SRI Aulad Al Madani

SRI Aulad Al Madani

Share

Sekolah Agama Islam Swasta silibus Sek Agama Negeri Johor
Added Value (Tahfiz Class)
Integrasi

Photos from SRI Aulad Al Madani's post 12/07/2026

Assalamualaikum

PEMAKLUMAN CUTI PERISTIWA NEGERI JOHOR

Untuk makluman ibu bapa, Kerajaan Negeri Johor mengisytiharkan hari Isnin, 13 Julai 2026 sebagai Hari Cuti Peristiwa Negeri Johor.

Pengisytiharan ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada seluruh Bangsa Johor yang telah menunaikan tanggungjawab dan amanah sebagai rakyat dalam Pilihan Raya Negeri Johor Ke-16.

InshaAllah kami akan kembali beroperasi pada hari Selasa , 14 Julai 2026.

Sekian terima kasih
Pengurusan Al Madani

08/07/2026

Alhamdulillah, hari ini kami mentadabbur Surah Al-Mursalat. 🤍

Antara pengajaran yang kami pelajari ialah Allah mengingatkan bahawa setiap perbuatan kita akan dipertanggungjawabkan. Jadi, marilah kita berusaha menjadi anak yang baik, rajin solat, hormat ibu bapa dan guru, serta sentiasa bercakap benar.

Allah juga menunjukkan banyak tanda kebesaran-Nya melalui ciptaan di sekeliling kita. Semoga hati anak-anak sentiasa bersyukur dan semakin sayang kepada Allah.

Moga al-Quran bukan sekadar dibaca, tetapi menjadi panduan dalam kehidupan seharian. Semoga Allah membimbing anak-anak kita menjadi generasi yang mencintai al-Quran dan berakhlak mulia. Aamiin. 🌸

03/07/2026

Alhamdulillah.

Tahniah kepada semua pelajar yang telah direzekikan oleh Allah untuk menghadiri Program Qiamullail Sri Aulad Al Madani pada 3–4 Julai.

Semoga setiap langkah menuju majlis ilmu, setiap sujud di sepertiga malam, setiap doa yang dipanjatkan, dan setiap ilmu yang dipelajari menjadi asbab lahirnya hati yang lebih dekat dengan Allah.

Moga Allah mengurniakan istiqamah kepada semua peserta untuk terus menjaga solat, mencintai al-Quran, dan membesar sebagai generasi yang beriman, berilmu serta berakhlak mulia.

_"Dan Tuhanmu menciptakan apa yang Dia kehendaki dan memilih (apa yang Dia kehendaki). Tidaklah layak dan 1tidaklah berhak bagi sesiapapun memilih (selain daripada Allah). Maha Suci Allah dan Maha Tinggi keadaanNya dari apa yang mereka sekutukan denganNya"_
(Surah Al-Qasas: 68)

02/07/2026

🏸 Tahniah dan syabas kepada Muhammad Nur Uwais bin Mohd Salehin peserta badminton perseorangan kategori lelaki sekolah Rendah.

Terima kasih atas semangat juang, disiplin dan semangat kesukanan yang dipamerkan sepanjang pertandingan. Setiap mata yang diraih dan setiap usaha yang diberikan membuktikan bahawa kejayaan lahir daripada latihan, kesungguhan dan tidak mudah berputus asa.

Semoga pengalaman ini menjadi inspirasi untuk terus melangkah lebih jauh. Tahniah kepada semua peserta! 🌟💪

02/07/2026

Tadabbur Surah Al-Insan 🤍

Jika kita menginginkan segala nikmat yang Allah janjikan di syurga, maka jalannya telah Allah tunjukkan melalui Al-Quran.

Allah menurunkan Al-Quran secara berperingkat, agar kita juga membina iman, memperbaiki diri dan mengamalkan perintah-Nya secara berperingkat. Dalam setiap proses itu, Allah memerintahkan kita untuk bersabar.

Tiada perubahan yang berlaku dalam sehari. Yang Allah mahukan ialah hati yang terus belajar, terus melangkah dan terus istiqamah.

Semoga Allah menjadikan kita dalam kalangan hamba yang sabar, sentiasa berpegang teguh kepada Al-Quran, dan dikurniakan nikmat syurga yang dijanjikan. آمين 🤍

Photos from SRI Aulad Al Madani's post 02/07/2026

Suasana debaran sebelum larian Ihtifal Riyadhi Daerah Kulai 2026 kini menjadi kenangan yang indah. Tahniah dan syabas kepada semua peserta yang telah memberikan komitmen, semangat serta usaha terbaik sepanjang pertandingan.

Menang atau kalah bukanlah ukuran utama, tetapi keberanian untuk mencuba, disiplin dalam berusaha dan semangat kesukanan yang ditunjukkan adalah kejayaan sebenar.

Terima kasih kepada semua peserta, guru, ibu bapa dan pihak yang terlibat dalam menjayakan Ihtifal Riyadhi. Semoga pengalaman ini menjadi kenangan manis dan pembakar semangat untuk terus melakar kejayaan pada masa akan datang. 🌟🏃‍♀️🏃‍♂️

02/07/2026

🏸 IHTIFAL RIADHI DAERAH KULAI 2026- BADMINTON🏸

Allhamdullilah dan Tahniah diucapkan kepada adik Muhamnad Nur Uwais Bin Mohd Salehin kerana telah berjaya menjuarai kategori Perseorangan Lelaki!







&Berahklak

02/07/2026

🏸 IHTIFAL RIADHI DAERAH KULAI 2026- BADMINTON🏸

Pihak sekolah telah menghantar wakil Badminton dalam kategori berikut:-

Perseorangan Lelaki
Muhammad Nur Uwais Bin Mohd Salehin

Beregu Lelaki
1. Muhammad Izzat Shahmi bin Hayrol Shahrizad
2. Mohamad Umar Wazif bin Jamalludin

Beregu Wanita
1. Tuan Husna Nadirah Bin Tuan Mujahid
2. Ainul Mardhiah Binti Ahmad Ilyas

Butiran pertandingan seperti betikut

Tarikh: 30 Jun 2026 (Selasa)
Masa: 8.00 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat: Eco Sport World







&Berahklak

Photos from SRI Aulad Al Madani's post 01/07/2026

🎗️ IHTIFAL RIADHI DAERAH KULAI 2026- BOLA JARING🎗️

“All the hard work paid off!”

Tahniah team bola jaring yang bertungkus lumus berlatih penuh semangat. From zero to hero!

Naib Johan Pertandingan Bola Jaring Ihtifal Riadhi IPIS Daerah Kulai

Photos from SRI Aulad Al Madani's post 01/07/2026

🎗️ IHTIFAL RIYADHI DAERAH KULAI 2026- BOLA JARING🎗️

Lensa sekitar pertandingan bola jaring

Kami telah menjadi Johan Kumpulan A

Seterusnya masuk ke peringkat akhir yang bertemu Johan Kumpulan B

Peringkat Akhir

Ibnu Nafis vs Aulad Al Madani

Allhamdulillah kami berjaya mendapat Naib Johan

Want your school to be the top-listed School/college in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


64A & 62A Jalan Enau 11, Taman Teratai
Johor Bahru
81300

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:00
Tuesday 07:30 - 17:00
Wednesday 07:30 - 17:00
Thursday 07:30 - 17:00
Sunday 07:30 - 17:00