Tuisyen Akademi Al-Furqan akan mengadakan Majlis Sanad Al-Fatihah buat pertama kalinya pada tahun ini. Majlis ini juga membawa jemputan khas dari Mesir, *Syeikh Ahmed Ali* pemegang Sanad 30 Juz Al-Quran yang berpengalaman luas dalam mengajar Al-Quran di Malaysia.

Majlis ini bertujuan :

1️⃣ Memberi pendedahan tentang Sanad bacaan Al-Quran.
2️⃣ Memastikan bacaan Al-Fatihah betul dan tepat kerana ia sebahagian daripada rukun Solat.

Tuan dan puan dijemput hadir pada :

▶️ Jumaat / 24 Februari 2023
▶️ 9 pagi
▶️ Pusat Mengaji dan Tuisyen Akademi Al-Furqan
▶️ Tiada yuran diambil

Tuan dan puan juga boleh mengisi borang survey kehadiran dahulu bagi memudahkan urusan kami untuk penyediaan jamuan dan sebagainya.

Borang penyertaan:
https://forms.gle/k1ZLvuTSy1anBkhb6

Semoga majlis ini dapat memberikan manfaat buat kita semua.

Terima kasih 😊

Photos from Akademi Al-Furqan's post 13/01/2023

Kelas Mengaji pagi ini berjalan seperti biasa. Semoga para pelajar beroleh manfaat dalam usaha mempelajari bahasa Al-Quran. In Shaa Allah.

Photos from Akademi Al-Furqan's post 13/01/2023

Kelas Tuisyen Jawi
Jumaat, 13 Januari 2023.

Alhamdulillah, hari ini seramai 5 orang pelajar menghadiri kelas bagi pemantapan kemahiran baca dan menulis Jawi.

Ustazah Syeha memfokuskan latihan pemantapan bacaan. Ustazah memberikan Ujian Tahap Kemahiran Jawi dahulu kepada setiap pelajar bagi menguji tahap kemahiran masing-masing.

Semoga para pelajar diterangkan hati agar mudah mendapat ilmu yang dikongsikan oleh ustazah. In Shaa Allah.

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi admin Akademi Al-Furqan 👇🏻

http://www.wasap.my/60198735391/UstazAminAkademiAl-Furqan

http://www.wasap.my/60198735168/UstazahSyehaAkademiAl-Furqan

http://www.wasap.my/60108270246/UstazahAnitaAkademiAl-Furqan

01/01/2023

Kelas Mengaji pertama bagi sesi 2023.

Alhamdulillah, kelas pengajian malam ni dibimbing oleh Ustazah Anita. Kelas bermula dari jam 8 sehingga 9 malam.

Kami masih membuka pendaftaran untuk anak2 mahupun orang dewasa yang ingin menyertai kelas mengaji ataupun Ta'lim dan Tahsin Al-Quran yang dibimbing oleh guru yang bersanad.

Sebarang pertanyaan boleh terus wassap nombor kami. Semoga kita semua celik Al-Quran. In Shaa Allah.

http://www.wasap.my/60198735391/AkademiAl-Furqan (Ustaz Amin)
http://www.wasap.my/60198735168/AkademiAl-Furqan (Ustazah Syeha)

Photos from Akademi Al-Furqan's post 21/12/2022

Adab menuntut ilmu karangan Imam Ghazali

Want your school to be the top-listed School/college in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


113, Jalan Rumbia 39, Taman Daya
Johor Bahru
81100